Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 28

Chapter 22
"Tiya! Tak nak makan ke?,"
"Tak naklah mak. Tak lapar. Tiya nak sembang dengan Sherry kejap ni,"jawabku sambil mendaftar masuk ke Yahoo Mesengger. Sejak pulang ke kampung, aku belum lagi menjenguk YM ku. Lebih-lebih lagi apabila aku berjauh hati dengan Charming. Bertambah hilang keinginan untuk bersembang di medium itu.
"Mak oi,"aku terkejut melihat offline message yang berderet. Semuanya daripada Charming. Aku tersenyum lagi. Padan muka. Semuanya kata-kata maaf. Juga kata-kata yang meminta agar aku menjawab panggilannya. Membalas pesanannya. Aku menutup window offline message dan mencari nama Sharifah.
Ugly Betty: Hello, Sherry. Kau buat apa tu?,"
Diam. Pasti sibuk melayan Azman. Aku termenung sambil melihat-lihat nama-nama teman mayaku. Charming online saat ini. Cepat-cepat aku menukar status. Invisible. Aku tersenyum.
Sherry_sweet: Hai. Kau ni. Kenapa aku call x jawab? Ni.. apasal jadi halimunan pulak ni?
Ugly Betty: Aku silence. Tak nak jawab panggilan Charming. And takut Charming cari aku kat sini.
Sherry_sweet: Aku pun nak cakap pasal Charming kau ni.
Ugly Betty: Kenapa dengan dia?
Sherry_sweet: Dia call aku. Banyak kali. Kau gaduh dengan dia ke?
Ugly Betty: Entah. Tak tahu.
Sherry_sweet: Dia minta no tepon kau kat kampung. Aku x nak bagi. Dia merayu jugak. Aku jadi tak sampai hati.
Ha?! Sharifah ni. Pantas jemariku meniti di keyboard.
Ugly Betty: Kau bagi ke?
Sherry_sweet: Ha ah. Baru kejap ni aku bagi. Kesian dia. Dia cakap dia YM kau x balas. Dia call tak jawab. Message pun x balas. Kenapa? Kau mesti citer kat aku nanti.
Ugly Betty: Kau tanyalah dia. Malas aku nak citer. Buat aku sakit hati je. Menyampah betul aku kat dia tu.
Aku ingin terus menaip apabila telefon tiba-tiba berdering. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Entah-entah Charming. Ibuku yang menjawab. Aku diam di kerusi. Menunggu untuk mendengar bicara ibuku.
"Siapa ni?,"
"Kamu ni siapa? Nak cakap dengan siapa?,"
"Hah?,"
"Yelah. Siapa? Apa namanya? Anak makcik tu, ada nama,"
Aku gelisah di kerusi. Sah Charming. Perlahan aku mengangkat punggung. Melangkah ke pintu bilik. Dari situ aku melihat ibuku di ruang tamu. Melihat muka ibuku yang berkerut menjawab panggilan.
"Tak adalah nak,"
"Tak ada. Ini rumah orang Melayu nak. Tak ada nama tulah,"
Charming! Aku tergelak kecil melihat muka ibuku yang sudah berkerut seribu.
"Makcik nak letak ni.Maaflah. Anak salah nombor ni. Ni rumah orang Melayu. Bukan rumah orang putih,"
Aku menutup mulut menahan gelak. Dapat aku bayangkan apa yang sedang dibualkan Charming dengan ibuku. Manalah ibuku kenal Betty. Apalah Charming ni.
"Maaflah nak. Makcik nak letak telefon. Bye," ibuku meletakkan telefon. Aku menjenguk.
"Siapa mak?,"
"Entah. Salah nombor agaknya. Mak cakap salah nombor, nak juga bercakap,"
"Dia nak cakap dengan siapa?,"
"Entah. Geli..Geli Betty. Tak tahulah. Pelik-pelik nama orang sekarang. Orang putih kot ya?,"
Pecah gelak aku mendengar celoteh ibuku. Memang kelakar. Ada ke Geli Betty. Ugly Bettylah mak.
"Kamu ni kenapa? Gelak apa?,"
Aku tersengih sambil menggelengkan kepala. Cepat aku bergerak semula ke kerusi. Menghadap komputer. Tidak sabar untuk berkongsi cerita dengan Sharifah. Belum sempat aku menghantar pesanan buat Sharifah, window Charming muncul tiba-tiba di screen.
