Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 24

Chapter 18
"Sherry..," aku panggil Sharifah sambil menjenguk dari kaunter penyambut tetamu. Malas hendak bergerak ke mejanya. Sharifah buat-buat tidak dengar. Terus leka mengadap komputernya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah masuk empat kali aku panggil, masih juga tidak bergerak perempuan ini.
"Kau ni, kenapa?,"Mira bertanya dengan wajah hairan.
"Tak ada apa-apalah," balasku lemah. Dan, untuk ke sekian kalinya telingaku mendengar suara-suara sumbang budak production menyanyi-nyanyi lagu Dealova dan juga lagu Inggeris yang Encik Firdaus nyanyikan tempoh hari. Adunan dua lagu tersebut bersama dendangan secara berkumpulan oleh para penyanyi yang tidak bertauliah itu, mampu membuat telinga menjadi bingit semacam. Bising betul. Itulah dua lagu yang amat popular di sini, saat ini. Mira tergelak mendengar nyanyian sumbang yang membingitkan kawasan kilang itu. Betul-betul menjadi pencemaran bunyi.
"Kau tak nak balik lagi ke?,"soal Mira sambil mengemas mejanya.
"Nantilah. Biarlah diaorang pergi dulu,"
"Takut kena sakat dengan budak production ya?,"teka Mira bersama senyuman nakal. Aku diam. Memang betul pun. Kadang-kadang gurauan mereka membuat aku malu dan segan. Marah pun ada. Sudah melampau-lampau. Semakin dilayan, semakin menyakitkan hati. Langsung tidak dilauan, pun masih jugasakit hati ini. Sudahnya aku cuma memandang seorang demi seorang pekerja yang bekerja di bahagian production mencari haluan masing-masing. Memandang dari jauh.
"Oklah. Aku pun nak balik ni. Diya, bila buah hati kau masuk office?,"
Aku pandang wajah Mira agak lama. Mira tersengih.
"Janganlah marah. Bila bos masuk office?,"
Aku cuma mengangkat bahu. Mira ni pun nak kena dengan aku ni.
"Kau kan secretary dia. Takkan kau tak tahu?,"
"Sepatutnya hari ni. Tapi, tak ada pun. So, manalah aku tahu. Kak Lisa tahu kot. Sebab tengahari tadi aku dengar Kak Lisa telefon dia. Kau pergilah tanya Kak Lisa,"jawabku acuh tidak acuh. Geram apabila semua orang asyik hendak mengusik aku saja. Sikit-sikit, rasanya bolehlah diterima. Tapi, kalau dah setiap hari, rasa terbakar juga jiwa ini.
"Berapa hari dia MC sebenarnya?,"
"Tiga hari. Tapi, agaknya kaki dia belum baik betullah tu,"
Mira mengangguk perlahan.
"Kaki kau macam mana?,"
"Aku? Kaki aku dah ok. Cuma luka sikit je hari tu. Sekarang dah baik. Cuma ada parutlah. Menyampah betul. Habis kaki aku yang cantik ni," aku bersuara separuh berlawak. Geram pada Mira sudah hilang. Mira tersengih.
"Tak apa. Itu parut kenangan manis. Nanti boleh cerita kat anak-anak, mama dapat parut ni, masa tolong papa kamulah ni. Masa tu, dua-dua mandi air lopak tau, sayang..,"tiba-tiba suara Sharifah menyampuk dari belakang. Aku menoleh. Jemariku mengetuk-ngetuk kaunter menahan geram.
"Kamu berdua pernah rasa tumit kasut tak?,"soalku geram.
Sharifah tersengih.
"Ops. Ada orang hanginlah. Tumpang lalu ya?,"Sharifah bersuara sambil berjalan perlahan di hadapanku. Sampai di pintu pejabat, dia menoleh.
"Kau tak nak balik ke?," solanya lembut. Aku mencapai beg tanganku.
"Naklah."
"Hey! Beg akulah. Ni, beg kau,"jeritan Mira membuat aku menoleh. Mira menayangkan beg Gucciku. Aku pandang beg di tanganku. Memang aku tersilap ambil beg Mira. Tengok! Marah punya pasal, beg sendiri pun tak kenal. Sharifah tergelak dengan bersungguh-sungguh. Kalau masuk pertandingan gelak mesti menang tempat pertama.
