Friday, February 25, 2011

biarlah ym berbicara chapter 38

Chapter 38
“Hey! Termenung jauh nampak,”
Aku tersentak. Sharifah tersengih di hadapanku. Aku menjeling sekilas. Tangan yang menongkat dagu, aku alihkan.
“Apa hal?,”soalku malas. Memang malas. Dua hari aku tidak masuk ke pejabat. Kategori apa, cuti aku, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, aku tidak mahu melihat muka Encik Firdaus. Hari ini, aku terpaksa juga datang, setelah telingaku penat mendengar syarahan dari Sharifah.
“Ni. Cheque ini, Encik Firdaus suruh prepare. Nanti kau beri pada dia ya?,”Sharifah bersuara sambil menghulurkan satu folder plastik padaku.
“Hmm… Letaklah kat situ,”panjang muncungku menunjukkan ke arah meja yang tersusun rapi. Sharifah kerutkan kening. Perlahan folder itu dia letak di atas meja. Kemudian dia melihat jam di tangannya.
“Dah pukul sebelas. Meja kau bukan main kemas lagi. Kau datang untuk termenung kat meja ni aje ke?,”
“Aku tak ada moodlah. Aku tak nak datang. Kau yang paksa aku,”
Sharifah mengeluh panjang. Perlahan dia menarik kerusi. Melabuhkan punggung di hadapanku.
“Kau tak bolehlah macam ni. Tak professional langsung,”
“Habis tu, bos kau tu, professional ke? Main-mainkan staff dia macam ni?,”soalku geram. Sharifah tersengih.
“Belum habis lagi marah tu, rupanya. Sudah-sudahlah tu. Aku ingat kau dah cool dah,”
“Banyaklah kau punya cool,”
Sharifah tergelak.
“Ni… kau masuk office hari ni, Encik Firdaus tahu ke tidak?,”
“Mana aku tahu. Kalau dia tak tahu lagi bagus,”
“Kau ni. Tak baik. Dua hari kau tak datang, aku rasa macam nak bawa tape recorder tahu tak,”
Aku pandang wajah Sharifah. Kening sedikit berkerut.
“Kenapa pula?,”
“Aku nak rakam jawapan untuk soalan dia. Senang sikit. Bila dia tanya, aku just on saja tape recorder tu,”
Aku tersenyum kecil.
“Apa yang dia tanya?,”
Sharifah menjeling sekilas.
“Malas aku nak jawab. Kau pun tahu sendiri apa yang dia akan tanya kan?,”
Aku diam.
“Dua hari ni, dia memang masuk lambat ke?,”soalku setelah agak lama membisu.
“Caring juga ya? Masih sudi tanya keadaan buah hati dia,”Sharifah menjawab nakal. Aku membuang pandang. Tidak suka dengan gurauan Sharifah.
“Tak adalah. Hari ni saja dia lambat masuk. Tak tahu kenapa. Sebab secretary dia dah dua hari hilang. So, tak ada siapa yang nak jaga dia,”
Aku mencebik. Sharifah pula tergelak.
“Tapi, aku rasa kalau dia tahu kau masuk office hari ni, tak kira dia kat mana, mesti dia terus datang sini. Kalau tak percaya, cuba kau call dia,”
“Tak kuasa aku. Phone aku pun, aku belum on lagi. Tahu tak?,”
Sharifah memandangku tanpa berkelip.
“Since dua hari lepas?,”
Aku mengangguk.
“Merajuk betullah ni, ya?,”
“Aku tak merajuklah. Aku marah,”
“Whatever. Yang aku tahu, teruklah Encik Firdaus nak memujuk nanti,”
“Buat apa dia nak pujuk pula? Sudahlah. Tak nak cakap pasal dia lagilah,”
Sharifah mengangkat bahu. Perlahan dia mengangkat punggung.
“Aku nak pergi sambung kerja aku. Kau pula, jangan melangut macam ni saja. Buat kerja tu,”
“Tengoklah. Kalau aku rajin,”balasku bersama sekuntum senyuman yang cukup nipis. Cukup untuk menggambarkan betapa tidak cerianya aku hari ini.
Sharifah merenung wajahku dengan renungan yang sedikit tajam. Aku membuat muka selamba. Sekuntum senyuman yang cukup lebar terukir di bibir Sharifah. Senyuman yang membuat senyum aku terus mati. Suara Encik Firdaus membuat jantung aku hampir tercabut.
“Charming kau dah masuk,”ujar Sharifah perlahan. Aku jegilkan mata.
“Aku pergi dulu. Tak nak kacau adegan pujuk memujuk,”bisiknya lagi membuat aku semakin geram. Tanpa sedar, tanganku pantas mencapai folder plastik di atas meja, lalu aku baling ke arah Sharifah yang cepat-cepat berlari pergi.
“Auch!,”
Aku ternganga. Folder plastik itu selamat mendarat ke dahi Encik Firdaus. Sungguh! Walaupun aku suka, tapi, sedikit pun tidak terniat di hatiku untuk kenakan Encik Firdaus. Pantas tangan Encik Firdaus menyambut folder yang terjatuh ke dahinya. Matanya merenung ke arahku. Aku pula, cukup kelu untuk memohon maaf. Dengan santai, Encik Firdaus melangkah ke arahku.