Charming: Saya tahu awak ada. Saya nampak awak online tadi. Please answer me.
Aku senyum. Niat untuk berkongsi cerita dengan Sharifah terbatal sudah. Sudah tiga hari aku merajuk dengan Charming. Dan selama itu jugalah dia tidak putus-putus cuba memujukku. Membuat hatiku sedikit terpujuk. Jemariku mengetuk-ngetuk meja. Haruskah aku membalas sapaannya? Hendak terus membisu, kasihan pula pada Charmingku ini. Dan lagi, walau sudah tiga aku aku mogok, rindu yang membengkak di hati tidak mampu aku buang begitu sahaja. Rindu pada suara dan tawanya. Pada bicara romantisnya.
Charming: Please sayang..
Betty Ugly: Ya. Awak nak apa?
Charming: Betulkan salah faham. Awak salah faham hari tu.
Betty Ugly: Salah faham apanya? Memang betul awak tak serius kan? Kalau tak, takkan awak berdolak dalih macam tu.
Charming: Langsung tak ada niat saya nak berdolak dalih. I love you. I can’t deny it. Sebab cinta sangat kat awak jugalah saya terpaksa buat macam ni.
Aku terpaku seketika. Kurang faham dengan maksud bicara Charming. Terpaksa? Terpaksa apa?
Ugly Betty: Terpaksa? Terpaksa buat apa?
Charming: Lupakanlah. Tak penting. Yang penting, saya nak awak tahu yang saya tak pernah permainkan awak.
Ugly betty: Hmmmm.
Charming: Itu saja ke? Nothing more to say?
Ugly Betty: Tak nak cakap lebih-lebih lagi. Takut nanti orang kecewakan kita lagi.
Aku senyum apabila jemari menaip kata-kata itu. Dalam asyik melayan senyum, aku tersentak apabila tiba-tiba ‘BUZZ!!!" Sharifah menyapaku. Terlupa pada Sharifah tatkala aku melayan Charming
Sherry_sweet: Kau pegi mana? Tiba-tiba diam. Byk aku nak cakap ngan kau ni. Byk kau kena story kat aku ni.
Aku tersengih lagi.
Ugly Betty: Aku tengah chat ngan Charming la.
Sherry_sweet: Amboi. Tadi, bukan main marah lagi. Menyampah. Sekarang dah berbaik ke?
Ugly Betty: Ha ah. Ok. Aku nak chat ngan dia ni. Kau sambung layan Azman kau balik.
Sherry_sweet: Banyak arr kau punya sambung. Pergilah layan hero kesayangan kau tu. Sekejap menyampah. Sekejap sayang. Sekejap gaduh, sekejap ok. Tak faham betul aku. Apa yang aku nak kau faham sekarang, janji, esok kau balik sini, story me everything. Everything tau! Sikit pun tak boleh tinggal.
Ugly Betty: Memang ada story best pun untuk kau. Gempak punya. Bolehlah buat aku berendam air mata dalam dua hari ni. Tapi, aku x nak cerita kat sini. Kau tunggu aku balik ya.
Sherry_sweet: Wah! Macam best betul tu. Aku tunggu.
Aku senyum.
Charming: BUZZ!!!
Ugly Betty: Ada ni. Chat ngan kawan jap tadi.
Charming: Lelaki ke?
Ugly Betty: housematela. Yang bagi awak phone no. rumah saya tu la.
Charming: Hehehe. Awak tahu ke? Cepat betul berita sampai ke telinga awak ya?
Aku tersengih.
Ugly Betty: Sampai ke mata sebenarnya. Sebab dia tulis. Bukan dia cakap.
Charming: Loyar buruk ya?
Soalan Cahrming membuat aku tergelak. Hilang sudah segala marah dan rajuk.
Yang tinggal cuma senyum dan sengih bahagia.
Ugly Betty: Apa pulak. Betullah. Awak cakap apa dengan mak saya? Bukan main berkerut keningnya tadi.
Agak lama aku menunggu. Diam. Charming tidak menjawab. Aku mencebik. Tak nak jawablah tu. Aku berpaling. Bergerak malas ke katil. Deringan telefon bimbit membatalkan niatku untuk berbaring. Sebaim aku mencapai telefonku, senyum kembali terukir di bibir. Patutlah tiada jawapan. Rupanya dia terus telefon.
