Thursday, February 24, 2011

biarlah ym berbicara 33

Chapter 27
Sharifah mengangkat kening. Sebagai isyarat bertanya. Aku jungkit bahu. Invoices yang Encik Firdaus beri sebentar tadi, aku serahkan pada Sharifah.
"Bos suruh prepare cheque. Cepat sikit katanya,"beritahuku perlahan. Mataku pula terarah pada Encik Firdaus. Encik Firdaus sedang bercakap sesuatu dengan Johan. Seperti marah-marah saja. Memang menakutkan muka Encik Firdaus hari ini. Bergaduh dengan Mia ke? Tapi, kan semalam mereka nampak gembira saja.
"Kenapa dia bos kau tu? Macam orang datang bulan je,"bisik Sharifah di telingaku. Aku menjungkit bahu. Manalah aku tahu. Daripada pagi tadi, mukanya masam mencuka. Aku hendak tegur pun, takut. Sepatah sepatah saja dia bercakap denganku. Tidak seperti selalu. Langsung tiada gurau senda seperti selalu. Agaknya dia sudah jemu mengusikku agaknya. Yalah. Orang sedang bahagia dengan kekasih.
"Kau ada buat salah dengan dia ke?,"Sharifah bertanya lagi.
"Mana ada. Kau ni, suka-suka je cakap aku ya?,"
"Lain sangat sikap dia tu,"Sharifah bersuara bersama muka musykilnya.
"Tulah pasal. Aku rasa dia gaduh dengan Cik Mia tu kot. Tapi, semalam aku tengok dia orang macam ok je. Cik Mia siap boleh lambai-lambai tangan lagi kat aku. Mungkin lepas tu kot, dia orang bergaduh,"
Sharifah memandang wajahku dengan reaksi yang sedikit terkejut.
"Semalam kan kau keluar dengan Abang Kamal?,"
"Yalah. Masa aku makan dengan Abang Kamallah aku ternampak mereka,"
"Encik Firdaus perasan kau tak?,"
"Laa.. Kau ni. Kalau dah Cik Mia tu melambai-lambai kat aku, mestilah Encik Firdaus pun nampak sama,"
"Encik Firdaus nampak kau dengan Abang Kamal?,"
Aku garu kepala. Geram pun ada. Sampai bila aku perlu ulang benda yang sama ni?
"Ya. Berapa kali nak cakap ni? Kau tak faham bahasa Melayu ke?,"
"Patutla..," Panjang saja jawapan Sharifah yang langsung tidak kaitan dengan soalan aku. Jawapan yang membuat aku sedikit pelik.
"Patutlah apa?,"soalku sambil kerutkan kening.
"Kes jeleoslah tu,"
Aku tergelak. Apa Sharifah cakap ni?
"Kes jeleous apa? Siapa yang jeleous?,"
"Encik Firdaus cemburu tengok kau dengan Abang Kamallah tu,"
"Amboi..amboi..amboi.. sedapnya mulut kau reka fitnah ya. Kalau ada orang dengar macam mana? Kau ni.. berapa kali aku nak cakap. Dia tu dah ada kekasihlah. Nak cemburu kat aku buat apa?,"aku menjawab dengan nada sedikit geram.
"Kau ni, memang saja buat-buat bodoh kan? Tipulah kau tak perasan yang Encik Firdaus tu suka kat kau. Satu kilang dah tahu. Aku rasa, big boss kita pun dah tahu,"
"Mengarutlah kau ni Sherry. Mustahil. Kau tak tengok mereka semalam. Dan sebelum-sebelum ni. Mereka memang sweet couple. Mustahil Encik Firdaus boleh tinggalkan orang macam Mia tu, semata-mata nak kejarkan aku. Dah. Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Kau pun, jangan cakap pasal ni lagi. Aku tak suka. Dia memang tak sukakan akulah. Mungkin dia cuma suka mengusik aku. Permainkan aku.. tapi, memang mustahil dia cintakan aku,"
"Kenapa kau kata mustahil? Dan, kenapa kau ni? Tiba-tiba emosi? Biasanya, kalau cakap pasal Encik Firdaus, kau tak adalah marah sampai macam ni. Entah-entah kau ni pun, tengah cemburu juga kot. Kau cemburu tengok dia dengan Mia. Dia pula cemburu tengok kau dengan Abang Kamal. Eloklah tu,"Sharifah terus bersuara tanpa mempedulikan kata-kataku. Boleh gelak pula tu. Aku menarik muka. Geram dengan mulut bising Sharifah.
