Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 13

TELEFON bimbit, aku alihkan ke
telinga kiri. Terasa tangan kananku
sedikit lenguh. Telinga pun
sudah sedikit panas.
“Kenapa diam?”
“Ada ni… tukar telinga jap.”
“Ha? Tukar telinga? Berapa pasang telinga yang
you ada?”
Aku tergelak. Tersilap cakap. Malunya…
“Tukar phone ke telinga kiri. Penatlah… sakit
tangan,” aduku.
“Alaa… so pity, my girl. Dah lama sangat ya kita
berborak? I pun tak perasan masa berlalu.”
Aku tergelak kecil. Sambil itu aku perasan Sharifah
yang tegak di sofa memandangku. Aku tersengih sambil
berpaling menghadap skrin komputer yang gelap.
“Tak apa… I tak kisah. Bukan selalu pun I boleh
berborak dengan you macam ni,” aku bersuara ceria. Tidak
mahu Charming mematikan talian sebenarnya. Walaupun
pada hakikatnya, sudah hampir dua jam aku bersembang
dengannya. Jangan ditanya apa yang kami bualkan, kerana
aku sendiri pun tidak tahu apa yang menjadi topik perbualan
kami. Segala-galanya berlalu begitu sahaja. Tiada perkara
penting yang dibualkan. Tetapi, kami seolah-olah tidak
kekeringan tajuk untuk dibualkan. Ada sahaja cerita dari
mulutnya dan ada sahaja jawapan daripadaku. Begitu juga
sebaliknya. Dan, yang penting… aku betul-betul menikmati
kegembiraan ini.
“So, apa yang I minta siang tadi, macam mana?”
Aku kerutkan kening. Apa yang dia minta siang
tadi? Aku tidak ingat. Maklumlah siang tadi banyak sangat
gangguan yang datang.
“Apa?”
“Tak ingat ke?”
“Maaf. I betul-betul tak ingatlah. Apa dia ya?”
“Alamat rumah youlah. Kita bertunang, nak?”
Hah? Alamak! Dia dah masuk topik yang tidak
menariklah. Topik serius. Ini yang buat aku seriau. Macam
mana nak jawab ni? Aku mula gelisah. Tiba-tiba rasa macam
hendak letak telefon saja.
“Okey… kita bertunang?”
“You biar betul! Nama I pun you tak tahu, nak
bertunang pulak.”
“Itu senang aja. You beritahu nama you, then I
tahulah. Tak nak beritahu pun tak apa. I panggil you Betty aja.
Lagipun, kita nak bertunang aja dulu. Tak payah pakai nama
penuh pun tak apa. Tapi, kalau nak nikah esok, terpaksa
jugalah you bocorkan rahsia nama you tu. Nanti kelam-kabut
I depan tuk kadi. Takkan masa tu pun you nak berahsia juga.”
Aku tergelak. Suaranya yang selamba di hujung
talian membuat resahku semakin menjadi-jadi.
“Setuju tak? Jangan tanya sama ada I serius atau
tak? Sebab, from the beginning, I dah cakap I serius. So,
now... just say yes or no?”
“Errr… ni bukan…”
“Yes or no…” Charming menyampuk sebelum aku
sempat menghabiskan kata-kata yang memang aku mampu
canai separuh sahaja itu.
“No!” jawabku laju.
“No?” Terdengar suara Charming sedikit terkejut.
“No, I mean bukan ‘no’. Tapi, bukan juga yes. No…
I don’t know….”
Charming tergelak panjang. Romantisnya gelak
lelaki ini.
“Kenapa sayang? Tiba-tiba nervous pulak. Bukan
ajak kahwin pun. Ajak bertunang aja dulu. Just say yes.”
“Ini bukan perkara main-main. Melibatkan dua
keluarga. I rasa belum sampai masanya untuk fikir sampai ke
tahap ni.”
“Mungkin masanya belum sampai pada you. Tapi,
pada I… I dah bersedia. Dah sampai masanya untuk I maju
setapak lagi dalam hubungan kita.”
Aku kaku seketika. Betulkah lelaki ini tidak mainmain?
Tapi, memang selama aku mengenalinya, dia sangat
serius apabila berbicara tentang hala tuju perhubungan
kami. Rasanya, aku yang banyak main tarik tali dengannya.
Itupun, dia seolah-olah tidak jemu melayan sikap aku yang
kadang-kadang nampak macam mengada-ada itu.
Ish! Mengada-ada ke aku ni? Tak adalah mengadaada
sangat. Cuma, bimbang dengan keputusan yang bakal
diambil. Itulah sebabnya sampai sekarang pun, langsung
tidak ada keputusan yang aku buat. Tidak berusaha untuk
teruskan hubungan ini ke satu tahap yang lebih serius. Bukan
tidak mahu. Tetapi tidak berani.
“Sayang?”
Aku berdeham perlahan mendengar panggilannya.
Hampir luruh hati ini mendengar panggilan romantis itu. Aku
akui aku amat bahagia dengan layanan ini.
“Ada ni…” balasku dengan suara sedikit bergetar.
“Sayang… you tak yakin dengan cinta I? Kalau you
tak yakin, you ambillah sebanyak mana pun masa untuk
belajar yakin pada I. I akan tunggu you.”
Ah, sudah! Macam mana nak jawab ni? Memang aku
tidak begitu yakin. Tapi, kalau aku jawab macam tu, mesti dia
kecil hati. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal.
“Hai… baru kejap tadi syampu kepala tu, masih
gatal lagi ke?”
Aku menjeling. Ada saja nyamuk yang mengganggu.
