Thursday, February 3, 2011

biarlah ym berbicara 31

Chapter 25
"Hei! Anak dara. Bangunlah,"
Suara bingit yang bising itu memaksa aku membuka mata. Kacau betul. Orang nak tidur pun tidak senang. Aku menarik bantal lalu menutup telinga. Selimut aku tarik menutup wajah. Mata aku pejam semula. Bahagianya.
"Bangunlah!,"Sharifah menjerit dekat di telingaku. Membuat aku terperanjat.
"Sherry! Janganlah kacau. Aku nak tidurlah,"
"Itulah. Malam jadi kelawar. Duk bergayut sampai pukul empat lima pagi. Entah apalah yang di boraknya,"Sharifah mula membebel.
Aku bangkit dengan muka masam.
"Sampai pukul tiga jelah,"balasku sambil menggosok mata. Selesai solat Subuh tadi, aku terus sambung tidur. Itupun, nasib baik Charming yang telefon kejutkan aku Subuh tadi. Kalau tidak, mesti terbabas.
"Sempat menjawab tu,"Sharifah mengomel lagi.
"Dah pukul berapa ni?,"
"Pukul sepuluh cik adik oi. Mee goreng aku masak tadi, pun dah sejuk dah. Bangunlah,"
"Mengantuklah Sherry. Hari ni kan, hari minggu. Kenapa aku kacau aku?,"
"Tak eloklah anak dara bangun tidur lambat. Tu. Aku dengar message kat phone kau tadi. Tengoklah siapa. Mana tahu Charming ajak kau keluar hari ni,"ujar Sharifah sambil tersengih. Aku mengeluh panjang. Dalam mamai, aku mencapai telefon. Membuka pesanan ringkas yang dihantar.
[ Saya datang jemput awak kat rumah pukul 11.00 pagi]
Hah! Aku terlompat dari katil. Mati aku.
"Kenapa? Betul ke Charming ajak dating?,"
Aku pandang wajah Sharifah.
"Encik Firdaus..,"
"Kenapa dengan Encik Firdaus?,"
"Matilah aku Sherry. Encik Firdaus ajak aku keluar hari ni. Aku ingat tak jadi, pasal dia diam je. Tak ada cakap apa-apa pun lepas aku lunch kat rumah dia hari tu,"
"Hah?! Encik Firdaus ajak kau keluar? And.. Kau lunch kat rumah dia? Bila? Kau tak cerita pun,"
"Ala.. Tiga hari lepas. Hari yang aku keluar dengan dia tulah,"
"Wah! Itu sudah lain macam tu. Siap ajak lunch kat rumah lagi. Kau berdua je ke? Romantic lunch ke?,"
"Mana ada. Dengan mak dia. And makwe dia,"
"Hmm. Macam dah suka kat kau je. Aku cakap tak nak percaya,"
Aku menggaru kepala sambil menatap pesanan ringkas dari Encik Firdaus.
"Macam mana ni? Aku tak nak keluar dengan dia,"
"Laa.. Kalau tak nak keluar, kenapa setuju?,"
"Aku bukannya setuju hari tu. Aku terkejut. Jadi aku tak terjawab. Dia ingat aku setuju. Bila dia dah fikir macam tu, takkan aku nak tolak pula depan mak dia. Jadi aku diam je lah,"
Sharifah tersenyum.
"Kau nak pergi mana?,"
"Dia ajak aku tengok dia main futsal. Kau ikut aku ya?,"
"Tak naklah aku. Nanti mengganggu. Pukul berapa kau nak keluar?,"
Aku tidak menjawab. Cuma menghulurkan telefon bimbitku pada Sharifah.
"Ha? Pukul sebelas? Sekarang ni dah pukul 10.30. Cepatlah bersiap. Kau ni. Boleh duduk melangut kat sini pula. Ceparlah. Pergi mandi,"
"Aku tak nak pergilah. Aku cakap aku demam. Ok tak?,"
"Itu alasan klise lah. Tak boleh pakai dah. Ala.. Kau pergi jelah. Encik Firdaus ajak kau keluar je kan? Bukan ajak kau kahwin pun,"
Aku menjeling mendengar kata-kata Sharifah yang sedikit celupar.
"Aku nak pakai baju apa?,"soalku cuba mencipta masalah.