“Tahulah awak marahkan saya. Tapi, takkan belum nampak muka lagi, dah ada file yang melayang,”Encik Firdaus bersuara separuh bergurau.
“Saya tak sengaja. Maaflah,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Agaknya, kalau dah kahwin, asal marah saja, periuk belanga yang melayang kot,”
Tajam mataku menikam wajah Encik Firdaus. Lawak Encik Firdaus tidak kelakar langsung di telingaku.
“Kan saya dah cakap, saya tak sengaja,”
“Sorry. Saya gurau aje,”
Aku membuang pandang. Semua perkara, menjadi gurauan pada Encik Firdaus. Semuanya.
“Sorry ya. Saya gurau saja,”lembut suara Encik Firdaus memujuk. Aku buat-buat tidak dengar. Kebetulan deringan telefon di meja mengganngu bicara Encik Firdaus. Bagus. Cepat aku mencapai gagang.
“Hello,”aku bersuara s
ambil mengerling. Encik Firdaus masih tercegat di hadapanku sambil memeluk tubuh. Cepat aku alihkan pandangan. Tidak mahu melihat Encik Firdaus lebih lama. Kacak sungguh lelaki itu didalam kemeja biru gelapnya. Cukup kena dengan seluar slack hitamnya itu. Tidak boleh. Aku tidak mahu kalah pada Encik Firdaus.
“Adiya?,”
“Haa? Apa?,”
“Dengar tak?,”
“Apa?,”soalku dengan suara sedikit bergetar.
“Laa… saya cakap sorang-sorang ke?,”
“Siapa ni?,”soalku keliru. Maklumlah, fikiran aku saat ini memang sedang terganggu.
“Joe. Suara saya pun dah tak kenal ke?,”
“Ha? Oh… Joe. Kenapa?,”
“Awak ok ke? Sakit ke? Lama tak nampak,”
“Tak adalah,”
“Saya nampak kereta awak kat parking tadi. Saja nak tanya keadaan awak,”
“Saya tak apa-apalah. Terima kasihlah sebab ambil berat,”
“Baguslah kalau macam tu. Hal hari tu, dah selesai ke?,”
“Hal? Hal apa? Tak ada apa-apalah. Jangan risaulah…,”
Tut…………
Aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum lebar. Talian terputus. Dan, orang yang bertanggungjawab adalah lelaki di hadapan aku ini.
“Kenapa Encik Firdaus putuskan?,”
“Saja,”
Aku menjeling sekilas. Gagang aku letak perlahan.
“Masuk sekejap,”Encik Firdaus bersuara lembut. Namun, nadanya cukup tegas di telingaku.
“Saya ada kerja,”
“Memang pun. Ada kerja dengan saya. Masuk sekejap,”
Aku mematung di kerusi. Encik Firdaus merenung wajahku.
“Tiya…,”
“Saya sibuk,”
“Come…,”tangan Encik Firdaus sudah menarik jemariku.
“Tak mahulah, Encik Firdaus,”
Encik Firdaus buat-buat tidak dengar sambil terus menarik tanganku. Pantas aku melihat sekeliling. Kalau ada mata yang memandang, tidakkah akan menjadi cerita panas nanti?
“Lepaslah. Saya bukannya buta. Saya boleh jalan sendirilah, Encik Firdaus,”
Encik Firdaus menoleh sambil berhenti tiba-tiba. Membuat langkahku hampir terlajak ke hadapannya. Sedikit lagi untuk aku mendarat ke dadanya. Nasib baik sempat langkah aku pakukan di lantai. Redup renungan Encik Firdaus memandang wajahku. Lama.
“Apa?,”soalku resah.
Encik Firdaus tersenyum.
“Rindu,”sepatah saja jawapannya. Namun, mampu untuk melonggarkan segala sendiku. Saat itu, aku berterima kasih kerana tangannya masih memegang tanganku. Kalau tidak, mahu aku terduduk di lantai. Lemah longlai segala anggota mendengar suara romantisnya itu.
“Lepaslah, Encik Firdaus,”suaraku tiba-tiba sudah bertukar lembut. Encik Firdaus tersenyum panjang.
“Saya tak percaya kat awak lagi,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Bukankah aku yang sepatutnya menggunakan ayat itu?
“Kenapa Encik Firdaus cakap macam tu?,”
“Kalau saya lepas pegangan ini, saya yakin, awak akan lari sekali lagi. Kalau masuk dalam kereta Johan lagi, tak apa. Kalau dibuatnya awak termasuk dalam kereta perompak ke… penyamun ke.., macam mana?,”
Aku membuang pandang. Encik Firdaus menyambung langkah, dan aku terkocoh-kocoh mengikut langkahnya yang panjang-panjang.
“Ada ke. Main redah saja masuk kereta orang macam tu,”sempat pula Encik Firdaus membebel. Aku mencebik dari belakang.
“Buat muka. Buat muka kat saya,”
Cepat sebelah lagi tanganku menutup mulut. Berkerut memandang belakang Encik Firdaus. Ada mata ke kat belakang dia ni? Tahu-tahu saja.