"Mana ada? Buat apa aku nak cemburu? Aku bukan sukakan dia pun. Aku cuma suka Charming,"aku menolak telahan Sharifah. Kenapa perlu aku cemburu pada Encik Firdaus? Namun, dalam masa yang sama, hatiku berbisik. Betul ke aku tidak cemburu? Kalau aku tidak cemburu, kenapa aku tidak gembira melihat kegembiraan Encik Firdaus dan Mia?
Kalau aku tidak cemburu, kenapa aku tidak boleh tidur semalam? Kenapa perlu wajah Encik Firdaus yang mengganggu lenaku? Dan, hari ini, kenapa ada rasa kecewa yang bertamu di birai hati sebaik melihat wajah Encik Firdaus. Sebaik melihat Encik Firdaus menjadi sedingin ini? Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa mengeluh? Betul apa aku cakap kan?,"
"Aku banyak kerja nak buat. Aku layan kau kat sini, silap-silap nanti aku pula yang kena marah,"aku bersuara sambil mengorak langkah meninggalkan Sharifah. Tidak mahu melayan bicara Sharifah sebenarnya. Sebab aku berasa kata-kata Sharifah bagai benar-benar belaka. Takut untuk mengakui perasaan aku sendiri. Terasa perasaanku sudah bercelaru. Berkecamuk. Dengan longlai aku melabuhkan punggung ke kerusi. Encik Firdaus melintasi mejaku terus ke biliknya. Langsung tidak memandang ke arahku. Hatiku terasa bagai ditusuk selumbar. Pedih. Ngilu. Sedihnya bila Encik Firdaus melayan aku sebegini. Tidak! Apa sudah terjadi padaku ini? Kenapa aku perlu kisah pada sikap Encik Firdaus terhadapku, padahal saat ini aku cuma mahu serahkan hati dan perasaanku pada Charming. Dan, Charming.. dia pun menghilang hari ini. Telefon tidak berangkat. Yahoo Mesengger pun tidak aktif.
"Adiya,"
Aku sedikit tersentak. Encik Firdaus tercegat di pintu biliknya. Tiba-tiba tersentuh mendengar Encik Firdaus memanggilku Adiya. Padahal sejak kes dia tersasul memanggilku Tiya, dia terus memanggilku dengan panggilan itu. Terasa Encik Firdaus cuba menjarakkan hubungannya denganku. Tiba-tiba aku terasa kehilangnnya.
"Adiya, masuk sekejap,"Encik Firdaus memanggilku sekali lagi.
Aku mengangguk perlahan. Perlahan juga aku melangkah ke arah Encik Firdaus.
"Masuk," dia bersuara sambil memberi ruang untuk aku masuk. Aku akur. Dia pula bergerak ke kerusinya.
"Ada apa Encik Firdaus?,"soalku sambil memandang wajah Encik Firdaus yang serius.
"Duduklah,"
Bagai robot, aku mengikut segala arahan Encik Firdaus. Duduk di hadapan Encik Firdaus. Agak lama. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Aku pula, perlahan-lahan mula rimas menjadi patung hidup di hadapan lelaki ini. Aku tahu Encik Firdaus sedang memandangku. Aku yakin. Kerana tiap kali aku mengangkat muka, mata Encik Firdaus tertikam padaku. Apa sebenarnya tujuan Encik Firdaus memanggilku? Aku ingin bertanya. Tetapi suaraku tersekat di kerongkong. Sudahnya aku tunduk sambil bermain jemariku di bawah meja.
"Sebenarnya ada apa Encik Firdaus panggil saya ni? Kalau tak ada apa-apa, saya keluarlah ya,"akhirnya aku bersuara. Tidak tahan dengan pendangan Encik Firdaus. Dan tidak tahan dengan kebisuan Encik Firdaus.
"Saya nak cakap sesuatu,"
"Ok. Cakaplah. Saya dengar,"
Encik Firdaus mengeluh perlahan. Sudahnya, matanya sekali lagi jatuh ke wajahku.
"Rasanya tak sesuai cakap di sini,"
Pulak. Aku tidak memberi sebarang reaksi. Cuma memandang wajah Encik Firdaus tanpa perasaan.
