Thursday, February 24, 2011

biarlah ym berbicara 34

Chapter 28
Aku termangu di balkoni. Termenung panjang. Binggung dan keliru. Geram dan marah. Suka dan resah. Semuanya bersatu membuat fikiran aku benar-benar bercelaru. Sudahnya, aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasa saat ini. Apa sebenar yang sedang aku alami? Apa sebenarnya yang aku inginkan? Apa sebenarnya yang sedang berlaku padaku? Binggung. Betul-betul binggung. Juga geram pada Encik Firdaus. Dan, rasa geram itu membuat aku tertanya sendiri, kenapa aku harus geram padanya, sedangkan aku telah menolaknya? Kenapa aku perlu kecewa bila dia menunjukkan perhatian pada Mia, padahal aku nekad untuk memilih Charming? Aku mengeluh perlahan. Mungkin aku kecewa kerana dalam masa tidak sampai dua jam selepas meluahkan rasa cintanya pada aku, dia boleh dengan penuh perhatian memeluk bahu Mia yang datang bertemunya di pejabat dengan wajah yang sedikit mendung. Memujuk gadis itu sambil melangkah meninggalkan aku termangu di meja. Sekelip mata sahaja dia seperti lupa yang dia baru sahaja mengaku cintakan aku. Berjanji untuk menjadi satu-satunya lelaki yang akan membahagiakan aku selamanya. Ini ke janji bahagianya itu? Hatiku tercalar perlahan-lahan. Dan, aku semakin binggung. Kenapa hati ini harus tercalar? Biarkanlah Encik Firdaus dan kata-kata manisnya. Aku tidak sepatutnya memandang serius pada semua itu. Tapi, hakikatnya, memang aku ambil serius setiap kata-kata Encik Firdaus. Aku mengambil serius setiap perlakuan Encik Firdaus.
"Diya..,"
Aku berpaling. Memandang Sharifah yang bersandar di pintu sliding. Kemudian pandangan aku alihkan semula ke arah kegelapan malam yang pekat.
"Kau tak nak makan ke?,"
Aku menggeleng.
"Kenapa ni? Dari petang tadi diam je. Ada masalah ke?," Sharifah bertanya sambil merapatiku. Aku memadang wajah Sharifah.
"Kenapa?,"sekali lagi Sharifah bertanya.
"Entah,"cuma itu saja jawapan yang mampu aku beri. Aku benar-benar tidak tahu kenapa aku jadi begini. Keliru dengan perasaan sendiri.
"Musykil aku tengok kau ni. Ada masalah dengan Encik Firdaus? Ke.. dengan Charming? Atau.. Abang Kamal?,"
Aku pandang wajah Sharifah. Buatlah apa andaian pun Sharifah. Aku tak ada mood nak menjawab. Aku berpaling. Membelakangkan Sharifah.
"Selama kita berkawan, tak pernah aku tengok muka kau macam ni. kalau ada pun, sekali je. Masa Abang Kamal cuba nak buat macam-macam kat kau dulu. Takkan dia buat benda yang sama lagi. Don’t tell me, apa yang aku cakap ni, betul,"
"Tak adalah. Kau ni , ke situ pula," akhirnya aku mengalah. Memang susah kalau soalan perempuan ini dibiarkan sepi. Bertimbun-timbun soalan lain yang datang. Aku bergerak menghampiri Sharifah. Memandang wajahnya seketika sebelum aku melangkah masuk. Berbaring malas di sofa. Sharifah mengekoriku dari belakang. Duduk menghadap wajahku.
"Ceritalah Diya. Kau ni, buat aku susah hati jelah. Kan aku telefon Charming, suruh dia datang kan. Confirm dia mesti datang punya,"
Aku memandang wajah Sharifah sekali lagi. Mengugutlah tu. Aku mengeluh berat. Bangun dari baring sambil terlentok pada lengan sofa.