Aku mencapai beg aku dan mengembalikan beg Mira.
"Kau ni.. Kalut sangatlah. Cuba jangan marah sampai buat benda-benda yang tak masuk akal," Sharifah bersuara sambil melangkah santai.
"Benda tak masuk akal apanya?,"
"Yelah. Kau marah Encik Firdaus, sampai terlepas.. jatuh lopak, kau marah Abang Kamal, sampai benjol kepala terhantuk dengan bos. Kau marah kitaorang, sampai beg sendiri pun, kau tak kenal,"
Aku diam. Memikirkan semula kata-kata Sharifah. Betullah. Setiap kali aku marah, pasti kesannya cukup buruk padaku. Aku tersengih. Tidak mahu marah-marah lagi.
"Aku panggil kau tadi, kenapa tak menyahut?,"soalku pada Sharifah.
"Ha? Kau panggil aku? Bila?,"
"Laa.. Tadilah. Ek eleh perempuan ni,"
"Hmm.. Aku tak perasan kot. Aku tengah layan YM dengan Azman,"
"Patutlah,"aku menjawab panjang.
Sharifah tersengih.
"Kau tak melawat Encik Firdaus ke?,\"
"Apahal pula aku nak pergi melawat dia? Bukan dia sakit teruk pun. Kau ni. Tolonglah diam. Kalau nak cakap juga, cakap pasal benda lain. Cakap pasal Azman ke. Pasal Charming ke,"
"Pasal Charming? Tak ada. Pasal Azman? Ada. Ada. Ada cerita pasal Azman,"
"Apa dia?," soalku berminat.
"Dia dah beli semua barang untuk hantaran aku. Can you believe that?,"
"Can.. Can..,"panjang aku menjawab dengan gaya Bahasa Inggeris yang berterabur. Sharifah mencebik sambil mengeluarkan kunci kereta dari dalam beg tangannya.
"Kan dia dah cakap, dia memang dah tak sabar-sabar nak bertunang. Silap-silap dia boleh terus lafaz akad nikah masa kau bertunang nanti. Percayalah cakap aku,"
"Kau ni. Ke situ pula,"
Aku tersengih sambil bersandar pada Gen 2 milik Sharifah.
"Kau? Macam mana? Dah beli semua?,"
"Beli apanya. Belum. Satu apa pun aku tak beli lagi. Tunggulah. Lama lagi,"
"Lama apanya? Bulan depan. Baik kau tiru macam Azman. Prepare awal-awal. Nanti tak kelam kabut. Ni, semua cari last minute, adalah benda tu missing. Benda ni lupa. Percayalah cakap aku,"
"Kau ni. Asyik percayalah cakap aku.. percayalah cakap aku ni, apahal?,"
Aku tersengih. Ayat baru yang aku perolehi daripada Charming sebenarnya. Seharian aku bersembang dengannya di bilik Encik Firdaus. Percayalah cakap saya itu. Percayalah cakap saya ini. Percayalah.. percayalah.. Itulah kosa kata yang kami belajar hari ini. Bahagianya aku bergayut dengan Charming. Lama pula tu.
"Tersengih pulak. Kenapa ni? Angau?,"
"Ha ah,"jawabku masih bersama senyuman yang mekar di bibir.
"Angau kat siapa? Encik Firdaus?,"
Senyumku mati serta merta.
"Kat Encik Firdaus buat apa? Dia dah ada Cik Mia yang cantik jelita tu. Kat Charminglah. Sehari aku bergayut dengan dia hari ni. Lepas segala rindu dendam,"
"Sehari? Patutlah langsung tak nampak muka. Masa lunch pun tak keluar. Amboi-amboi mentang-mentanglah Encik Firdaus tak ada,"
Aku tersengih. Bukan selalu pun dapat peluang sebegini.
"I love him so much,"ujarku tanpa sedar.
"What? Say it again? Nurul Adiya Fatiha falling in love? At last.. thank God. Rupa-rupanya normal kawan aku ni,"
Aku menampar bahu Sharifah.
"What do you mean by that word? Kenapa? Kau ingat aku tak normal ke?,"
Sharifah tersengih.
