Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 23

Chapter 17
Johan menarik kerusi, sambil memberi laluan untuk aku melabuhkan punggung di situ. Aku tersenyum.
"Terima kasih."
Johan turut tersenyum seraya duduk semula ke kerusinya.
"Hello. Kat Diya je ke tunjuk gentleman? Ni, kerusi aku ni, siapa nak tarik?,"Sharifah mengomel sambil menunding jari ke arah kerusi di sebelahku.
"Kaki kau sakit ke? Tariklah sendiri. Aku tolong Diya sebab dia sakit,"Selamba Johan menjawab. Sharifah mencebik sambil menarik kerusi.
"Dan..Diya cantik sangat ini malam..," Damodar menyampuk sambil tersengih di sebelah Johan. Aku menjeling ke arah Damodar. Mamat Nepal ni, boleh tahan juga miangnya. Kemudian aku pandang ruang dewan yang penuh dengan kakitangan Mara Jaya Industries. Meriah betul suasana bila dapat melihat pelbagai fesyen yang diperagakan. Sudah seperti malam anugerah bintang-bintang terkenal pula aku tengok. Memang lain sekali program yang Lisa aturkan tahun ini. Pasti lebih melekat di ingatan selepas ini. Selang satu meja dari meja kami, aku berlaga pandangan dengan Encik Firdaus. Seperti biasa, lelaki itu pasti segak. Dan dengan kemeja batik sutera berwarna ungu gelap segaknya itu lebih terserlah. Menyerlahkan kulitnya yang kuning langsat. Sengguh tampan lelaki itu malam ini. Aku mengukir senyum apabila menyedari pandangan Encik Firdaus terus melekat di wajahku. Dan sudah pastilah senyumku berbalas. Bukan setakat Encik Firdaus sahaja yang membalasnya, tetapi, juga Mia yang tiba-tiba menoleh ke arahku. Barangkali dia ingin pastikan apa yang sedang dipandang oleh buah hatinya. Cuma berdua sahaja ke mereka? Ke mana ibu dan ayah Encik Firdaus? Bukankah petang tadi mereka berada di sini? Aku berpaling. Barangkali mereka sengaja tidak mahu mengganggu pasangan dua sejoli itu. Meja yang sepatutnya dikhaskan untuk empat tetamu, kini cuma untuk mereka berdua sahaja.
"Kenapa lambat?,"soal Johan sambil menatap wajahku, kemudian mengalihkan pandangan ke wajah Sharifah pula.
"Kau tanyalah makcik ni. Orang sibuk bersiap dia boleh bergayut pulak. Dah habis bergayut, boleh sambung SMS. Makan hati betul,"bebel Sharifah melepaskan geramnya padaku. Aku tersengih.
"Janganlah marah. Kau dah lawa macam ni, mana boleh marah. Nanti tak cun,"aku cuba bergurau. Mahu kurangkan geram di hati Sharifah.
"Nasib baik Lisa belum panggil pemenang treasure hunt. Kalau tak, memang aku dapat semualah hadiah misteri tu,"sambung Johan bersama senyum yang meleret. Aku tersenyum, sementara Sharifah mencebik. Aku pandang meja bulat yang penuh dengan hidangan makan malam. Hidangan makan laut. Banyaknya lauk. Boleh habis ke ni?
Aku tersentak bila muka Sharifah tiba-tiba melekat di telingaku.
"Encik Firdaus asyik pandang kau saja. Kan aku dah cakap,"bisiknya perlahan di telingaku. Aku kerutkan kening. Sharifah ni. Ada ke bisik-bisik pula.
"Oi! Mengumpat ke?,"Johan bersuara. Sharifah tersengih.
"Sibuklah kau. Ini hal orang perempuanlah,"ujar Sharifah sambil memandang sekeliling.
"Wah. Siap ada pentas ke? Ada show ke?," sambung Sharifah sedikit hairan.
"Nak bagi hadiah kita nanti. Mestilah kena buat pentas,"Johan menyampuk.
"Siapa MCnya? Betul-betul di luar jangkaanlah program kita tahun ni," Sharifah bersuara lagi.
"Lisa. Semua pertandingan dia dah announce pemenang tadi. Tunggu treasure hunt. Itu belum lagi,"