"Entahlah Sherry. Aku tak tahu. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Aku rasa resah. Gelisah. Dada aku ni, rasa perit sangat. Macam ada benda berat hempap dada aku ni haa,"
"Kenapa?,"
"Aku tak tahu. Aku tak tahu apa dah jadi pada aku. Semuanya macam serba tak kena,"
Kening Sharifah berkerut.
"Lain macam saja bunyinya. Kenapa sebenarnya?,"
"Encik Firdaus,"
"Ya. Kenapa dengan Encik Firdaus?,"
"Dia cakap, dia cintakan aku,"
Ternganga mulut Sharifah menanggapi kata-kataku. Agak lama sebelum gelak kecil pecah di bibirnya.
"Betul cakap aku kan?,"
Aku mengeluh perlahan.
"Entahlah Sherry. Dia cakap dia cintakan aku. Nak jadi satu-satunya lelaki yang boleh membahagiakan aku. Konon! Aku tak tahulah apa tujuan dia. Dia sengaja nak permainkan perasaan aku agaknya. Sampai hati Encik Firdaus tu,"
"Kenapa pula? Kenapa kau cakap dia nak permain perasaan kau?,"
"Nasib baik aku tolak. Kalau tak, memang aku malu sendiri,"aku terus bersuara tanpa menjawab soalan Sharifah. Meluahkan rasa marah dan geramku pada Encik Firdaus.
"Kau tolak? Kenapa? And, kenapa kau nak malu sendiri pula? Aku yakin, Encik Firdaus seriuslah. Takkan soal perasaan pun dia nak main-main kot. Dengan staff sendiri pula tu. Tak mungkinlah,"
"Dia kan dah ada Mia? Kenapa dia cakap macam tu kat aku? Dia buat aku rasa tak selesa. Buat aku rasa geram,"
Sharifah menggaru-garu dagu sambil berfikir.
"Agaknya dia dengan Mia tu dah tak ada apa-apa kot,"
"Mustahillah. Dulu mereka pernah bercinta kan?,"
"Memanglah pernah. Tapi, kan dah heboh dulu, mereka tu dah clash. Mereka cuma bercinta. Belum kahwin lagi. So, apa yang kau nak bimbang sangat?,"
"Dah clash mesra macam tu? Aku tak percaya langsung,"
"So, sekarang ni, apa keputusan kau? Takkan kau tolak macam tu saja Encik Firdaus tu? Ruginya. Bukan senang nak cari orang macam Encik Firdaus tu, tahu?,"
Aku diam. Aku tolak macam tu saja? Memang pun. Tapi, bila mendengar kata-kata itu dari mulut Sharifah, jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Terasa seperti aku telah membuat satu keputusan yang salah. Aku tidak bermaksud untuk menolak Encik Firdaus, tapi, aku tidak boleh menerima dia. Argh! Sakit kepala aku. Apa yang sedang aku alami ini? Kenapa aku rasa macam ni. Aku terkejut bila Encik Firdaus meluahkan perasaan tapi, dalam diam aku suka mendengar luahan perasaannya itu. Aku rasa tidak wajar menerima cinta Encik Firdaus tetapi, dalam masa yang sama aku rasa perit bila terpaksa melepaskannya. Sesekali aku rasa lega bila aku nekad melepaskannya, tetapi, sekejap sahaja kecewa yang menyimbah sebaik melihat kemesraan dan perhatian Encik Firdaus pada Mia. Oh tidak! Sengsaranya perasaan ini. Perasaan yang membuat dada aku terasa sesak. Membuat aku sukar bernafas. Membuat aku rasa ingin menjerit. Apa sebenarnya perasaan aku pada Encik Firdaus?
"Arghhh! Tensionnya!,"aku lepaskan geram. Membuat Sharifah tersentak.
"Diya. Relaxlah. Kenapa ni? Janganlah stress sangat,"
Aku pandang wajah Sharifah. Muka aku sudah berubah mendung. Sekejap marah. Sekejap sedih. Aku dah nak jadi gila ke? Tak mungkin!