“Duduk,”
Aku tercegat di sebelah sofa. Pintu bilik, Encik Firdaus tutup perlahan. Dia berpaling. Satu keluhan kecil keluar dari bibirnya.
“Duduk,”sekali lagi dia memberi arahan.
“Tak apa. Saya berdiri saja. Encik Firdaus cakap saja apa yang Encik Firdaus nak cakap. Lepas tu, saya keluar. Sebab saya tak benda nak cakap ni,”
Dengan perlahan Encik Firdaus bergerak mendekatiku. Memegang kedua-dua belah bahuku. Menikam tajam ke mataku. Perlahan dia menolak aku ke kerusi.
“Duduk dulu,”
Sekali lagi, bagai dipukau, aku mengikut sahaja. Terus terduduk di kerusi.
“Good girl,”sambungnya sambil menyentuh hidungku. Cepat-cepat aku menggosok hidung, tanda protes. Encik Firdaus tergelak halus. Dengan bersahaja, dia menarik kerusinya ke hadapanku. Kemudian melabuhkan punggung betul-betul di hadapanku. Buat seketika dia menyambung renungannya. Buat aku rimas dan tidak senang duduk. Kepala pula, terus memutarkan satu kata-kata semangat. Aku tidak boleh kalah pada Encik Firdaus! Aku tidak boleh kalah pada Encik Firdaus! Tidak boleh! Tidak boleh!
“Tiya…,”
“Tidak boleh!,”spontan ayat itu keluar dari bibir. Encik Firdaus melopong dan aku termangu. Malu! Bagaimana kata-kata semangat itu boleh terkeluar dari bibir?
“Apa yang tak boleh?,”soal Encik Firdaus hairan. Laju menggeleng. Encik Firdaus tersenyum.
“Tiya… saya tahu saya salah…,”
“Baguslah kalau tahu,”
“Saya tak bermaksud nak tipu..,”
“Kalau bukan nak tipu, then apa?,
“Saya ada penjelasan. Ada…,”
“Tak apalah. Tak payah…,”kata-kataku terhenti di situ apabila jari telunjuk Encik Firdaus sudah melekat di bibirku.
“Boleh tolong diam tak? Cuba jangan menyampuk,”Encik Firdaus bersuara sambil mendekatkan wajahnya ke wajahku. Cepat-cepat aku mengangguk. Bimbang kalau-kalau wajah itu akan semakin hampir. Tidak sanggup.
“Good. Sekali lagi awak menyampuk… saya cium awak,”
Mendengar ugutan itu, spontan kedua-dua tanganku menutup mulut. Encik Firdaus tergelak.
“Siapa cakap nak cium mulut awak? Saya nak cium jari awak saja,”
Merona wajahku mendengar kata-kata Encik Firdaus. Malunya. Perasan betul aku ni. Cepat-cepat aku mengangkat punggung. Tidak sanggup mendengar lebih banyak gurauan dari Encik Firdaus.
“Duduk,”
Arahan itu membuat aku terduduk semula sambil menarik muka. Bencinya! Alangkah bagusnya kalau saat ini, aku yang menjadi bos. Sudah lama aku beri arahan pada Encik Firdaus. Get out of my life! Arahan itu memang sesuai untuk Encik Firdaus.
“Ok. Saya sambung,”
Aku diam. Tidak mahu menyampuk lagi. Teringat akan ugutannya. Dan, orang senekad Encik Firdaus… Tidak mustahil dia akan mengotakan ugutannya.
“Saya terpaksa buat macam tu. Kalau tak, mustahil saya dapat serapat ini dengan awak,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus tanpa apa-apa perasaan. Alasan!
“Saya tahu awak menyampuk dalam hati tu,”
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Macam mana dia tahu?
“Saya nak awak tahu, Tiya. I love you,”
Aku membuang pandang.
“Maafkan saya, ya?,”
Aku diam.
“Tiya..,”
Aku cuma memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat mengharap. Hatiku saat itu, benar-benar kasihan pada Encik Firdaus. Tapi, aku mesti realistik. Aku tidak boleh bermimpi. Ini bukan cerita Cinderella. Atau cerita Bawang Putih Bawang Merah. Ini kenyataan hidup. Dan, di dalam hidup ini, tidak ada manusia sebaik Prince Charming atau semulia putera raja yang mengahwini Bawang Putih. Itu semua cerita dongeng. Aku pula berada di dalam dunia nyata.
“Tiya. Maafkan saya, ok?,”
Aku diam lagi.
“Tiya. Please. Say something. Jangan diam macam ni,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus.
“Dah boleh cakap?,”soalku lurus. Encik Firdaus tergelak sambil tunduk. Sempat pula dia menggeleng-gelengkan kepala. Saat dia mengangkat muka, wajahnya masih penuh dengan senyuman.
“Ok, sayang. Awak boleh cakap sekarang,”
Aku menjeling, mendengar panggilan Encik Firdaus.
“Saya tak suka orang yang tipu saya. Bukan setakat tak suka. Saya benci,”
“Meaning?,”
“Meaning is, lupakan semua ni,”lancar bibirku mengatur kata-kata itu.