"Yelah. Selama hari ni, kau tengok lelaki macam tengok tunggul mati. Tak ada perasaan. Risau jugalah aku. Even, Encik Firdaus yang terang-terang nampak sedang tackle kau tu pun, kau boleh buat muka poyo je. Sekarang kau cakap kau dah jatuh cinta pada Charming. Syukurlah. Kawan aku normal rupa-rupanya. Alhamdulillah,"
"Kau ni. tak baik cakap aku macam tu. Of course aku normal. Cuma pintu hati ni, belum diketuk. Itu saja,"
"Melepaslah Encik Firdaus ya? Kenapa kau tak terima dia?,"
"Encik Firdaus tu kan dah ada kekasih. Janganlah cakap macam tu lagi. Kau cakap macam tu, buat aku rasa terganggulah,"
"Terganggu kenapa pula?,"
"Yelah. Risau aku, kot-kot nanti aku betul-betul terjatuh hati kat Encik Firdaus tu. Kan jadi kes naya tu," ,"
Sharifah tergelak besar mendengar kata-kataku.
"Kenapa pula? Best woman win. Itulah cabaran namanya. Lagipun kalau kau bagi lampu hijau, aku yakin Encik Firdaus akan jadi milik kau. Dia dah tak ada nak sembunyi-sembunyi lagi perasaan dia pada kau. Dia show off betul-betul. Langsung tak ada cover,"
"Amboi, sedapnya bercakap. Kau nak suruh aku rampas kekasih orang? Tak baik. Berdosa tahu tak? Cuba kau bayangkan, ada perempuan lain yang cuba rampas Azman dari kau. Macam mana?,"
"Err.. Tak bolehlah,"
"Haa.. Tahu pun,"
Sharifah tersenyum kecut. Tahu takut kekasih dirampas orang. Aku menarik perlahan pintu kereta. Sebuah kereta BMW hitam bergerak masuk dan berhenti di sebelah di sebelah kereta milik Sharifah. Sharifah tersenyum panjang sambil mengangkat kening.
"Panjang umur dia," ujar Sharifah sambil memandang ke arah kereta milik Encik Firdaus. Aku turut memandang ke arah yang sama. Apa Encik Firdaus buat di sini? Semua orang sudah balik, dia baru datang? Pintu kereta terbuka perlahan. Encik Firdaus menghadiahkan sekuntum senyumannya yang mahal itu buat kami berdua.
"Hai girls. Belum balik ke?,"
"Dah nak baliklah ni,"Sharifah menjawab. Encik Firdaus keluar dari kereta. Segak berseluar jeans dan berT-shirt hitam. Lebih segak dengan cap yang dikenakan dan kaca mata hitam yang tergantung di baju. Mak Oi! Boleh tergugat cinta aku pada Charming ni. Sungguh macho Encik Firdaus di dalam gaya kasualnya. Ya ALLAH. Kuatkanlah iman hambaMu ini.
"Apa Encik Firdaus buat kat sini?,"soalku hairan.
"Jumpa awaklah,"
Aku tersengih. Yelah tu. Loyar buruk pula dia.
"Kaki Encik dah ok?,"
"Dah. Kenapa? Awak nak jatuh atas riba saya sekali lagi ke? Boleh.,"
Aku terdiam. Dan aku perasan mata Sharifah yang membulat memandangku. Habislah aku selepas ni.
"Apa Encik Firdaus?,"tidak menyempat-nyempat Sharifah terus mempamerkan sifat penyibuknya. Encik Firdaus tersenyum.
"Nothing. Lisa still inside?,"
Aku mengangguk.
"I have something to settle up. Dah makan? You berdua tunggu sini sekejap. In ten minutes I’ll be here. I belanja you dinner. Ok?,"
"Kami dah janji nak makan malam dengan bakal tunang Sherry, Encik Firdaus. Lagipun, menyusahkan saja,"
"Ha?,"Sharifah memandangku dengan wajah terpinga-pinga.
"So bad. Nak buat macam mana. You nak bertunang, Sherry?,"soal Encik Firdaus sambil membetulkan capnya. Kacaknya dia. aku terpaku. Sharifah tersenyum lebar.
