Friday, February 25, 2011

biarlah ym berbicara chapter 31....37

Chapter 31
Charming: Buzz!!!
Aku tersentak. Laptop di hadapanku aku pandang. Berangan rupanya aku. Berderet pesanan daripada Charming yang tidak aku baca. Aku tersengih.
"Sorry… sorry…,"aku bercakap sendiri. Baru sahaja jemariku ingin menaip sesuatu, telefon bimbitku sudah menjerit. Mesti Charming. Aku capai telefon bimbit di atas sofa. Betul tekaan aku. Senyum lebar mekar di bibir.
"Assalamualaikum,"cepat-cepat aku memberi salam.
"Waalaikumussalam. Pergi mana?,"
"Ada..,"
"Ada? Kenapa tak jawab pun?,"
"Terleka sekejap. Tengok Hrithik Roshan,"ujarku bersama gelak kecil. Memang aku terleka melihat wajah tampan pelakon itu pun. Juga leka melihat tariannya. Tetapi, yang lebihnya, menungku lebih terarah kepada apa yang bakal terjadi esok. Apa yang bakal terjadi di rumah Encik Firdaus? Kenapa ibu Encik Firdaus mahu berjumpa denganku?
"Oh… Sampai lupa kita ya?,"
"Tak adalah,"balasku sambil bergerak ke sofa. Kaki terasa sedikit kebas akibat bersila terlalu lama menghadap laptop dan televisyen sekaligus.
"Minat tengok cerita Hindustan ke?,"
"Tak sangat. Kawan tadi, tengok clip video Hindustan ni. Dah depan mata, layan ajelah,"
"Kalau macam tu, cepat-cepatlah jumpa saya,"
Aku kerutkan kening.
"Kenapa pulak?,"
"Sebab, ramai orang cakap muka saya macam Hrithik Roshan tu. Jadi, kalau lambat-lambat jumpa saya, awak rugi,"
Aku tergelak besar. Yelah tu. Charming turut tergelak di hujung talian.
"Kenapa? Tak percaya?,"soalnya bersama deraian gelaknya.
"Percaya. Percaya sangat-sangat. Awak, kalau nak tahu, muka saya pula macam Amesha Patel,"selorohku sambil menyambung tawa.
"Saya percaya. Sebab awak mix kan?,"
Tawaku terhenti perlahan-lahan. Apa? Charming tahu aku berdarah campuran? Dari mana dia tahu? Rasanya aku tidak pernah bercerita tentang ini padanya.
"How do you know?,"soalku dengan nada penuh tanda tanya.
"Betullah ya?,"
"Mana awak tahu saya mix?,"
Charming tergelak kecil.
"Just cakap-cakap saja. Betul ke?,"
"Awak ni, sebenarnya siapa? Do I know you?,"soalku bertalu-talu. Rasa tidak sedap hati menyerang tiba-tiba. Terasa seolah-olah Charming memang mengenaliku.
"Kalau nak kenal, kita jumpalah. Dah lama sangat awak janji nak jumpa. Tapi, asyik tertunda-tunda saja,"
"Bukan saya sengaja. Sekali lagi saya tanya ni, awak kenal saya ke?,"
"Kenallah. Kalau tak kenal takkan kita boleh bercinta. Tunggu nak jumpa and bincang pasal bertunang dan kahwin aje. Betul tak?,"
Aku diam. Tidak ada rasa lucu mendengar kata-kata Charming yang berbaur gurauan itu.
"Saya seriuslah awak,"
"Tiya, saya pun serius,"
Aku diam.
"Cepatlah cakap,"
"Cakap apa?,"dalam termangu memikirkan rasa pelik tentang Charming, aku utarakan soalan. Tidak faham apa maksud kata-katanya.
"Bila Amesha Patel ni, nak jumpa Hrithik Roshan?,"
Aku tergelak.
"Cepatlah. Saya serius ni,"
Aku diam. Sudah agak lama janji yang aku buat, cuma tinggal janji. Aku harus nekad kali ini.
"Sayang… Saya suruh bagi jawapan, bukan suruh diam,"
"Kejaplah. Saya tengah fikirlah ni."balasku sambil menggaru-garu dahi.
"Sampai nak kena fikir ke? Say yes, sekarang juga saya datang jumpa awak. Tak susah pun. Tak payahlah nak penatkan otak, fikir-fikir lagi,"
Aku kelu seketika. Masih berfikir. Susahnya aku membuat keputusan untuk satu perkara ini.
"Hmm.. Ok,"
"Ok what? Saya boleh datang jumpa awak sekarang?,"
"Eh, bukanlah. Kan saya dah cakap, kalau nak jumpa, siang. Tak naklah jumpa awak malam-malam macam ni,"laju aku menjawab soalannya itu.