Encik Firdaus mengeluh panjang. Sebelum sempat dia bersuara, jeritan telefon bimbitnya mengganggu. Dengan malas telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya. Aku berdiri untuk melangkah keluar. Tidak mahu mengganggu perbualan Encik Firdaus. Namun, pantas tangannya sekali lagi memegang tanganku. Aku pandang. Encik Firdaus memberi isyarat agar aku tunggu.
“Waalaikumussalam, mummy,”
Aku kembali duduk ke kerusi, apabila Encik Firdaus memberi isyarat agar aku duduk semula.
“Oh… memang dia tak ada. Sebab dia dengan saya sekarang,”
Aku kerutkan kening. Dia dengan saya sekarang? Dia bercakap tentang aku ke?
“Mummy cakaplah sendiri dengan dia. Kalau saya cakap, takut dia tak nak percaya,”
Kata-kata Encik Firdaus membuat aku semakin hairan. Dan, apabila Encik Fridaus menghulurkan telefon bimbitnya, aku menjadi bertambah hairan
“Mummy,”ujar Encik Firdaus pendek.
“So?,”soalku bodoh.
“Mummy nak cakap dengan awak,”
Aku mengangguk perlahan sambil menyambut telefon bimbit di tangan Encik Firdaus.
“Assalamualaikum, Puan?,”aku bersuara lambat-lambat.
“Puan lagi? Berapa kali nak cakap ni?,”
“Eh, aunty,”cepat-cepat aku betulkan kesilapan yang tidak disengajakan itu. Encik Firdaus tersenyum.
“Waalaikumussalam,”
“Kenapa aunty? Aunty cari saya ke?,”
“Ha ah. Datang rumah malam lusa ya?,”
Keningku sudah berkerut. Tajam mataku memandang wajah Encik Firdaus. Cepat-cepat dia mengangkat kedua-dua tangannya. Isyarat dia tidak tahu apa-apa.
“Kenapa?,”
“Adalah. Datang sajalah. Datang tau,”
“Errr…,”
“Ini memang aunty yang ajak. Bukan Fir yang ajak. Datang ya,”
Aku termangu. Nak jawab apa ni?
“Jangan tak datang. Mesti datang. Jangan hampakan aunty ya?,”
Alahai! Agaknya Encik Firdaus belajar cara nak memujuk ni, dari mummynya. Hilang akal aku untuk mereka alasan.
“Adiya?,”
“Yalah,”
Encik Firdaus tersenyum panjang mendengar jawapanku.
“Bagus. Jangan tak jadi pula,”
“Ya, aunty,”
“Hmm… Ok. Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
“Bukan saya yang suruh, ok?,”cepat-cepat Encik Firdaus bersuara sebelum aku sempat membuka mulut. Aku cuma memandang. Telefon aku hulurkan padanya.
“Saya keluar dululah, Encik Firdaus,”
“Saya belum habis cakap lagi,”
“Saya tak nak cakap apa-apa lagi. Lupakanlah semua tu,”
“Mana boleh? Awak ingat saya main-main ke?,”
Aku mengangkat punggung.
“Kalau Encik Firdaus cakap pasal ni, lagi, saya hantar surat resign,”
Encik Firdaus terkedu. Aku tersenyum. Nampaknya ugutanku berkesan.
“Tiya… ini tak adil. Tak adil bagi saya. Langsung tak boleh nak bela diri. Awak ni macam Nazi pula. Kuku besi. Kejam tau,”
“Nazi ke. Kuku besi ke. Sekali lagi Encik Firdaus buka mulut pasal ni, saya betul-betul hantar surat resign,”
“Awak ugut saya?,”
“Kenapa? Tak boleh? Encik Firdaus ingat, Encik Firdaus sorang saja pandai mengugut? Saya pun pandai,”
“Memang awak pandai. Saya tak boleh nak cakap apa-apa dah,”
“Then… you better shut up. Itu lebih baik,”
“Amboi… bahasakan bos ya?,”
Aku tersenyum, puas hati berjaya membuat mulut Encik Firdaus berhenti bercerita tentang peristiwa yang memalukan aku itu.
“Saya keluar dulu ya?,”
Giliran Encik Firdaus yang menarik muncung. Sedaya upaya aku cuba sembunyikan senyum yang mahu terukir di bibir. Lucu melihat muka Encik Firdaus yang mencuka. Padam muka!
Aku melangkah menuju ke pintu.
“I won’t give up,”Encik Firdaus bersuara.
Aku terus melangkah.
“One day, awak akan jadi pengantin saya,”
Yalah tu. Aku terus melangkah keluar. Eh, lupa pula. Cepat-cepat aku membuka semula pintu bilik Encik Firdaus. Menjenguk ke dalam.
“Kenapa? Ubah fikiran? Come here. Saya sambung semula penjelasan saya,”Encik
Firdaus bersuara.
“Bukan. Kenapa mak Encik Firdaus ajak saya ke rumah Encik Fridaus?,”soalku hairan
Encik Firdaus mengeluh pendek.
“Birthday dia. Saya jemput awak ya?,”
“Tak payah,”aku bersuara sambil berlalu. Kurang ajar betul aku dengan majikan hari ini. Tapi tidak mengapa. Aku puas hati dapat kenakan Encik Fridaus sekali sekala.