Sharifah tersengih sambil menongkat dagu di meja
komputer, berhadapan denganku. Bila masa pulak nyamuk
gergasi ni, terpacak kat sini?
“Kepala siapa yang gatal?” soal Charming. Pasti dia
dengar suara nyaring Sharifah.
“Tak adalah. Kawan I ni. Kepala banyak kutu. Orang
suruh pakai racun tikus, tak nak. Pakai syampu buat apa?
Bukan hilang gatal tu,” jawabku bersahaja. Geram sebenarnya
dengan Sharifah. Kerjanya mengacau sahaja. Mendengar
kata-kataku Charming tergelak.
Sharifah pula terjerit kecil.
“Aku mana ada kutu!” jeritnya sambil melempar
kusyen ke arahku.
Aku mengelak, membuat badanku tidak seimbang.
Kini, giliran aku pula terjerit kecil sebelum aku terjelepok ke
atas karpet. Sakitnya! Dan yang lebih penting, malunya!
Sharifah tergelak besar.
Aku terasa seperti mahu menangis. Nasib baik karpet
tebal.
“Apahal tu?”
Aku diam. Takkan aku nak cakap aku bergayut
dengannya sampai jatuh dari kerusi. Malulah!
“Buah nangka jatuhlah!” jerit Sharifah dekat dengan
dengan telefonku sebelum dia cepat-cepat lari masuk ke
biliknya. Hantu punya Sharifah! Dan… Charming tergelak
besar. Aku menarik muka masam. Biar pun tiada sesiapa yang
nampak mukaku saat ini, tetapi, rasa malu ini tidak
membenarkan aku sama-sama gelakkan diriku sendiri.
“Macam mana boleh jatuh ni?” soal Charming
masih bersama tawanya yang panjang.
Hampeh betul! Janganlah gelak.
Aku diam. Tiba-tiba terasa sedih apabila diri
menjadi bahan gelak orang. Lebih-lebih lagi yang gelak itu
adalah pengarang hati sendiri.
“Sayang?” panggilnya, setelah agak lama aku
berdiam diri.
“Macam mana boleh jatuh?” Sekali lagi dia bertanya
soalan yang sama.
“Janganlah gelak. Sakit tau…” Aku bersuara separuh
merengek. Bukan hendak mengada-ada, tetapi saat itu, rasa
mahu menangis pun ada. Bukan sebab sakit. Tetapi, sebab
malu dengan Charming. Hati ini tiba-tiba terasa sangat sayu
apabila Charming menggelakkan aku.
“Okey... sorry, I tak gelak. But, it’s funnylah sayang.
Sakit ya? Itulah... cuba duduk elok-elok. Jangan aktif
sangat…”
Aku menarik muka masam. Aktif apanya? Ingat aku
ni budak hyperactive ke? Mahu saja aku matikan talian
telefon saat itu juga. Kenapa aku ni? Merajuk ke? Hati
tertanya-tanya sendiri. Aku nak merajuk kat siapa? Kat
Charming ke?
“Tak apa la. Nak gelak, gelak ajalah. I letak phone.
Assalamualaikum….” Talian terus aku matikan. Amboiii
macam tak percaya. Buat kali pertamanya aku boleh merajuk
dengan Charming. Pecah rekod betul aku hari ni! Macamlah
Charming akan pujuk aku.
Telefon aku campak ke atas karpet yang tebal.
Sekarang aku perlu pergi cari Sharifah. Ada
perhitungan yang perlu dibuat dengan gadis itu. Perlahan
aku mengangkat punggung yang terasa sedikit sengal.
Dengan langkah agak laju, aku menuju ke bilik Sharifah.
Perlahan aku menolak daun pintu. Tidak berkunci. Bagus!
“Hawau kau Sherry… malu aku tau! Dia gelakkan
aku!” Aku menjerit geram sambil meluru ke arah Sharifah
yang sedang meniarap di atas katil.
Sharifah terperanjat. Tetapi, sudah terlambat. Aku
sudah pun melompat ke katil sambil memukulnya dengan
kusyen yang dia baling padaku.
Sharifah ketawa sambil mengelak pukulanku.
“Padan muka! Siapa suruh kau kutuk aku depan
dia,” balas Sharifah bersama gelak besar. Bergolek-golek dia
cuba mengelak.
“Malu aku tau!” ujarku sekali lagi.
Sharifah tersenyum sambil menutup mukanya
dengan kedua-dua belah tangan.
Aku pula terus memukul.
“Woit! Cup! Cup! Ada call. Aku nak jawab dulu,”
“Ahhh… aku tak kira... aku marah gila kat kau ni!!!”
Terkial-kial Sharifah cuba mencapai telefon
bimbitnya.
Aku pula terus memukulnya. Dalam bergelut itu,
aku tidak sedar kami sudah berada di hujung katil. Dan,
sekali lagi. Bedebuk! Kami sama-sama jatuh ke lantai.
“Adoiii!!!” Kami sama-sama mengaduh.
Aku tersengih. Walaupun sakit, tetapi aku puas hati.
“Adoiii… helo… siapa ni?” Sharifah mengaduh
sambil menjawab telefonnya.
Aku bangkit sambil tersenyum panjang.
“Ada. Kejap.”
Aku pandang wajah Sharifah yang tersenyum kecil.
“Charming. Dia nak cakap. Phone kau mana?”
Aku diam. Ceriaku hilang serta-merta. Rajuk tadi
menjelma lagi. “Cakaplah aku dah tidur.”
“Dia dengar kita sama-sama tergolek tadi, kau nak
aku cakap kau dah tidur? Dah, jangan nak mengada. Jawab!”
Aku mendengus. Sharifah ni. Kut ya pun, cubalah
belajar cakap perlahan sikit. Telefon di tangannya kucapai.
Kulekapkan di telinga. Tapi, masih tidak bersuara.