"Pakai jelah baju mana pun. Itu pula jadi masalahnya. Dah, jangan nak bagi alasan. Cepat bersiap,"
"Tapi, tak baiklah aku keluar dengan Encik Firdaus. Charming macam mana? Tak baik aku tipu dia,"
"Bukan tipulah. Kau bukan curang pun. Kau cuma keluar dengan bos kau je. Bukan ada apa-apa pun. Cepatlah,"Sharifah bersuara lagi sambil menolak aku ke bilik air. Lebih- lebih pula Sharifah ni beri dorongan. Sudahnya aku bersiap dengan perasaan yang berbelah bagi. Cuma berjeans dan t- shirt merah jambu. Bukan hendak ke mana pun. Setakat nak tengok orang main bola, buat apa nak lawa-lawa? Hatiku berbisik sendiri sambil menyapu bedak compact ke wajah.
"Diya! Encik Firdaus dah tunggu kau kat bawah! Dia call tadi,"
Suara Sharifah berjaya membuat aku tiba-tiba menjadi kelam kabut. Cepat aku berlari keluar dari bilik.
"Hah? Dah sampai? Alamak. Kenapa aku rasa berdebar ni?,"
Sharifah tersengih.
"Sebab kau memang ada perasaan kat bos kita tu. Cuma kau saja buat-buat tak sedar,"selamba Sharifah memberi jawapan. Aku jegilkan mata sambil menyelongkar rak kasut. Mencari sandal yang hendak dipakai.
"Aku nak pakai kasut mana ni?,"soalku cemas.
"Alaaa. Encik Firdaus bukan nak tengok kasut kau pun. Dia nak tengok muka kau. Yang kau ni, tak make up langsung kenapa? Make uplah sikit. Biar nampak cantik,"
"Dah lambatlah. Tak ada masa. Oklah. Aku pergi dulu,"cepat aku sarungkan sandal ke kaki dan cepat juga aku melangkah keluar dan berlari menuruni tangga. Tidak mahu Encik Firdaus menungguku lama. Sampai di bawah aku menarik nafas panjang. Cuba hilangkan rasa penat akibat berlari. Kereta Encik Firdaus sudah menanti. Perlahan aku melangkah ke arah keretanya. Encik Firdaus membuka pintu dari dalam. Menghadiahkan sekuntum senyuman buatku. Dalam mengawal penat, aku balas senyuman itu.
"Masuklah,"
Aku akur. Diam di tempat duduk penumpang. Senyuman Encik Firdaus membuat aku sedikit hairan. Dan, mata Encik Firdaus yang bagai melekat di wajahku, menambahkan rasa hairan.
"Maaf, kalau Encik Firdaus lama tunggu tadi,"aku bersuara. Sekadar ingin menarik perhatian Encik Firdaus. Tidak mahu matanya terus melekat ke wajahku. Rasanya aku ni, tidak seiras langsung dengan Datin Seri Siti Nurhaliza sehingga Encik Firdaus terpaku sampai begitu sekali. Atau.. dia terkejut melihat muka aku buruk sangat kot.
"Awak baru lepas jogging ke?,"
Soalan Encik Firdaus membuat aku sedikit ternganga. Jogging? Aku kerutkan kening. Encik Firdaus tertawa. Tangannya mencapai kotak tisu. Mangambil tisu lalu tanpa meminta izin, dia menyapu tisu ke pipiku. Aku tergamam dan pantas tanganku memegang tangan Encik Firdaus. Membuat kami berdua sama terdiam. Sama – sama membiarkan renungan kami bersatu. Agak lama sebelum aku tersedar. Cepat-cepat aku mengambil tisu dari tangan Encik Firdaus.
"Muka awak,"Encik Firdaus bersuara sambil jarinya menunujuk ke arah wajahku. Aku bergerak mencari cermin. Melihat wajahku. Ya ALLAH! Teruknya! Malunya! Kenapa aku perlu selalu memalukan diri sendiri di hadapan lelaki ini? Wajahku penuh dengan bedak di sana sini. Mungkin disebabkan aku berlari dan wajahku berpeluh, bedak yang aku pakai semuanya bertompok-tompok. Itulah. Semuanya main sapu saja. Hendak cepat konon. Cepat-cepat aku sapu wajah dengan tisu. Daripada elok berbedak nipis tadi, sekarang habis semua bedak aku sapu.