biarlah ym berbicara chapter 37

Chapter 37
“Tiya..,”
File di lantai aku kutip lalu diletakkan di atas rak. Hilang keinginan untuk sambung menyusun rak yang agak tidak teratur itu. Laju aku bergerak ke meja. Mencapai beg tanganku.
“Saya balik dulu,”cepat-cepat aku melangkah. Tidak sanggup melihat wajah Encik Firdaus. Malunya aku. Rupa-rupanya selama ini Encik Firdaus yang selalu bersembang maya denganku. Sebelum banyak soalan dari mulut Encik Firdaus, baik aku lari. Balik dan fikir alasan kenapa aku terkejut sangat saat ini. Aku tidak boleh biarkan Encik Firdaus tahu akulah Ugly Betty yang sering melayan bicara romantisnya itu. Tidak!
“Tiya. Tunggu,”
Panggilan Encik Firdaus tidak aku hiraukan.
“Ugly Betty,”
Langkah aku mati tiba-tiba. Saat itu memang aku rasa seperti mahu menangis. Encik Firdaus panggil aku Ugly Betty? Dia tahu segala-galanya ke? Aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat resah. Juga pada wajah Farid yang kehairanan.
“Selama ini Encik Firdaus tahu saya Betty?,”soalku lambat-lambat. Encik Fridaus sedikit gelisah.
“Yeah..,”
Air mata gugur di pipiku mendengar jawapan itu. Encik Firdaus tipu aku selama ini. Betapa aku berasa tertipu. Aku berpaling.
“But, I can explain Tiya,”
Aku terus melangkah. Separuh berlari. Meninggalkan Encik Firdaus yang mengejar aku dari belakang. Nasib baik sudah melewati waktu pejabat. Jadi, pejabat sudah lenggang. Cuma Sharifah yang aku perasan terkebil-kebil melihat aku berlari keluar.
“Tiya… Let me explain first,”jerit Encik Firdaus.
Aku terus melangkah. Tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari mulur Encik Firdaus. Aku berhenti di hadapan proton Waja milik Johan. Aku berpaling. Melihat Encik Firdaus melangkah menghampiriku, aku terus membuka pintu kereta Johan. Terus masuk ke dalam perut kereta Waja Johan. Membuat Johan terperanjat.
“Kenapa ni?,”
Aku menyapu air mata yang jatuh di pipi. Menoleh memandang wajah Johan yang kehairanan. Tajam matanya memandang wajahku. Kemudian dia memandang ke arah Encik Firdaus. Aku turut memandang ke arah Encik Firdaus yang tercegat berdiri sambil melurut rambut.
“Cepat jalan,”laju saja aku memberi arahan.
“Ok,”jawab Johan sepatah. Dan kereta Johan bergerak keluar dari kawasan kilang. Aku diam melayan rasa terkejut dan rasa marah. Rasa geram dan sedih. Semuanya sudah bercampur, membuat air mata mengalir lagi. Tidak tahu apa makna air mata ini. Sedih? Marah? Geram? Aku tidak tahu. Cepat-cepat aku menyapu air mata yang jatuh ke pipi.
“Awak tak apa-apa?,”lembut suara Johan bertanya. Aku tunduk sambil menggeleng. Johan tidak terus bertanya. Cuma tenang mengemudi keretanya.
“Awak hendak ke mana ni?,”agak lama, Johan bertanya lagi. Dan aku menggeleng lagi.
“Nak saya hantar awak balik?,”
Laju aku menggeleng. Aku tidak mahu balik. Aku takut Encik Firdaus mencari aku di rumah. Aku belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu.
“Nak berhenti minum? Atau nak saya hantar ke mana-mana?,”
Aku diam. Kali ini langsung tidak bereaksi.
“Kenapa ni? Apa yang berlaku? Bergaduh dengan Encik Firdaus ke?,”
“Tak ada apa-apalah,”jawabku perlahan. Jelas sekali aku berbohong. Tetapi, aku tahu Johan faham. Johan faham yang aku tidak mahu berkongsi cerita ini dengannya. Sudahnya, Johan terus memandu.
“Hmm… sebenarnya nak ke mana ni?,”agak lama memandu, Johan bertanya lagi.
“Saya pun tak tahu,”
“Awak nak saya temankan awak ke?,”soal Johan lagi. Aku diam. Tidak tahu apa yang aku ingini saat ini. Aku pandang wajah Johan. Malu pula rasanya berdepan dengan Johan saat ini. Apalah yang sedang Johan fikirkan tentang aku. Johan tersenyum kecil. Namun, jelas di wajahnya, ada rasa hairan yang amat sangat.
“Awak ada hal ke?,”soalku perlahan.
Johan tersenyum lagi.
“Sebenarnya saya nak ke Hentian Pudu. Tunang saya datang ke sini. Nak jemput dia..,”
“Ye ke? Sorry. Menyusahkan awak. Awak turunkan saja saya kat tepi jalan ni. awak pergilah jemput tunang awak. Maaf sangat-sangat sebab saya menyusahkan awak saja,”
“Kat sini susah nak dapat teksi. Tak apa kalau awak mahu saya temankan awak, saya boleh temankan awak,”
“Tak payah. Kasihan tunang awak nanti. Saya ok. Tak apa-apa. Jangan bimbang. Just turunkan saya di sini,”ujarku dengan perasaan serba salah. Aku betul-betul tidak berniat mahu menyusahkan Johan. Dengan tidak sengaja, aku terseret Johan ke dalam masalahku.