"Let's go for lunch,"Encik Firdaus bersuara sambil mengangkat punggung. Aku ternganga. Cepat aku mengangkat tangan. Melihat jam. Baru pukul 11.45. Biar betul, Encik Firdaus.
"Baru pukul sebelas lebihlah, Encik. Lunch apa awal sangat?,"
"Saya lapar. Jom,"
Aik! Ini macam arahan. Bukan pelawaan. Aku masih duduk di kerusi. Melihat Encik Firdaus melonggarkan tali lehernya. Kacaknya dia saat itu. Tali leher ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Satu kebiasaan apabila dia mahu keluar makan. Pasti tali leher itu akan ditanggalkan. Itulah satu perkara yang aku perasan sejak aku menjadi setiausahanya. Barangkali dia tidak mahu kelihatan terlalu formal di kedai makan sebab dia memang suka makan di kedai mamak saja.
"Hello. Tunggu apa lagi? Jomlah,"
Aku tergamam. Serius ke?
"Encik nak keluar lunch dengan saya ke?,"soalan bodoh meluncur dari bibirku dek kerana tergamam. Encik Firdaus tercegat sambil memandang wajahku. Aku faham maksud pandangan itu. Pandangan geram. Jadi, sebelum pandangan geram itu bertukar menjadi pandangan marah, baik aku mengikut saja. Cepat aku mengangkat punggung.
"Good,"ujarnya bersama sekuntum senyuman yang tidak begitu mekar di bibrnya. Aku bergerak laju mengekorinya.
****
Seperti biasa, aku tekun menguis sayur di dalam nasi gorengku, apabila tangan Encik Firdaus menepuk perlahan tanganku. Aku tersentak. Cepat mata teralih ke wajahnya. Nasib baik sudu dan garfu di tangan tidak tercampak.
"Kenapa?,"soalku pelik. Sudahlah dari tadi asyik diam saja. Tiba-tiba pukul tangan orang pula. Kena sampuk ke, bos aku ni?
"Apa yang dikuisnya tu? Makan sajalah sayur tu,"
Aku tersengih. Tiba-tiba terasa malu apabila Encik Firdaus tegur macam tu.
"Saya tak makan sayurlah,"
"Laaa.. Tak elok kalau tak makan sayur. Belajarlah makan,"
Ah sudah! Nampaknya Encik Firdaus pun nak jadi doktor juga. Macam Abang Kamal. Dari tadi diam seribu bahasa. Buka saja mulut, terus bagi nasihat kesihatan pada aku. Tak usahlah Encik Firdaus. Sudah lebih dua puluh tahun mak aku bagi nasihat yang serupa, tak ada juga aku makan sayur. Setakat bagi nasihat dalam usia aku sekarang, rasanya macam mencurahkan air ke daun keladi. Kerja sia-sialah Encik Firdaus.
"Cubalah makan dulu. Janganlah asyik tolak ke tepi saja. Kalau macam tu, memang sampai bila-bila pun awak tak akan boleh belajar makan sayur,"
Aku tersenyum. Tidak mengapalah Encik Firdaus. Setakat belajar makan sayur, bukan boleh dapat sijil pun kalau lulus.
"Makanlah,"
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Nampaknya muka serius Encik Firdaus sudah sedikit menghilang. Sudah boleh lihat sedikit senyum di bibirnya. Lega sedikit rasa hatiku.
"Makanlah sayur tu,"Encik Firdaus bersuara lagi. Aku kerutkan kening. Encik Firdaus nak paksa aku makan ke? Mana boleh? Jangan harap saya makan sayur ni, Encik Firdaus oi.Tak ada selera aku nak telan sawi dan carrot ni.
"Tak naklah. Kan saya dah cakap, saya tak..,"kata-kataku terputus di situ apabila Encik Firdaus mencedok sayur di pingganku dengan sudunya. Apa pula yang dia nak buat ni? Dan, aku hampir pitam apabila dengan cukup bersahaja dia suakan sudu itu ke mulutku. Memang Encik Firdaus kena sampuk ni. Ada ke dia nak suap aku? Aku bergerak ke belakang. Dia masih juga menyuakan sudunya membuat wajahku terasa tebal semacam. Mata memandang sekeliling. Ada beberapa orang yang kebetulan memandang ke arah kami. Tersenyum pada kami. Malunya!
"Janganlah Encik Firdaus. Malu orang tengok ni,"aku bersuara bersama muncung yang sudah agak panjang.