"Dah ok dah,"elok saja Encik Firdaus bersuara. Aku terkaku di situ. Tidak tahu sama ada mahu membuat muka selamba atau membuat muka malu. Yang pasti aku memang malu. Sudahnya aku cuma memberi sebuah senyuman yang kurang menjadi pada Encik Firdaus.
"Saya suka tengok muka awak macam ni. Nampak fresh and comel,"Encik Firdaus memberi kritikan. Aku tersengih.
"Kenapa Encik Firdaus tak ajak Cik Mia sekali?,"aku mengubah topik perbualan. Tidak selesa apabila bicara Encik Firdaus sudah tidak formal.
"Kalau saya ajak dia, memang confirm saya tak boleh main,"
Aku tergelak. Itu sebabnya dia mengajak aku. Sebab dia tak boleh ajak kekasihnya. Encik Firdaus memang pandai.
"Kenapa? Apa yang lucu?,"
Aku menggeleng perlahan. Mengukir senyum apabila mata Encik Firdaus masih memandangku. Adakah Encik Firdaus sedang menggoda perasaanku saat ini? Atau aku yang berperasaan yang bukan-bukan? Tidak mungkin Encik Firdaus cuba memikat aku. Kepalaku ligat membandingkan diri ini dengan Mia yang cantik. Seperti langit dengan bumi. Encik Firdaus sudah ada pilihan yang sempurna. Mungkin ini cuma perasaan aku sahaja. Sudahnya aku tunduk. Tiba-tiba aku jadi pemalu. Diam dan membiarkan Encik Firdaus mengemudi keretanya tanpa suara.

****
Sentuhan lembut di bahuku, sekali lagi menyedarkan aku dari mamai. Mataku yang hampir terpejam aku buka perlahan. Aku tersenyum.
"Sorry,"aku bersuara sambil menggosok mata. Entah berapa kali keayuan aku musnah di hadapan Encik Firdaus hari ini. Semasa dia sibuk di dalam gelanggang tadi, aku sendiri pun tidak sedar bila aku terlena. Sedar tak sedar, Encik Firdaus mengejutkan aku setelah dia siap menukar pakaian. Tebal muka ini terasa sudah kebal.
"Mengantuk sangat ke?,"soal Encik Firdaus sambil meletakkan dua gelas fresh orange di atas meja. Perlahan dia melabuhkan punngung di hadapanku. Menatap wajahku yang aku rasa agak layu. Mengantuk betul. Di kepalaku saat ini, cuma terbayang bantal dan tilam sahaja. Rancangan awal aku, ingin habiskan seharian hari ini dengan bantal sebab itu aku tidak kisah berbual dengan Charming sampai pukul 3.30 pagi. Mana tahu, tiba-tiba agenda bertukar.
"Minumlah. Biar segar sikit,"
"Terima kasih,"balasku sambil menarik fresh orange rapat padaku.
"Pukul berapa tidur malam tadi ni?,"
Aku senyum. Tidak menjawab soalan itu.
"Begayut dengan buah hati ke?,"teka Encik Firdaus sambil mengangkat kening.
"Tak adalah,"
"Dah tu, kenapa mengantuk sampai macam ni? Penat-penat saya main tadi, ingat awak tengok. Rupa-rupanya gelanggang futsal yang tengok awak tidur,"
Aku tergelak malu. Encik Firdaus ni..
"Saya tengoklah encik Firdaus,"
"Ye ke? Kalau awak tengok, tell me, berapa gol yang saya buat tadi?,"
Aku tersengih. Berapa ya? Manalah aku tahu. Aku bukan minat pun sukan bola sepak. Fursal pun, kategori sukan yang aku tak minatlah tu. Aku tunjukkan dua jari. Hentam sajalah. Dia kata dia menang 2-0. Agaknya dialah yang jaringkan gol tu. Sebab kawan-kawan dia cakap tadi, dia memang pemain yang hebat. Pemain serba boleh.
Encik Firdaus tergelak sambil menggeleng.
"Sama ada awak ni memang tak suka langsung tengok futsal, atau awak memang lena sebelum game start. Mana ada saya jaring gol. Saya kan gol keeper. Tak perasan ke saya kat mana tadi?,"
Aku tunduk menyedut minuman. Rasa macam dah tak nak cakap apa-apa lagi. Semua yang aku buat. Semua yang aku cakap. Semuanya buat aku malu sendiri.