“Hmm… Macam nilah. Awak tak nak balik ke?,”
Aku menggeleng. Johan melihat jam di tangannya.
“Kalau macam tu, saya hantar awak ke tasik boleh? Mana tahu awak nak release perasaan awak kat situ?,”
“Suka hatilah. Saya tak kisah. Sekali lagi, saya minta maaf ya ,Joe”
Johan tersenyum kecil.
“It’s okay. Bila-bila masa awak perlukan pertolongan saya, saya ada kat sini. Anytime,”
Aku tersenyum nipis. Johan membalas senyum itu. Dan, aku terus diam selepas itu. Melayan perasaan yang pelbagai.
“Jangan lagi sekali terkejut sampai MC seminggu sudahlah ya,”
Tiba-tiba teringat kata-kata Encik Firdaus sebentar tadi. Nampaknya ini bukan setakat MC seminggu. Silap hari bulan boleh terus hantar surat perletakan jawatan. Malunya aku hendak berdepan dengan Encik Firdaus. Kenapa Encik Firdaus sanggup mempermainkan aku sehingga ke tahap ini? Sampai hati Encik Firdaus.
“Macamlah awak kenal saya. Kalau salah orang, macam mana?,”
“Saya yakin, saya tak akan salah orang,”
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Charming.
“Saya percaya. Sebab awak mix kan?,”
Satu lagi bicaranya singgah di fikiran.
[I spend masa untuk Mummy I. Tak boleh buat benda lain. Weekend just for her.]
“Mummy memang pantang kalau hari minggu ada perbincangan business. Hari minggu cuma untuk dia saja,”
Kata-kata Charming dan kata-kata Farid, memang sama. Kenapa aku tidak sedar itu semua selama ini?
“No. Encik Firdaus panggil saya Tiya,”
“Oh. Ya ke? Sorry. Tersilap. Awak marah ke? Sorrylah. ‘D’ and ‘T’. Hampir sama bunyinya. Maaf. Saya tak sengaja. Tak sangka pula saya, awak marah bila orang salah sebut nama awak,”
Dan itu adalah kesilapan Encik Firdaus yang paling ketara. Aku pula? Aku percaya sepenuhnya dengan alasan yang Encik Firdaus berikan. Bodohnya aku. Kejamnya Encik Firdaus. Sampai hati Encik Firdaus menipu aku sehingga ke tahap ini. Air mata yang mengalir lagi, aku seka segera. Nasib baik kawasan Taman Tasik Shah Alam itu sudah sunyi daripada manusia. Dapatlah aku melepaskan perasaanku sepuas hati.
Selintas dengan itu juga aku teringat gelak Encik Firdaus semasa aku online dengan Charming. Juga renungannya padaku saat itu. Malunya! Rupa-rupanya dia tahu siapa aku pada waktu itu. Encik Firdaus kejam!
Telefon bimbitku berdering lagi. Untuk yang ke berapa kali, tidak terhitung rasanya. Aku tahu siapa yang membuat panggilan itu. Encik Firdaus! Siapa lagi, kalau bukan dia? Telefon bimbit aku keluarkan dari beg. Merenung kosong ke arah screen yang mempamerkan sejumlah panggilan yang tidak dijawab. Dan untuk ke sekian kalinya, deringan itu menjerit. Kali ini Sharifah yang menelefon. Juga aku biarkan telefon itu akhirnya membisu sendiri.
“Adik,”
Aku menoleh.
“Ya , pakcik?,”
“Buat apa kat sini, malam-malam macam ni?,”
Aku menggeleng perlahan.
“Bahaya duduk kat tempat macam ni, seorang diri,”
Aku tersenyum nipis sambil memandang sekeliling. Sudah malam rupanya. Pantas aku melihat jam di tangan. Pukul sebelas malam. Ya ALLAH. Lamanya aku di sini.
“Baliklah. Dah malam ni,”
Aku mengangguk perlahan. Lelaki separuh umur itu tersenyum sambil berlalu. Aku terkulat-kulat di situ. Berfikir-fikir seketika mahu ke mana. Dan, telefon berdering lagi. Abang Kamal.
“Hello,”aku menjawab panggilan itu dengan suara yang cukup lemah.
“Tiha kat mana ni?,”
“Hah?,”soalku hairan dengan nada suara Abang Kamal yang sedikit keras.
“Tiha kat mana sekarang? Abang datang ambil Tiha,”
“Kenapa?,”
“Sherry call abang. Katanya Tiha tak balik dari petang tadi. Kenapa? Apa yang berlaku?,”
Aku mengeluh lemah. Sharifah ni. Cepat sangat melatah.
“Tiha tak apa-apalah abang,”
“Tell me. Where are you?,”
“Tak apa. Tiha balik sendiri,”
“Dah pukul sebelas lebih ni. Bahaya jalan sorang-sorang. Cepat beritahu abang Tiha kat mana? Abang datang ambil,”
Aku megeluh perlahan. Abang Kamal ni, risau tidak bertempat pula.