"Hello,"
"Assalamualaikum,"
Aku menjawab salam yang diberi sambil merebahkan badan ke katil.
"Awak tahu saya call? Dah tu kenapa tak jawab tadi?,"soal Charming membuat aku tergelak kecil.
"Saja nak tengok,"
"Oh.. nakal ya? Nasib baik tak ada kat depan,"
"Kalau ada kat depan, kenapa?,"soalku bersama senyuman yang cukup manis. Macamlah Charming boleh nampak senyuman aku.
"Tahulah saya apa nak buat,"
"Apa awak cakap dengan mak saya? Kasihan saya tengok muka mak saya tau,"
Charming tergelak halus. Membuat aku terbuai dalam alunan bahagia.
"Saya cakap.. boleh saya cakap dengan anak makcik? Dia tanya pula anak dia tu nama apa?,"
Aku tergelak mendengar cerita selamba dari mulut Charming.
"Manalah saya tahu nama awak. Saya cakap nama dia Betty. Ugly Betty. Dah dia cakap salah nombor pula. Ni rumah orang Melayu nak. Tak ada nama tu. Anak salah nombor ni..,"
Pecah tawa dari mulutku. Lucu mendengar ceritanya dan lucu mendengar dia mengajuk percakapan ibuku. Sama betul nadanya.
"Saya tahu. Saya dengar,"ujarku bersama sisa-sisa gelak.
"Awak tahu? Tapi, tak jawab? Kenapa?,"
"Saja je. Nak tengok macam mana awak cakap dengan mak saya. Yang awak cakap nama Betty tu buat apa? Memanglah mak saya tak tahu,"
"Ada awak beritahu saya ke, nama awak apa?,"Charming menyoalku balik. Ya tak ya juga. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Lega rasanya. Hilang juga rajuk awak. Mati kutu saya nak cari cara nak memujuk. Susah rupanya kalau Betty saya ni dah merajuk,"Charming mula mengubah arah perbualan kami. Aku tersenyum. Niat untuk memberitahu namaku terbatal. Charming pun tidak bertanya. Lupakanlah. Nanti kalau sudah berjumpa, boleh beritahu nama.
"Mana ada saya merajuk? Tak merajuk pun,"
"Dah tu, kenapa telefon tak jawab? SMS tak balas? YM pun tak layan? Kalau awak tak jawab juga tadi, memang saya akan minta alamat awak dengan housemate awak tu. Datang terus jumpa awak,"
"Macamlah awak kenal saya. Kalau salah orang, macam mana?,"soalku separuh mengusik.
"Saya yakin, saya tak akan salah orang,"
"Amboi. Yakin nampak,"
Charming tergelak.
"So, your word hari tu.. masih sama ke? Masih tak berubah?,"soal Charming dengan nada yang cukup serius.
"My word? Yang mana?,"soalku berpura-pura tidak tahu.
"Ingin menjadi kekasih saya?,"
Aku diam. Malu untuk mengakui hasrat itu sekali lagi.
"Serius? Awak dah fikir masak-masak?,"
"Saya.. saya dah tak boleh nak lupakan awak. Memang saya rasa saya dah jatuh hati pada awak," dengan perasaan malu yang menggunung, aku gagahkan jua untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin sudah sampai masanya aku rungkaikan segalanya.
Selintas, aku teringat kata-kata Sharifah. Sampai bila aku hendak berhubungan dengan Charming cuma dengan cara ini? Kalau aku benar-benar serius, satu hari aku terpaksa berdepan dengan Charming juga.
"Rasa? Cuma rasa? Awak tak betul-betul pasti ke?,"
"Saya suka berbual dengan awak. Saya selalu rindu nak dengar suara awak. Gelak awak. Usikan awak,"
"Tapi, awak tak pernah rindu nak tengok rupa saya,"Charming bersuara manis. Dan aku yakin sangat ada senyuman yang terukir di bibir lelaki itu saat dia mengeluarkan kata-kata itu. Aku tersenyum malu. Nasib baik bicara ini hanya melalui telefon. Kalau tidak, aku tidak tahu di mana harus aku sorok muka ini.
"Kan?,"soal Charming meminta kepastian.