“Helo…”
Aku diam.
“Helo… sayang merajuk ya? I minta maaf okey? I
tak buat lagi. Tak sangka, rupa-rupanya Betty I ni, sensitif
orangnya.”
Aku diam lagi.
“Cukuplah tu... I dah minta maafkan? Cakaplah
sesuatu. I’m sorry. So… so sorry….”
Bibirku terukir sedikit senyum. Rupa-rupanya indah
perasaan apabila dipujuk. Kalau macam ni, rasa seperti nak
merajuk selalu.
“Sayang?”
“Ada ni…” jawabku perlahan.
“Tadi bunyi bising. Jatuh lagi ke? You lawan
wrestling ke?”
Aku tergelak kecil. “Tak adalah… mana ada.”
Charming turut tergelak di hujung talian. “Okeylah
sayang. Dah lama sangat kita sembang ni. Esok, nak
kerjakan? So, good night. Sweet dream. Okey?”
“Okey.”
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam…” balasku perlahan. Dan, tak
lama selepas itu, talian terputus.
Aku mengeluh panjang. Rasa tidak puas hati
apabila bicara terpaksa ditamatkan. Sudahnya aku berbaring
di katil Sharifah. Telefonnya kuletak di sebelah. Melihat aku
berbaring santai di katilnya, Sharifah turut menghempaskan
badan di sebelahku.
“Lama kau borak dengan dia. Apa yang dibualkan?”