“Tiha… Tiha kat mana?,”
“Tiha kat tasik ni,”
“Malam-malam buta macam ni? Tiha buat apa kat situ? Abang datang sekarang. Tiha kat kawasan mana?,”
“Alaa.. Tak payahlah bang. Tiha ambil teksi saja. Tak payah susah-susah,”
“Abang datang sekarang. Tiha kat area mana?,”
“Kat taman permainan ni…,”
Talian terputus. Aku pandang telefon bimbitku. Kemudian mengeluh perlahan. Dengan lemah kaki aku hayun.
“Tiha…,”
Aku menoleh. Abang Kamal berlari ke arahku. Aku terkebil-kebil. Aik! Sejak bila Abang Kamal boleh ghaib ni?
Abang Kamal termengah-mengah di hadapanku.
“Abang marathon dari rumah abang ke?,”soalku melihat wajah Abang Kamal yang kepenatan.
“Marathon dari tempat parking motor,”jawab Abang Kamal dalam mengah.
“Doktor apa abang ni? Tak pernah exerciselah tu. Berlari sikit pun dah semput,”
Abang Kamal menarik hidungku sambil menarik nafas panjang-panjang. Cuba menghilangkan penatlah tu. Penat sangat sehingga tidak mampu berkata-kata. Aku tersenyum sambil mengelak. Memandang lucu wajah Abang Kamal yang kepenatan. Abang Kamal tercegat di hadapanku setelah penatnya sedikit mereda.
“What happened?,”
Aku geleng. Abang Kamal merenung wajahku.
“Baru lepas menangis ya?,”
Aku geleng lagi.
“Jom. Kita balik. Duduk sini lama-lama, bahaya,”
Aku angguk. Abang Kamal menarik tanganku. Berjalan menuju ke arah tempat dia meletak motorsikalnya. Aku mengikut tanpa banyak bicara.
“Dah makan ke belum ni?,”soal Abang Kamal sebaik kami sampai ke motorsikal besarnya. Aku sentuh perut. Pedih. Patutlah. Dari pagi aku belum makan. Lapar!
“Belumlah tu…,”Abang Kamal bersuara melihat gelagatku. Menyentuh perut. Gelagat spontan apabila aku terasa lapar. Aku tersengih.
“Jom. Kita pergi makan dulu,”
Laju aku menggeleng. Abang Kamal kerutkan kening.
“Pulak. Kenapa?,”
“Malulah. Tengoklah muka Tiha ni,”
“Kenapa dengan muka Tiha?,”Abang Kamal bersuara dengan nada hairan. Aku menarik muka. Abang Kamal tidak nampak ke, mata aku yang hampir tertutup ni? Bengkak! Atau Abang Kamal buat-buat tidak nampak?
“Mata Tiha bengkaklah,”
“Kenapa?,”
“Abang ni. Kalau dah bengkak macam ni, mestilah sebab menangis,”
“Ohh…. Mengaku pun. Tadi, abang tanya, cakap… tak,”
Aku menjeling. Soalan perangkap rupanya.
“Now, tell me. What happened? Kenapa sampai bengkak macam ni sekali matanya ni? Bergaduh dengan Sherry ke?,”
“Tak adalah. Tak ada apa-apa,”
Abang Kamal mengeluh perlahan.
“By the way, apa abang buat di sini? Macam mana abang tahu Tiha kat sini?,”aku mengubah tajuk perbualan.
“Sherry telefon abang. Cakap Tiha tak balik sejak dari petang tadi,”
“Sherry tak cakap apa-apa ke?,”
“Tak ada. Cuma dia cakap, cuba cari di sini. Dia kata, selalunya Tiha suka datang lepas perasaan kat sini,”
Aku diam.
“Tak nak cerita kat abang ke?,”
Aku menggeleng.
“Oklah. Tak apa. Sekarang ni, kita pergi makan ya,”
“Tak naklah bang. Tiha nak baliklah,”
“Sure?,”
Aku mengangguk.
“Hmm.. Suka hatilah. Tapau pun tak nak?,”
Aku menggeleng.
“Lain kali jangan buat macam ni lagi tau. Risau abang tadi,”
Aku tersenyum. Abang Kamal ni. Agaknya dia lupa yang aku bukannya anak kecil yang perlukan perlindungannya sepanjang masa. Aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diriku sendiri.
“Abang tahu, Tiha dah besar. But, still… kena hati-hati,”Abang Kamal bersuara, seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di fikiranku. Aku tersengih. Untuk seketika, aku terlupa pada perbuatan Encik Firdaus. Perlahan dia mencapai helmet sambil menatap wajahku. Sekuntum senyuman terukir di bibirnya.
“Kenapa?,”soalku hairan
“Kalau dulu, lepas Tiha menangis sampai bengkak mata macam ni, mesti suruh abang tiup mata tu. Supaya hilang bengkaknya. Sekarang nak suruh abang tiup ke?,”
Aku tergelak malu. Pantas kenangan lalu bertenggek di ranting ingatan. Abang Kamal turut tesenyum.