"Dah tu, siang? Siang tu, bila? Esok, awak dah cakap, awak ada hal kan?,"
"Ha ah. Next sundaylah. Boleh?,"
"Betul ke ni?,"suara Charming seperti tidak percaya mendengar kata-kataku.
"Betullah,"
"Tak takut ke?,"
"Nak takut buat apa? Awak bukannya makan orang. Kan?,"
"Saya tak makan orang. Tapi, saya suka cium orang,"dalam gelak Charming mengusik.
"Tak apalah. Nak juga saya tengok, sepanjang kita jumpa tu, berapa orang yang awak dapat cium,"aku membalas bicaranya dengan sedikit merapu. Charming tergelak halus.
"Awak ni memang suka menjawab ya?,"
"Laa.. Betullah tu,"
"Ok. Kita tengok, bila berdepan, mulut awak pandai diam atau tak,"
Aku tersengih. Kata-kata itu membuat aku terfikir. Dan, bila sudah mula terfikir tu, rasa takut menyerang kembali. Takut aku kelu seribu bahasa bila berjumpa dengan Charming. Takut Charming tidak dapat menerima aku seadanya bila kami bertemu nanti. Alamak! Rasa serba salah datang lagi.
"Kenapa? Diam pulak? Dah rasa takut ke?,"
"Ha ah,"jujur aku menjawab. Dan Charming tergelak lagi.
"Susahlah macam ni. Nampaknya kita ni, bercinta kat sini sampai ke tua lah,"
Mendengar kata-kata itu aku turut tergelak. Lucu apabila terbayang aku yang sudah beruban dan berjalan terbongkok-bongkok, duduk di hadapan komputer bersembang online dengan Charming. Bersembang di Yahoo! Mesenger. Tidak pun, duduk di sofa sambil bergayut di telefon. Kelakar dan buruknya. Tidak dapat aku bayangkan. Dari gelak kecil, kini aku ketawa terbahak-bahak. Tingginya imaginasi aku.
"Amboi. Apa yang lucu sangat tu?,"
"Tak ada apa-apa,"tersekat-sekat aku menjawab.
"Mustahil tak ada apa-apa,"
"Betul nak tahu ke?,"
"Betullah,"
Dan aku ketawa lagi. Bayangan aku di hari tua, membuat aku gagal untuk bersuara. Kelakarnya nenek tua bercinta di internet. Tidak sesuai.
"Apa dia? Cakaplah,"
"Nothing. Just.. nothing. Lupakanlah,"
"No. Cakap. Saya nak tahu,"
"Saya cuma terbayang apa awak cakap tadi. Tu saja,"aku beruara sambil menahan tawa.
"Apa saya cakap?,"
"Yelah. Awak cakap sampai ke tua kita bercinta macam ni,"
"Ya. So, apa yang lucunya?,"
"Saya terbayang saya dah tua terbongkok-bongkok.. duk layan awak kat YM. Duk gayut dengan awak kat telefon,"
Sebaik aku menghabiskan kata-kataku, pecah tawa besar Charming. Pertama kali aku mendengar dia ketawa sekuat itu. Gelak sakan, kata orang Penang. Aku pula?
Turut menyambung semula gelakku tadi.
"Now, I can see Hrithik Roshan tua tengah bergayut..,"Charming bersuara di celah-celah gelaknya yang menjadi-jadi. Membuat tawa aku pun semakin riuh. Kalau mak aku dengar ni, mesti kena dengar tazkirah ni. Anak dara katawa macam langsuir lapar.
"Oh.. my God. Saya tak pernah ketawa macam ni. You are so funny. I love you Tiya. Really love you…,"
Tawaku merendah perlahan-lahan. Dan, tawa Charming juga semakin hilang.
"I love you,"Charming bersuara sekali lagi. Dan gemersik suaranya berlagu indah di hatiku. Bahagia mendengar bisikan-bisikan romantis begitu. Aku tersenyum manis.
"So, pastikan next Sunday betul-betul jadi, ok? Saya dah tak nak menunggu lagi,"
"Ok. Pasti jadi,"
"Hmm… So, tak sabar nak tunggu hari tu,"
Aku tersenyum.
"Diya!,"
Aku berpaling. Sharifah menjengah dari bahagian dapur.
"Dinner is ready,"
Aku tersengih.
"Hmm… Oklah. Kawan saya ajak makanlah. Nanti kita sambung lagi,"
"Ok. Enjoy your dinner. Tapi, kenapa lewat sangat dinner?,"
"Mana ada lewat? Baru pukul 8.30. Oklah. Assalamualaikum,"
"Walaikumussalam. Dream me nanti, okay?,"
Aku tergelak.
"Bye,"ujarku perlahan sambil mematikan talian. Bau masakan Sharifah menusuk hidung. Membuat perutku tiba-tiba terasa lapar. Cepat aku berlari ke dapur. Melihat Sharifah sedang menghidangkan nasi.