“Entah… aku pun tak tau.”
Sharifah mencebik. Dia menongkat kepala sambil
merenung ke arahku.
Aku pula terus sahaja memandang siling.
Membiarkan fikiranku kosong seketika.
“Kau serius ke dengan dia?”
“Entah... aku pun tak tahu.”
Sharifah mendengus perlahan. “Semuanya entah…
boringlah cakap dengan kau ni!”
Aku berpaling ke arah Sharifah. “Sherry...”
“Hmmm… ada apa?” soal Sharifah malas.
Barangkali mood untuk jadi penyibuk sudah hilang apabila
dia mendengar jawapan demi jawapan yang membosankan
daripadaku. Dia leka menekan telefon bimbitnya. Cukup laju.
Pasti sedang menghantar pesanan ringkas buat Azman.
Aku tersenyum. Bahagianya Sharifah bersama buah
hatinya.
“Dia ajak aku bertunang…” aku bersuara perlahan.
Sharifak tersedak tiba-tiba. Sambil terbatuk-batuk,
dia bangkit lalu terus bersila di sebelahku.
Aku cuma memandang. Sharifah ni, kalau bab bagi
respons, memang tidak pernah tidak over.
“Apa?” soalnya separuh menjerit.
“Dia ajak aku bertunang.”
“Serius? Dia serius ke?”
“Dia cakap dia serius. Tapi, manalah aku tahu dia
betul-betul serius ke, dia main-main ke…”
“Kau jawab apa?”

Aku menjongket bahu.
“Kau setuju?”
“Gila ke aku nak setuju? Aku mana kenal dia?
Entahlah... aku pun tak tahulah Sherry. Apa aku nak buat ha?”
“Kau dengan dia, macam mana? Kau betul-betul
sukakan dia tak?”
Aku mengeluh panjang. Pandangan kuhalakan
semula ke siling.
“Memang aku sukakan dia. Aku selesa dengan dia.
Aku suka cara dia layan aku. Cara dia layan kerenah aku. Yang
penting, aku tak payah nak jumpa dia.”
“Kau ni, peliklah. Takkan kau nak bercinta macam ni
sampai tua? Kalau kau betul-betul sukakan dia, pergilah
jumpa dia. Takkan dia sanggup nak layan kau macam ni aja.
Dia mesti harapkan satu hari nanti, kau akan jumpa dia.
Nanti, bila dia dah bosan… baru padan muka kau!”
“Aku bukan tak nak jumpa dia… tapi, aku tak
beranilah. Aku rasa masanya belum tiba.”
“Bilalah masanya tu? Bila dia dah bosan dan
tinggalkan kau ke?”
“Hish! Kau ni… janganlah cakap macam tu!”
“Pada pendapat akulah…”
“Amboiii kau cakap macam nak jawab soalan
Bahasa Melayulah,” sampuk aku tersengih.
Sharifah jelirkan lidah tanda marah.
“Okeylah... apa pendapat kau?” soalku bersama
senyuman meleret.
Sharifah senyum semula.
“Aku rasalah, dah sampai masanya kau jumpa
Charming kau tu. Lagipun kau betul-betul sukakan diakan?

Aku tak fikir dia nak permainkan kau. Dari mula lagi, nampak
sangat dia serius dengan kau. Kau saja yang macam nak tak
nak dengan dia.”
“Aku naklah… tapi…”
“Tapi tulah yang malas aku nak dengar tu!”
Aku tersenyum pendek.
“Stop pasal Charming. Pasal Encik Firdaus tu,
macam mana?”
“Pasal apa?” soalku pura-pura tidak tahu.
“Pasal pinangan dia tu la!”
Aku tergelak kecil. Teringat semula kata-kata Kak
Lisa tengah hari tadi. Kelakar betul Encik Firdaus ni.
“Gelak pulak. Apa jawapan kau?”
Aku menguap perlahan.
“Mengantuklah. Okeylah Sherry… aku nak masuk
tidur. Charming suruh aku mimpi indah-indah malam ni.” Aku
bersuara sambil berlalu ke pintu.
“Hei!”
Aku terus berlalu tanpa mengendahkan panggilan
Sharifah.
“Cakap pasal Charming, sampai pagi pun tak apa.
Cakap pasal orang lain... terus aja kau mengantuk ya. Esok
aku tanya lagi. Kau ingat aku nak mengalah macam tu aja?”
Aku tergelak kecil mendengar ugutan Sharifah.
Lantak kaulah Sharifah. Aku layan mimpi dengan Charming
lagi bagus.

t0 be c0ntinued~

No comments:

Post a Comment