"Nak balik ke? Balik sambung tidur?,"
Aku mengangkat muka. Tawaran yang menarik tu.
"Boleh juga. Lagi pun Encik Firdaus mesti penat kan? Kaki tu pun, saya tengok macam dah sakit balik. Betul cakap Cik Mia. Sepatutnya Encik Firdaus jangan main dulu. Tunggu kaki tu betul-betul sembuh. Tengok. Sekarang dah sakit balik,"
"Ajak balik, terus jadi ramah ya? Jangan harap saya nak hantar awak awal-awal. Bukan senang nak ajak awak keluar macam ni. Biar awak tertidur depan saya. Saya tak kisah. Biar saya bercakap sorang-sorang. Saya tak kisah,"
Amboi. Kejam bunyinya tu. Ingat betul-betul nak hantar aku pulang. Rupa-rupanya main-main saja. Elok muka sudah sedikit ceria, kembali menjadi lesu. Aku tunduk semula.
"And, one more thing Tiya,"
Aku tersentak. Sungguh-sungguh tersentak. Terasa darah menyerbu ke muka. Sepatas kilat aku mengangkat muka memandang wajah Encik Firdaus. Jantung pula terasa mahu luruh. Tiya?! Encik Firdaus panggil aku Tiya? Muka Encik Firdaus yang terkebil-kebil membuat aku sedikit gemuruh.
"What?,"soal Encik Firdaus bersama muka tidak bersalahnya.
"Encik Firdaus panggil saya apa tadi?,"
"Diya?,"ujar Encik Firdaus dengan muka hairan.
"No. Encik Firdaus panggil saya Tiya,"
"Oh. Ya ke? Sorry. Tersilap. Awak marah ke? Sorrylah. 'D' and 'T'. Hampir sama bunyinya. Maaf. Saya tak sengaja. Tak sangka pula saya, awak marah bila orang salah sebut nama awak,"
Wajahku terasa sedikit mengendur. Sedikit lega. Melihat wajah tidak bersalah Encik Firdaus, debarku semakin berkurangan. Mungkin betul Encik Firdaus cuma tersalah sebut. Hampir-hampir aku sangka Encik Firdaus adalah Charming.
"Tak. Saya tak marah. Cuma saya pelik bila Encik Firdaus tahu panggilan tu,"
Endik Firdaus kerutkan kening.
"Memang panggilan nama awak ke?,"
Aku mengangguk.
"Siapa yang panggil awak macam tu?,"
"Mak saya.," dan Charming..sambungku di dalam hati.
"Hmmmm.. Nice. Boleh saya panggil macam tu juga?,"
Aku kelu. Tidak mampu untuk berkata-kata. Pelik benar tingkah Encik Firdaus.
"Boleh tak?,"
"Suka hati Enciklah,"
"And, please jangan panggil saya encik. Terlalu formallah. Saya, kalau boleh tak mahu hubungan yang terlalu formal dengan awak. Tiya?,"
Jantungku berdetak lagi. Entah kenapa hebat debaran di dada apabila Encik Firdaus memanggil aku dengan nama itu. Dan, Encik Firdaus pun satu. Kenapa hendak panggil aku dengan nama itu? Terlalu mesra bunyinya apabial dia memanggil aku macam tu.
"Dah tu, saya nak panggil apa? Bos?,"soalku pura-pura tidak faham dengan maksud kata-kata Encik Firdaus.
Encik Firdaus tergelak. Dia memandang lama wajahku.
"Mustahil awak tak boleh nak baca apa yang ada dalam hati saya,"
Ah sudah! Mengerikan betul topik bicara ini.
"Panggil bos?,"soalku, buat-buat bodoh.
"Suka hatilah, sayang,"
Alamak! Sayang?! Lagi lama aku bersama dengan Encik Firdaus, aku balik tapau jantung jawabnya. Sudah berkali-kali rasanya jantungku ini hendak tercabut. Tak pun terus ke ICU. Dapat serangan jantung. Nak balik! tak nak duduk dengan Encik Firdaus. Nanti aku tergoda pula pada bos kacak aku ni..

No comments:

Post a Comment