"Wah! Dah perfect dah ni. Dah lulus ujian menjadi isteri ni,"aku bersuara sambil bergerak ke meja. Melabuhkan punggung ke kerusi. Sharifah menjeling.
"Aku memang dah lama lulus. Kau tu? Bila nak belajar masuk ke dapur? Macam mana nak kahwin ni?,"
"Alaa.. Itu semua boleh belajar lepas kahwinlah,"
"Yalah tu,"ujar Sharifah sambil mengambil tempat di hadapanku. Aku tersengih sambil melihat hidangan sambal udang dan masak lemak ayam. Ada kailan ikan masin lagi. Menyelerakan.
"Bertuah Azman dapat kahwin dengan kau Sherry,"
Sharifah tersengih.
"Dan, kau pulak… Malang Charming, kalau terpaksa kahwin dengan kau. Masak air, sampai kering cerek. Masak telur rebus pun, boleh hangit. Masak nasi, jadi batu,"
Aku menarik muncung.
"Kau ni. Aku puji, kau kutuk pula,"
"Aku tak kutuk. Aku cakap yang betul saja,"selamba Sharifah menjawab sambil menghulurkan pinggan nasi padaku. Aku menyambut pinggan yang dihulur sambil mencebik.
"Nasib baik kau masak sedap. Kalau tak, memang aku dah merajuk ni. Suka-suka hati saja kutuk aku,"
Sharifah tergelak.
"Apa yang kau gelak tadi? Bukan main kuat lagi,"Sharifah bertanya sambil memandang wajahku.
"Oh.. Aku sembang dengan Charming,"
"Mak oi. Biasanya kalau sembang dengan dia, berbisik-bisik aje. Aku nak curi dengar pun tak boleh. Ini, macam nak pecah rumah kau gelak. Apa yang kelakar sangat?,"
Aku tersengih.
"Tak ada apa-apalah,"
"Esok kau ada apa-apa rancangan tak?,"Sharifah mengubah soalannya apabila aku tidak member jawapan.
"Ada,"aku menjawab sepatah. Teringatkan janji dengan Encik Firdaus, hatiku terasa kecut.
"Ohh.. Ke mana? Jumpa Charming ke?,"
"Tak adalah. Pergi rumah Encik Firdaus,"
Sharifah tersedak. Hampir tersembur sirap yang dia minum.
"Apa?,"soalnya terkejut.
"Pergi rumah Encik Firdaus,"aku mengulangi jawapan yang sudah aku berikan itu.
"Buat apa?,"
"Entah. Aku pun tak tahu. Dia cakap mak dia nak jumpa dengan aku,"
"Hai. Lain macam bunyinya tu. Bakal mak mertua nak jumpa ke?,"
Aku menjungkit bahu. Sharifah pula sudah mula tersengih-sengih.
"Kata tak akan ada cinta. Tapi, kalau dah sampai ikut jumpa mak, maknanya ada cintalah tu,"
Aku jelirkan lidah. Sharifah tergelak.
"Banyaklah kau punya cinta. Cuba kau tanya aku macam mana Encik Firdaus tu buat aku setuju?,"
"Okay. Macam mana dia buat kau setuju?,"Sharifah terus bertanya bersama sengihnya yang belum hilang.
"Aku cakap tak boleh. Ada hal. Kau tahu dia buat apa?,"
"Apa?,"
"Dia call mummy dia, minta aku beritahu sendiri kenapa aku tak boleh pergi,"
Sharifah tergelak lagi.
"Bijak betul bos kita tu ya,"
"Bijak apa. Bijak menyusahkan hidup aku,"
"Oklah tu. Cubalah dulu dengan Encik Firdaus tu. Pasal Mia tu, janganlah kau fikir sangat,"
"Jangan fikir sangat kau kata? Itulah yang perlu aku fikir sangat-sangat, tahu tak?,"
"Kenapa pula?,"
"Cuba kau bayangkan, kalau Encik Firdaus boleh buat macam tu kat Mia… Nanti apa nasib aku? Bila dia dah bosan dengan aku, mesti dia cari orang lain pula,"
"Ya ALLAH budak ni. Sampai ke situ fikirnya. Kau tak siasat betul-betul. Main buat kesimpulan sendiri aje. Lepas tu, boleh fikir sampai ke situ ya?,"
"Tapi, betul kan cakap aku?,"
"Betul tu memanglah betul. Tapi, kita bercakap tentang Encik Firdaus. Aku tak rasa Encik Firdaus macam tu,"
"Lantak kaulah. Aku yang rasa. Aku yang tengok. So, aku tahulah,"
Sharifah cuma menggeleng perlahan. Bengganglah tu apabila aku tidak dapat menerima pendapatnya.

No comments:

Post a Comment