"Makanlah sayur tu. Atau saya suap,"
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Dia ugut aku?
"Tak naklah,"
Mendengar jawapanku, Encik Firdaus bangun sedikit, supaya sudu di tangannya lebih dekat padaku. Alamak! Encik Firdaus memang nekadlah.
"Yalah. Yalah. Saya makan,"akhirnya aku mengalah. Encik Firdaus tersenyum. Tangannya dialihkan. Dan aku pula, dengan muka masam, menyuap sayur yang aku kuis tadi ke mulut.
"Macam tulah. Bukan teruk sangat pun rasanya kan?,"
Aku tidak menjawab. Terus mengunyah nasi goreng yang bercampur sayur, yang tidak sedap langsung itu. Mak aku pun, tidak boleh paksa aku. Tapi, hari ini, Encik Firdaus berjaya membuat aku menyerah kalah pada sayur yang berwarna warni ini.

"Marah ke?,"soal Encik Firdaus lembut di telingaku.
"Tak,"
"Tu.. muncung panjang semacam tu. Kenapa?,"
Aku mengukir senyum. Senyum yang tidak ikhlas langsung. Encik Firdaus tergelak. Dalam marah, sebenarnya aku suka mendengar gelak itu. Terasa Encik Fridaus yang lama sudah kembali.
"Siapa semalam?,"
Suapan aku yang perlahan terus terhenti mendengar soalan Encik Firdaus yang tiba-tiba. Encik Firdaus memandang wajahku, menanti jawapan.
"Siapa?,"soalku sambil mengerutkan kening.
"Siapa dengan awak semalam? Boyfriend ke? Bukan main romantik lagi. Siap pegang-pegang tangan,"
"Hah? Oh.. Semalam tu? Tak adalah. Itu sepupu saya,"jawabku sambil tersenyum.
"Saya tak boleh tidur semalam. Terfikir siapa lelaki tu,"
Aku diam. Cuma memandang wajah Encik Firdaus yang sedikit serius. Tidak boleh tidur?
"Kenapa Encik Firdaus tak boleh tidur?,"
"Please Tiya. Jangan buat-buat tak tahu. I love you. And Im very sure, you know it,"
Hah?! Ini pengakuan berani mati. Oh Tidak! Ekspresi yang bagaimana yang harus aku tunjukkan? Terkejut? Memang aku tengah terkejut ni. Selain dari itu? Aku tidak tahu! Aku betul –betul tidak tahu.
"Err…,"
"I love you. Saya rasa dah tak sanggup lagi nak tunjukkan perasaan melalui layanan saya. Sikap saya. Perbuatan saya. Sebab saya tahu, awak pasti akan terus mengelak. I don't know why, tapi, awak seperti membina satu tembok tinggi untuk memisahkan kita. Kenapa?,"
"Saya..saya rasa kita kena baliklah, Encik Firdaus,"
Pantas jemari Enck Firdaus menggenggam tanganku.
"Answer me,"
"Im your staff, Encik Firdaus. Rasanya conversation ini tak begitu elok untuk kita,"
"Answer me. Bukan bagi alasan untuk mengelak,"
"Im sorry. Saya tak boleh,"pantas aku menjawab. Wajah Encik Firdaus sedikit berubah. Ada riak kecewa yang menyimbah ke wajahnya. Aku pula, saat itu, fikiranku benar-benar kosong. Tidak mampu untuk berfikir. Yang aku tahu cuma satu. Aku tidak boleh mengkhianati Charming.
"Awak sudah ada yang lain ke?,"
"Saya tak perlu jawab soalan Encik Firdaus. Tapi, saya betul-betuk minta maaf. Saya tak boleh terima ini semua,"
"Please Tiya. Bagi saya peluang untuk menjadi lelaki yang boleh membahagiakan awak. Satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan awak,"
Aku kelu. Cuma tanganku, aku tarik perlahan dari genggaman Encik Firdaus. Encik Firdaus menarik nafas panjang. Dan amat jelas wajahnya sedikit kecewa.
"Im sorry, Encik Firdaus,"
"The best man win. And I'll try to win,"
Aku termangu. Sudah kehilangan kata-kata untuk menjawab. Juga sudak kehilangan upaya untuk berfikir. Rasa terkejut mengatasi segalanya.

No comments:

Post a Comment