"Relax. Breath in.. breath out…,"
Aku mengikut saja kata Sharifah. Menarik nafas dalam-dalam kemudian aku hembuskan perlahan-lahan.
"Close your eyes,"
Aku akur lagi. Mata aku pejamkan dan aku cuma menurut apabila Sharifah menolak aku perlahan-lahan ke sofa. Aku bersandar ke sofa.
"Free up your mind. Jangan fikir apa-apa. Biarkan fikiran kau benar-benar kosong,"
"Tarik nafas dalam-dalam,"
Aku mengikut lagi arahan Sharifah. Sedikit lega. Memang aku perlu legakan perasaan aku saat ini. Perasaan yang betul-betul berkecamuk. Sumpah! Seumur hidup aku, aku tidak pernah berasa terbeban dengan beban yang sebegini berat. Tidak sanggup!
"Dah lega sikit?,"
Aku angguk.
"Ok. Open your eyes,"
Perlahan aku membuka mata. Kepala terasa sedikit ringan. Sharifah tersenyum.
"Now, cerita pelan-pelan. Apa sebenarnya yang berlaku?,"
Aku menarik nafas sekali lagi.
"Aku pun tak tahu. Aku confused,"
"Jangan gopoh-gopoh. Cerita satu-satu. Aku dengar,"
"Ok. Tengah hari tadi, dia ajak aku lunch. Dia tanya pasal Abang Kamal. Kau betul. Dia cakap dia tak boleh tidur, asyik tertanya-tanya apa hubungan aku dengan Abang Kamal,"
Sharifah tersenyum bangga. Aku sempat mencebik.
"Kan betul aku cakap. Mesti dia jelous tu. Itu yang jadi garang semacam tu. Ok, sambung cerita seterusnya,"
"Dia cakap dia cintakan aku. Can you belive it?,"
"Can. Can,"cepat mulut Sharifah menjawab. Aku menjeling. Lebih-lebih pula jawapan Sharifah.
"Dia janji nak bahagiakan hidup aku. Dia nak jadi satu-satunya lelaki yang boleh membuat aku bahagia. Kononnyalah,"
"Wah! Romantiknya luahan perasaan dia. Kalau akulah, memang dah cair kat situ juga,"Sharifah bersuara sambil bersandar ke sofa. Aku menjeling lagi.
"Ok. Sambung balik. So, masa dia cakap macam tu, takkan kau tak rasa apa-apa? Sikit pun tak tersentuh? Terharu? Seronok? Bahagia?,"
"Aku rasa macam nak meletup! Kau ni, nak jadi pengulas cerita aku ke, nak dengar cerita aku?,"aku bersuara dengan nada sedikit geram.
"Ok. Aku diam. Teruskan cerita kau,"
Aku berdehem sambil membetulkan duduk. Mencari keselesaan untuk menyambung cerita.
"Aku jadi blank. Tak tahu nak cakap apa. Langsung tak boleh nak proses apa yang dia cakap. Aku terkejut. Terkejut gila. Masa tu cuma satu benda je yang otak aku boleh proses,"
"Apa dia?,"
"Aku tak boleh kecewakan Charming,"
Sharifah tergelak kecil.
"Kenapa kau gelak?,"soalku sedikit hairan.
"Tak adalah. Kau ni memang peliklah Diya. Orang handsome dan macho macam Encik Firdaus tengah luahkan perasaan pada kau, kau boleh teringat kat lelaki yang mukanya pun kau tak kenal lagi. Kelakarlah. Kalau akulah, time tu, memang aku tak ingat benda lain dah,"
"Memanglah. Aku sayangkan Charming,"
"Encik Firdaus?,"
Aku menjungkit bahu.