Nampaknya perbualan cuma menjadi milik Johan dan Sharifah. Aku lebih senang jadi pendengar dan pemerhati. Damodar pula, aku tidak tahu, dia tidak mahu menyampuk atau tidak sempat hendak menyusun ayat Bahasa Melayu untuk dilontarkan. Sebab dari tadi, aku tengok mulutnya asyik terkumat kamit. Dan setiap kali itu jugalah, Sharifah terlebih dahulu membuka mulutnya. Mulut Damodar yang terkumat kamit pasti terus terhenti setiap kali Sharifah bersuara.
"Ye ke? Nasib baik aku sempat sampai. Kalau tak, tak dapatlah nak tunjuk baju lawa aku ni, kat semua orang,"
"Sherry. Diam kejap boleh tak? Aku kesianlah tengok Damodar ni. Dari tadi terkumat-kamit. Aku rasa dia nak cakap sesuatulah. Tapi, tak sempat sebab mulut kau macam bertih jagung kena bakar. Tak sempat dia nak bercakap,"aku bersuara sambil memandang Damodar. Pecah gelak besar Johan secara tiba-tiba. Disambut pula gelak Sharifah. Kelakar ke kata-kataku tadi?
"Kenapa gelak?,"
Johan menekan perut sambil menggeleng kepala. Aku menarik muka. Lantak kamulah. Layanlah gelak tu sepuas-puasnya. Damodar pula, terkebil-kebil sambil tersenyum. Senyum tidak pasti dengan apa yang sedang berlaku agaknya.
"Attention please..,"
Suara itu menarik perhatianku. Tawa Johan dan Sharifah sedikit terkawal. Aku berpaling ke arah Lisa yang sudah berada di atas pentas. Cukup anggun Lisa dengan gaun satin berwarna pastel.
"Cantiknya Kak Lisa,"pujiku sambil menongkat dagu memandang setuausaha Encik Firdaus itu.
"Setiausaha kedua Encik Firdaus pun apa kurangnya malam ni. Macam bidadari. Dari tadi, bos awak asyik curi pandang je,"Johan bersuara. Aku tersenyum malu. Johan ni, buat aku malu sendiri pula.
"Perhatian semua. Maaf di atas gangguan sebentar tadi. Jadi, sekarang kita akan teruskan acara kita. Acara kemuncak sebelum satu persembahan istimewa untuk kita semua pada malam ini. Hadiah utama untuk Hari Mesra Pekerja. Tresure Hunt: Looking for the Pecfect Partner. So, malam ini kita sudah dapat perfect partner yang kita cari-cari. Pemenang akan membawa pulang sebuah kamera digital setiap seorang dan wang tunai sebanyak RM2000 setiap seorang,"
Tepukan gemuruh dan sorakan menyambut kata-kata Lisa.
"Wah! Hebatnya hadiah misteri tu. Kaya aku.. Yes! boleh beli baju baru,"Sharifah bersuara girang.
"Terkejut mendengar hadiahnya?,"Lisa bertanya dari atas pentas. Dijawab dengan sorakan yang riuh sekali lagi. Aku tersenyum, sambil mata aku halakan sekali lagi ke meja Encik Firdaus. Terjentik rasa hairan. Cuma Mia di situ. Mana Encik Firdaus? Bergaduh ke mereka? Ish, takkanlah mereka bergaduh.
"Bertenang semua. Ada lagi hadiahnya,"
"Hah? Ada lagi? Wah seronoknya," Sharifah bertanya dengan muka terkejutnya. Aku tergelak.
"Apa dia?!,"terdengar soalan bertanya. Entah dari mana datangnya suara itu, aku pun tak tahu.
"Baucer hidangan makan tengahari di kantin kita selama sebulan,"
Pengumuman itu disambut gelak ketawa. Aku pun turut ketawa. Apalah yang hebat sangat kalau setakat hidangan makan tengahari di kantin itu. Bukan sedap pun. Sharifah tersenyum kelat dan Johan tersengih mendengar pengumuman hadiah terakhir.
"Dengar dulu. Hidangan makan tengahari untuk pemenang ni, istemewa. Tidak sama dengan hidangan biasa. Khas untuk pemenang selama sebulan,"
"Ohhh..,"bergema jawapan itu memenuhi ruang dewan.
Lisa tersenyum.
"Kita tidak perlu membuang masa lagi. Di persilakan Encik Firdaus ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang,"
Aku memandang Encik Firdaus yang berjalan perlahan-lahan bersama tongkatnya. Kasihan Encik Firdaus. Aku tersenyum kecil. Tiba-tiba teringat bagaimana Encik Firdaus boleh terjatuh dari pokok dan bagaimana aku pula menambahkan lagi sakit di kaki Encik Firdaus.
