Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 8

Aku tersenyum lagi. Tiba-tiba rasa senang diusik

begitu. Ish! Kenapa tiba-tiba jadi macam ni ya? Telefon

bimbitku menjerit tiba-tiba. Mengalih perhatianku seketika.

Segera tanganku mencapai telefon di atas meja. Melihat

siapa gerangan pemanggilnya. Nombor baru yang tidak aku

kenali. Siapa pula ni?

“Helo?”

“Assalamualaikum, Tiha.”

Aku tergamam. Tidak mungkin. Hanya sorang

sahaja manusia yang panggil aku dengan panggilan itu.

Tidak mungkin dia. Mana dia dapat nombor aku? Tidak!

“Tiha?”



“Waalaikumussalam,”

“Ingat abang?”

“Mana abang dapat nombor ni?” soalku dengan

suara sedikit bergetar.

“Mak Tiha bagi.”

Habislah aku kali ni. Kenapalah dia muncul lagi?

Ingatkan aku tak akan jumpa lagi dengan lelaki ini.

“Kenapa tak balik masa kenduri kesyukuran abang

hari tu?”

“Sibuk. Tak dapat cuti,” jawabku dengan nada

dingin. Terdengar tawa di hujung talian. Tawa yang buat aku

menyampah.

“Macam manalah rupa girl abang sekarang?

Rindulah. Abang datang jumpa nanti. Okey?”

“Tak payah. Lately, saya sibuk la.”

“Abang datang nanti. Rindu sangat kat Tiha. Enam

tahun tak tengok muka comel ni.”

Aku kaku. Diam mendengar kata-kata itu. Rasa

menyampah pada kata-kata itu tetap sama dengan rasa

menyampahku enam tahun dahulu.

“Okey la… saya banyak kerja ni.”

“Okey, kita jumpa nanti. Abang sekarang pun, kat

Shah Alam.”

Talian segera kumatikan. Telefon bimbit kucampak

ke meja secara spontan. Dia kat Shah Alam? Tidak! Aku tidak

mahu dengar berita seburuk ini. Lebih-lebih lagi pada aku

menikmati kebahagiaan bersama Charming. Tidak mungkin.

Kenapa dia tidak bermastautin saja di Australia? Mengapa

dia perlu pulang ke sini dan mengganggu hidup aku lagi?



“Kenapa Diya? Macam ada yang tak kena aja.”

Aku pandang wajah Sharifah. Mesti dia perasan

perubahan wajahku.

“Abang Kamal,” jawabku sepatah.

Riak wajah Sharifah nampak terkejut.

“Abang Kamal call ke?” soalnya dengan nada terkejut.

Aku mengangguk lemah.

“Abang Kamal? Bila dia balik? And mana dia dapat

nombor telefon kau?”

Aku mengeluh bersama dengan muka yang cukup

gelisah. “Mak aku bagi.”

Sharifah turut mengeluh panjang.

“Apa aku nak buat Sherry? Dia cakap dia ada kat

Shah Alam sekarang. Aku tak sukalah macam ni…”

“Relakslah. Janganlah menggelabah.”

“Aku takut… aku tak nak jumpa dia. Kalau macam

ni, aku nak resignlah. Aku nak balik kampung. Tinggal

dengan mak aku. Aku tak nak jumpa dia… aku tak nak

tengok muka dia.”

“Kau ni… cakap macam budak-budak pulak.

Janganlah gabra sangat. Kau bukan macam dulu lagikan?

Aku yakin kau boleh berdepan dengan dia.”

“Aku tak nak tengok muka dia. Aku menyampah!!!”

“Sudahlah tu… cuba bertenang.”

Aku pandang wajah Sharifah. Dia boleh suruh aku

bertenang? Bagaimana aku hendak bertenang kalau

dibuatnya tiba-tiba dia tercegat di hadapanku? Aku

mengeluh berat. Gusar memikirkan hati esok yang belum

pasti kesudahannya.

tentang cinta yang perlahan-lahan melukakan hatiku

No comments:

Post a Comment