"Bukan macam tu,"
"Dah tu, macam mana?,"
"Hrmm.. Awak tak ajak keluar pun. Macam mana saya nak tengok muka awak?," ujarku lambat-lambat.
"Tak ajak? Dah naik malas saya ajak. Asyik kena reject je. Asyik buat saya kecewa,"
Aku senyum.
"Ajaklah sekali lagi,"aku bersuara perlahan.
"Kali ni, jawapannya mengecewakan ke tak?,"
"Depend pada cara awak ajaklah,"
Charming ketawa halus.
"Hmm.. Ok. How about one romantic dinner? Deal?,"
"Romantic dinner? I don’t think so. Sorry. I have to say no,"
"See. Kan saya dah cakap. Mesti kena reject,"
Aku tergelak.
"Bukan macam tu. Kawan saya kata, bahaya keluar dengan chatter waktu malam. Sebab kita tak tahu kita keluar dengan siapa. Manalah kita tahu kalau chatter tu ada niat tak baik. So, saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga,"aku bersuara dengan nada yang cukup skema. Charming tergelak.
"So, awak takut saya ada niat tak baiklah ni?,"
"Berhati-hati. Itu saja. Awak pun tahu kan? Sekarang ni, macam-macam perkara boleh jadi. Saya ni perempuan. Anak kesayangan mak saya pula tu. Jadi, kena hati-hatilah sikit,"
"Oh.. anak kesayangan ya? Jangan risau. Nanti jadi isteri kesayangan saya pula," Charming bersuara membuat aku tergelak lagi. Bahagianya.
"Kenal pun belum, dah nak saya jadi isteri awak?,"
"Yes. Of course. Kan saya dah cakap saya memang betul-betul serius dengan awak,"
Aku diam sambil menongkat dagu. Ingin mendengar bicara Chaming seterusnya.
"So. Macam mana? Dinner kena reject. Lunch pun tak boleh ke? Kalau nak selamat kita jumpa kat Sunway Lagoon. Ramai orang kat sana. Memang sah awak akan selamat. Tak pun, kita jumpa kat balai polis. Tempat paling selamat. Macam mana?,"
Aku tergelak besar.
"Awak sindir saya ya?,"soalku dengan nada marah. Charming turut tergelak.
"Bukan sindir. Cuma nak jaga keselamatan anak kesayangan mak ni je,"
"I prefer tempat kedua tu. Selamat,"gurauku bersama sisa-sisa tawa. Dan gurauanku disambut dengan tawa Charming.
"I miss you so much," Charming tiba-tiba bersuara setelah agak lama melayan tawa. Aku senyum malu. Aku juga rindu.
"Satu hari, bila awak free, kita boleh lunch together,"ujarku akhirnya.
"One day, saya akan tuntut janji tu,"balas Charming.
"Saya akan tunggu..,"kata-kataku terhenti apabila mendengar suara ibu memanggilku. Pintu bilik terbuka.
"Tiya. Mak Long dengan Pak Long datang. Jumpa mereka sekejap,"
Aku mengangguk. Ibuku berpaling. Aku pula menukar posisi.
Dari terlentang aku meniarap. Ingin menyambung bicara dengan Charming.
"Tiya! Cepat,"suara ibuku yang sedikit tinggi. Aku mengeluh hampa. Kacau betul.
"Oh.. jadi anak kesayangan mak ni, namanya Tiya?,"
Aku senyum. Tajam betul telinga Charming.
"Tiya..," sekali lagi ibuku bersuara.
"Ok mak. Awak, nanti kita sambung ya. Ada tamulah,"
"Ok. Tiya. Nanti saya call balik. Tiya. Sedap nama tu,"
Aku tersenyum.
"Ok. Bye. Saya kena layan tetamu ni,"
"Bye Tiya. I miss you,"
Aku tersenyum bahagia. Telefon aku campak ke tepi. Charming. Mungkin hatiku sudah membuat satu keputusan yang tetap. Aku ingin bersama Charming. Tidak kira siapa dia? Bagaimana orangnya? Hatiku benar-benar untuk Charming.
"Tiya!," sekali lagi namaku dipanggil dari luar.
"Ya mak. Tiya keluarlah ni," balasku sambil bangkit dari katil.

No comments:

Post a Comment