"Pemenangnya ialah pasangan Johan dan Sharifah. Dijemput Perfect Pertner kita ke pentas,"
Aku memberi satu tepukan yang bersemangat sambil tersenyum lebar. Sharifah dan Johan bangun dan melangkah ke pentas sambil mengangkat tangan kepada teman-teman yang memberi tepukan gemuruh. Aku tergelak sambil menggeleng perlahan. Kelakar melihat gelagat mereka berdua yang tidak ubah sepeti pelakon popular hendak naik ke pentas. Leka pula melihat gelagat Sharifah dan Johan daripada di atas pentas sehinggalah mereka kembali semula ke meja bersama senyuman yang lebar. Juga hadiah yang penuh di tangan.
"Baucer tu, aku tak nak. Tapi, cash and camera tu, bagi kat aku ya?,"ujarku sebaik Sharifah tiba di meja. Sharifah cuma jelirkan lidah sambil menyorokkan hadiah ke belakang badannya. Aku mencebik. Sharifah melabuhkan punggung ke kerusi. Beg kertas yang berisi hadiah diletakkan dilantai. Dekat dengan kakinya.
"Kalau Sherry tak nak bagi, ambillah saya punya,"Johan menawarkan diri. Separuh bergurau. Aku tergelak kecil.
"Mana boleh. Tu, kena bagi kat tunang. Ni, mesti rezeki bertunang ni. Kan, Sherry?,"balasku sambil menatap wajah Sharifah,
"Hmm.. Betul.,"
"Please.. Attention," suara Lisa bergema sekali lagi. Sekali lagi, semua mata terarah ke pentas.
"Malam ni, kita ada karaoke. Sesiapa yang rasa diri berbakat, boleh menyanyi sambil menghiburkan rakan-rakan menjamu selera. But.. sebelum itu, ingat tak saya ada cakap kita ada persembahan istimewa tadi? Bos kita ada sesuatu yang istimewa untuk kita semua. Beliau akan merasmikan karaoke kita pada malam. Beliau akan menyampaikan sebuah lagu buat hiburan kita semua,"
"Woooo,"sorakan gemuruh memenuhi dewan sekali lagi. Aku turut tersenyum memandang Encik Firdaus yang tersenyum lebar di kerusi, berdepan dengan screen karaoke. Tidak pula aku tahu, Encik Firdaus ada bakat menyanyi.
"Calm down. Menurut Encik Firdaus, lagu ini special for somebody. Siapa? Katanya biar dia sendiri yang simpan nama somebody yang special tu,"Lisa bersuara sambil memandang ke arah Encik Firdaus yang sudah siap duduk di kerusi. Encik Firdaus menunding ke arah Lisa bersama sekuntum senyuman mesra. Lisa turut tersenyum.
"Adiya!," jerit beberapa suara sumbang yang membuat wajahku hampir tersungkur ke meja. Dalam asyik aku duduk menongkat dagu melihat gelagat Lisa dan Encik Firdaus, suara sumbang itu kedengan cukup bingit di telingaku. Lahabau! Itu sahaja yang mampu hatiku jeritkan. Sharifah tergelak. Johan tersenyum. Dan Damodar tersengih. Manusia-manusia di meja lain? Aku tidak tahu. Tidak berani untuk menoleh ke kiri dan ke kanan. Sudahnya aku cuma tunduk mendengar tepukan dan sorakan yang gemuruh. Yang paling aku gerun ialah untuk menatap wajah Mia. Dan, kalaulah aku tahu siapa yang pemilik suara sumbang itu, siaplah. Tujuh keturunan aku berdendam dengan suara itu.
"Di persilakan. Encik Firdaus dengan sebuah lagu Inggeris bertajuk Everlasting Love. Dan kepada semua, enjoy your dinner,".
Aku mengangkat muka. Lisa sudah bergerak turun dari pentas. Meninggalkan Encik Firdaus bersama satu irama sentimental yang membuai perasaan. Aku pandang wajah Encik Firdaus yang santai di kerusi sambil memegang mikrofon.
"Terimalah. Everlasting Love," Encik Firdaus bersuara sambil, matanya ku rasakan menikam wajahku di kejauhan. Ish! Perasaan aku kot. Hatiku berbisik sendiri.