"Aku tak tahu. Tak pasti perasaan aku pada dia,"
"Terima sajalah,"
"Kalau dia serius, tak apa. Ni, dia tak seriuslah. Itu yang buat aku rasa hangin semacam ni. Rasa geram. Marah pun ada. Sedih pun ada. Pendek kata semua adalah. Pening kepala aku,"
"Apasal pulak sampai macam tu sekali rasanya?,"
"Yalah. Cuba kau bayangkan apa perasaan kau, kalau sekarang dia luahkan perasaan pada kau, tapi, tak sampai dua jam dia boleh berkepit dengan Mia? Siap pegang-pegang bahu. Siap pujuk-pujuk lagi? Dia tinggalkan aku macam orang bodoh kat meja. Apa perasaan kau?,"
"Auch! Quite hurting haa..,"Sharifah bersuara perlahan. Aku mengangguk.
"Tahu tak apa,"
"Nasib baik aku reject dia. Kalau aku terima masa dia cakap I love you tu, mesti sekarang ni aku dah resign. Malu tu,"sambungku lagi.
"Alaaa.. Agaknya ada salah faham kot. Aku macam tak percayalah kalau kau cakap Encik Firdaus tu, nak main-mainkan kau. Dia nampak macam seriuslah,"
"Aku dah tak percayakan dia lagi. Aku sendiri yang tengok layanan dia pada Mia. Lepas tu, boleh pula cakap I love you kat aku. Agaknya semua oang kaya perangainya memang macam tu ya? Suka mainkan perasaan orang. Harap-harap Charming ni, bukanlah orang kaya. Harap-harap jugak, dia tu tak hensem,"

"Kenapa pulak?,"
"Yalah. Kalau dah ada rupa, mestilah ada perangai sekali. Tak naklah aku. Sakit jiwa bercinta dengan orang lawa ni. Makan hati,"
"Makan hati pun elok juga. Boleh tambah darah,"seloroh Sharifah. Aku mencebik. Orangs erius, dia melawak pula.
"Tak semua orang hensem, perangai macam tulah,"
"Contohnya?,"
"Abang Kamal? Dia pun kacak apa. Macam Hindustan aku tengok. Hidung mancung. Kening lebat. Dan yang paling aku suka, bibir dia. Merah jambu. macam bibir orang perempuan pulak. Putih pulak tu. Tinggi. Tegap. Kerja bagus. Tapi, sampai sekarang, dia duk tunggu kau jugak. Tak ada pun dia cari perempuan lain,"
Aku diam sejenak. Tekun memproses kata-kata Sharifah. Betul juga. Tapi, di belakang kita, bukannya kita tahu.
"Alah. Depan kita je kot cakap macam tu. Belakang kita?,"
"Kau ni. Don’t judge a book by its cover. Tak semua orang hensem jahat macam tu. Ni, nanti, kalau kau jumpa Charming, and katakanlah, Charming tu, lawa. Macam mana? Takkan kau nak reject juga? Kalau dah semua kau reject, nanti, apa jadi? Takkan aku nak jadi anak dara tua?,"
"Alaa.. kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau ada jodoh adalah. Kalau tak ada, tak payahlah kahwin. Bukan mati pun, kalau hidup sorang-sorang,"
"Hmmm.. cakaplah macam tu. Masin mulut, tak merasa naik pelamin, baru tahu,"
Aku tersengih.
"Tak adalah macam tu. Kan ramai lagi lelaki kat dunia ni,"ujarku sambil tersengih panjang.
"Pasal Charming ni pulak. Dah lama aku dengar kau nak jumpa dia. Kenapa tak jumpa-jumpa juga? Nak tunggu sampai bila?,"
"Nantilah. Ada masa, aku keluarlah jumpa dia,"
Sharifah menggeleng perlahan. Aku tersenyum sumbing. Tahu maksud gelengan Sharifah. Sharifah tahu aku takut. Walaupun keinginan untuk bertemu cukup kuat, namun, keberanianku tidak sekuat itu.
"Tengoklah nanti. Aku mesti jumpa dia juga. Kau jangan bimbanglah,"ulangku sambil tersenyum memandang wajah Sharifah. Syarifah cuma mengangkat kening. Menunjukkan muka tidak yakinnya padaku.

No comments:

Post a Comment