"InsyaAllah. Next month. Encik Firdaus datanglah,"
"InsyaAllah. Kalau tak sibuk saya akan pergi. Ok girls. Saya nak jumpa Lisa,"
Aku mengangguk perlahan. Encik Firdaus berlalu dan aku cepat-cepat membuka pintu kereta sebelum Sharifah sempat membuka mulutnya. Sekejap sahaja Sharofah sudah pun berada di sebelahku, di dalam kereta.
"Kau tak cerita habis kat aku ya? Kau kata Encik Firdaus jatuh pokok,"
"Memang dia jatuh pokok,"jawabku sambil buat-buat sibuk memasang tali pinggang keledar.
"Dah tu, apa maknanya dia cakap kau jatuh atas riba dia?,"
"Lepas tu aku jatuh atas riba dia,"akhirnya bocor juga rahsiaku. Sharifah tergelak.
"How come?,"
"Aku nak turun. Terpegang ulat beluncas. Aku pun lepaslah tangan. Apa lagi? Terus jatuh atas riba dia?,"
Gelak Sharifah semakin menjadi-jadi.
"Inilah sebabnya aku malas nak berserita dengan kau ni,"aku merungut perlahan. Sudah aku agak, mesti aku kena gelak.
"Romantik betul rupanya pasangan Percert Partner ni. So sweet..,"
"Sudahlah tu. Janganlah gelakkan aku. Jomlah jalan,"
"Lagi satu. Bila pula Azman dari Johor sana nak ke sini semata-mata nak dinner dengan kita? Kenapa tak nak pergi dinner dengan Encik Firdaus tadi? Kau ni, selalu tolak rezeki. Tak baik, tahu tak?,"
"Kau nak jawapan ikhlas dari aku?,"soalku sambil memandang wajah Sharifah. Sharifah mengangguk.
"Aku takut aku terpikat kat Encik Firdauslah. Dia hadsome sangat tadi,"
Menyampah aku. Tengoklah tu. Sharifah sekali lagi ketawakan aku, sebaik mendengar jawapan ikhlas dariku. Tak suka!
"Cepatlah jalan,"ujarku sedikit geram.
"Ok..Ok.. Cinta sudah berputik ya? Habislah kau. Di sana menanti di sini menunggu ya? Mana satu nak pilih ni?,"
"Kau ni. Janganlah cakap macam tu. Minta dijauhkan,"
"Nak jauhkan macam mana? Memang dah terkena pun. Susah sangat nak jatuh cinta.. sekarang dah terpikat kat dua orang sekaligus. Habislah kau Diya,"
Aku diam. Janganlah sampai kata-kata Sharifah menjadi kenyataan. Aku tidak mahu jatuh cinta pada dua orang lelaki pada satu masa. Aku bukannya jenis yang pandai membuat pilihan. Kan, tak pasal-pasal Encik Firdaus kena bermadu dengan Charming. Tidak. Minta dijauhkan. Dan, yang paling penting. Aku mesti setia dengan Charming. Mesti setia dengan Charming.
"Mesti,"
"Hah? Apa kau cakap?,"
Aku pandang wajah Sharifah sambil menggeleng. Bercakap seorang rupanya aku.
"Parah betul. Dah bercakap sorang-sorang ni, memang dah tahap kritikal ni.
"Aku nekad, aku nak jumpa Charming,"
"Pulak? Tiba-tiba je?,"
"Aku takut aku jatuh cinta dengan Encik Firdaus. Apa pun, aku mesti jumpa Charming. Hati aku dah macam nak berbelah bagi ni,"
Sharifah tergelak kecil.
"Jumpalah. Mungkin bila kau dah jumpa dia, cinta kau jadi kuat sikit. Tak adalah mudah sangat kau jatuh cinta dengan bos tu. Tapi, boleh ke kau tahan? Hari-hari kau kena mengadap muka Encik Firdaus tu. Kalau dah hari-hari, mesti semakin hari semakin sayang. Macam mana tu? Apa kau nak buat?,"
"Sherry! Janganlah api-apikan aku. Tak baiklah kau ni,"
Sharifah terus tergelak sambil menghidupkan enjin kereta.

No comments:

Post a Comment