"It looks like heaven to see you walk "
"To see the way you\'re moving on"
"Sounds like an angel when you talk "
"The words come out like in a song "
"Never thought what love could do inside "
"You\'re the place where I can hide"

"It feels like heaven to be with you "
"When you treat me like you do"
"Every minute of the day"
"Just with you I wanna stay "
"There will be no end.... "

"We\'ve got an everlasting love "
"So pure divine "
"We\'ve got an everlasting love"
"Our love will last for all time "

"Could draw a picture just by heart"
"Know every line on your face "
"You stopped me doing from the start "
"Ask the things I used to chase "

"Every minute of the day"
"Just with you I wanna stay"
"There will be no end"

"We\'ve got an everlasting love"
"So pure divine "
"We\'ve got an everlasting love"
"Our love will last for all time"

"Should you ever"
"Have any doubt bout you and me"
"Please don\'t ever"
"No love never "
"Don\'t hesitate to tell me how it should be"

"We\'ve got an everlasting love "
"So pure divine"
"We\'ve got an everlasting love"
"Our love will last for all time"

Aku terbuai di dalam alunan suara Encik Firdaus yang romantik mengalunkan lagu Inggeris itu. Bukan aku sahaja, tetapi, aku rasa satu dewan khusyuk mendengar setiap bait-bait indah sang pencinta di dalam lagu itu. Sunyi sepi dewan itu mendengar nyanyian Encik Firdaus. Seakan berpakat, semua mengangkat tangan sambil melambai lembut seiring dengan irama yang cukup sentimental. Kalaulah memang lagu itu untuk aku, akulah wanita yang paling bahagia di dunia ini. Tidak tersedar lagu sudah pun habis. Tepukan gemuruh mengakhiri persembahan Encik Firdaus yang memang memukau.
"Cayalah bos! Kalau buat album, Mawi gulung tikar wooo,"
Aku tersenyum mendengar suara itu. Betul. Suara Encik Firdaus memang bagus. Encik Firdaus ku lihat tersenyum sambil mengangkat tangan.
"Kawan-kawan! Apa kata sekarang kita dengar Adiya pula menyanyi untuk Encik Firdaus?!,"
Satu suara yang datang dari belakang membuat aku hampir terloncat dari kerusi. Dan sudah pasti suara itu disambut oleh tepukan gemuruh sekali lagi. Aku menarik muka masam apabila Sharifah antara manusia yang paling bersemangat menepuk tangan.
"Setuju!," satu dewan memberi jawapan yang paling menakutkan aku. Aku pasti, mukaku saat ini, langsung tidak berdarah. Pucat. Ya ALLAH! Selamatkanlah hambamu ini.
"Adiya! Adiya! Adiya!,"
Aku hampir hendak menangis. Menyesal aku datang.
"Pergilah Diya,"suruh Sharifah sambil turut melaungkan namaku. Aku pandang wajah Sharifah dengan perasaan geram. Sampai hati kau Sharifah.
"Tak nak! Aku mana pandai menyanyi. Tak naklah,"
"Pergilah, Diya. Jangan hampakan harapan kawan-kawan. Bukan selalu pun,"Johan pula yang menyokong kata-kata Sharifah.
"Tak nak. Menyesal aku datang,"
"Pergilah,"
"Tak nak,"
"Cepatlah Adiya. Nyanyi. Tapi, lagu ya?,"ada lagi suara sumbang yang hendak merasa penampar aku. Aku sudah menggelabah di kerusi. Terasa muka sekejap sejuk sekejap panas.
"Dealova!,"jerit Sharifah sambil menepuk tangan. Tidak guna punya kawan. Langsung tak nak bela aku. Semakin jadi batu api pula dia.
"Ya! Dealova! Cepat Adiya,"sorakan bergema lagi. Aku kaku. Sudah tidak tahu macam mana rupa aku saat ini? Takut. Marah. Geram. Malu. Semuanya ada.
"Come Adiya. Jangan hampakan kawan-kawan,"suara Encik Firdaus bergema apabila dia panggil namaku menggunakan mikrofon. Aku kalut di kerusi. Apa aku nak buat ni? Mak! Tolong Tiya! Tiya tak suka macam ni..Atok! Tolong!
"Come,"
Apabila sekali lagi suara itu memanggil, aku menjadi lebih serba salah. Hendak menolak, nanti apa kata Encik Firdaus. Hendak naik ke pentas dan menyanyi. Aku tidak sanggup. Suara aku bukannya sedap.
"Pergilah Diya. Saja-saja hiburkan kawan-kawan,"pujuk Johan pula. Sharifah mengangguk tanda setuju sambil menatap wajahku yang kelat. Akhirnya aku mengangguk perlahan. Dengan lemah aku berdiri. Sebaik aku berdiri, sorakan yang cukup kuat memenuhi dewan untuk ke sekian kalinya. Membuat aku terduduk semula. Gerun melihat sambutan yang begitu hangat. Sudah seperti menyambut Datin Seri Siti Nurhaliza membuat persembahan pula mereka semua ni.
"Laa.. Cepatlah Diya..," Beberapa suara kedengaran tidak sabar dan separuh hampa.
Aku bangun semula. Dengan langkah yang terhenjut-henjut aku bergerak ke pentas. Berada di sebelah Encik Firdaus. Memandang begitu ramai mata yang terarah padaku, gemuruhku semakin menjadi-jadi. Jangan pengsan sekali lagi di sini, sudah.
Encik Firdaus mengulurkan satu mikrofon padaku. Aku menyambut dengan rasa yang sungguh berat hati. Kalau tiba-tiba bekalan elektrik terputus, kan bagus.
"Saya nak nyanyi lagu apa?,"soalku lurus pada Encik Firdaus.
"Dealova?,"
"Lagu tu tinggi. Mana saya boleh nyanyi,"
"Cubalah dulu. Bukan masuk pertandingan pun,"
"Tak boleh Encik. Nanti buat malu je,"sempat pula aku bertelagah dengan Encik Firdaus di atas pentas. Encik Firdaus tersenyum.
"Cuba dulu. Saya akan cover awak,"
Aku tersenyum kelat. Dan, apabila irama lagu Dealova berkumandang, aku dapatkan rasakan, selepas ini, pasti dadaku bersepai di lantai pentas ini. Gemuruhnya hanya Tuhan yang tahu.

"Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu.,"

Nyanyian Encik Firdaus menyedarkan aku daripada terus melayan gemuruh. Tengok! Sudah terlepas note. Nasib baik Encik Firdaus pandai cover. Encik Firdaus memberi isyarat supaya aku menyambung nyanyian. Aku mengangguk perlahan sambil mengangkat mikrofon ke mulut. Berdiri di depan screen mengamati bait-bait lirik.
"Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu..,"
"karena langkah merapuh…tanpa dirimu..,"
"ohhh.. Karena hati telah letih,"
"Aku ingin menjadi sesuatu,"
"Yang selalu bisa kau sentuh,"
"Aku ingin kau tahu, bahawa aku,"
"Selalu memujamu,"
"Tanpamu.. sepinya waktu,"
"Merantai hati,"
"Bayangmu seakan-akan,"
Aku senyum. Mendapat sedikit keyakinan untuk terus menyanyi. Seronok pula rasanya. Bersedia untuk untuk menyambung nyanyianku. Dan, isyarat yang kuterima dari Encik Firdaus memberitahu yang kami akan berduet selepas ini. Encik Firdaus berdiri sambil melangkah ke sisiku. Memandang wajahku. Dan..
"Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil,"
"Rinduku padamu..,"
"Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada,"
"Ohh.. oh.. Hmmm.."
"Hanya dirimumu yang bisa membuatku tenang,"
"Tanpa dirimu aku merasa hilang,"
"Dan sepi.. Dan sepi..,"
"Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil,"
"Rinduku padamu..,"
"Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada,"
"selalu ada..,"

Tepukan gemuruh mengakhiri duet kami. Aku tersenyum lega sambil memandang ke Encik Firdaus. Encik Firdaus turut tersenyum sambil mengangkat kening. Seluruh dewan bergema dengan tepukan yang seakan tidak mahu berhenti.
"Terima kasih,"ujarku dan Encik Firdaus serentak. Mikrofon aku letak di atas meja kecil yang memang tersedia di situ. Encik Firdaus turut meletakkan mikrofon miliknya. Aku melangkah perlahan menahan sakit yang sedikit mengganggu di kakiku dek kerana lama berdiri. Encik Firdaus memegang lenganku, berjalan seiring.
"Tak apa Encik. Saya boleh jalan sendiri,"
Encik Firdaus tersenyum tanpa mengendahkan kata-kataku.
"Awak cantik malam ni,"
Gulp! Wajahku terasa panas serta merta. Encik Firdaus puji aku? Aku tersenyum kecil sambil terus melangkah. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pujian Encik Firdaus. Sudahnya kami cuma berdiam diri sambil melangkah dengan langkah yang tidak sempurna akibat kecederaan masing-masing.


No comments:

Post a Comment