“Tak naklah. Itu masa kecil-kecillah bang. Lagipun, bukannya hilang pun bengkak tu,”balasku bersama senyum yang panjang. Abang Kamal tergelak halus. Tangannya bergerak ke mataku. Menyentuh perlahan mataku yang bengkak.
“Balik nanti, tuam dengan tuala suam pelan-pelan,”
Aku tersenyum.
“Ok. Jom abang hantar Tiha balik,”
Aku mengangguk perlahan. Abang Kamal bergerak hampir padaku. Memakaikan helmet untukku. Aku tersenyum sambil membetulkan helmet yang sudah melekat di kepala.
“Abang…,”
Abang Kamal yang baru hidupkan enjin motorsikannya, berpaling padaku.
“Ya?,”
“Nak makan wedges lah,”aku bersuara perlahan. Buat muka kasihan pada Abang Kamal. Abang Kamal tergelak.
“Ok. Nanti kita singgah KFC kejap,”
Aku tersengih.
“Terima kasih,”
“Hmm.. Dah. Cepat naik,”
Cepat-cepat aku bergerak membonceng motorsikal Abang Kamal.

***

“Amboi. Kau ni, biar betul,”
Aku mengangkat muka. Sharifah menggeleng perlahan.
“Kenapa?,”
“Sampai tiga kotak besar wedges? Mak oi. Kau ni, makan ke melantak?,”
Aku buat-buat tidak dengar sambil membetulkan silaku di hadapan meja. Abang Kamal tersenyum sambil memandangku.
“Apa jadi sebenarnya ni?,”Abang Kamal bersuara sambil memadang Sharifah. Sharifah melopong sambil mencuri pandang ke arahku. Aku kerutkan kening. Isyarat agar Sharifah tidak membuka cerita.
“Entah. Saya pun tak tahu, abang,”Sharifah bersuara dengan nada menggelabahnya. Nampak sangat menipu. Abang Kamal tersenyum.
“Suka hati koranglah. Bukan abang tak tahu. Berpakat tak nak cerita kat abang kan?,”
Sharifah tersengih. Aku pula, tunduk menumpukan perhatian pada kotak wedges. Memang lapar betul perut ini. Abang Kamal mengangkat punggung.
“Abang nak ke mana?,”soal Sharifah sedikit hairan. Mendengar soalan Sharifah, aku mengangkat muka. Abang Kamal berdiri sambil memandangku.
“Abang balik dulu,”ujarnya lembut.
Aku diam seketika. Perlahan mengangkat punggung.
“Abang marah ke?,”
Abang Kamal tergelak kecil.
“Taklah. Buat apa nak marah? Tapi, kalau sekali lagi Tiha buat semua orang susah hati macam ni, memang abang akan marah,”
Aku tersengih.
“Promise. Tiha tak buat lagi,”ujarku sambil mengangkat tangan separa bahu. Abang Kamal tersenyum.
“Good. Oklah. Abang balik dulu. Tak manis abang lama-lama kat sini. Anything, call abang, ok?,”
Sama laju aku dan Sharifah mengangguk. Abang Kamal tergelak sambil melangkah ke pintu. Kami mengekori dari belakang. Melihat Abang Kamal berlalu.
“Kenapa kau beritahu abang Kamal?,”soalku sambil menutup pintu.
“Dah tu? Aku dah tak tahu nak buat apa. Kau tahu tak? Risau aku. Encik Firdaus pula, dari tadi asyik telefon. Tanya kau dah balik ke belum. Dia cakap, dia call kau, kau tak jawab,”
Aku membuang pandang. Mendengar nama itu, membuat marah dan geramku muncul semula. Sharifah bergerak ke telefon. Aku pula, laju melangkah ke arah hidangan yang aku tinggalkan tadi. Menyambung semula makanku yang terganggu.
“Hello. Encik Firdaus?,”
Gigitan pada wedges terhenti. Sharifah menelefon Encik Firdaus rupa-rupanya.
“Diya dah balik dah. Dah ada kat rumah ni. Encik Firdaus tak payah risaulah,”
Tajam mataku merenung Sharifah. Sharifah menoleh. Memberi isyarat Encik Firdaus ingin bercakap denganku. Aku menggeleng.
“Diya…,”perlahan Sharifah menekan suaranya. Tanda tidak setuju dengan tindakanku. Aku bergerak perlahan ke arah Sharifah. Sharifah tersenyum. Gagang dihulurkan padaku. Aku mencapai gagang, lekapkan pada telinga.
“Tiya…,”
Cukup perlahan dan lembut suara Encik Firdaus. Aku menahan nafas. Cuba tenteramkan diri sendiri.
“Tiya, saya minta maaf ya. Bagi saya lima minit, and I’ll explain everything,”
“Tiya cakap, dia dah tidur,”aku menjawab sambil meletakkan gagang. Puas hati aku.
“Kenapa kau cakap macam tu? Apa yang berlaku sebenarnya?,”soalan Sharifah memaksa aku berpaling. Dengan muka masam aku bergerak ke sofa. Melabuhkan punggung di hadapan Sharifah. Sharifah setia memandang wajahku. Menunggu penjelasan.
“Apa yang Encik Firdaus cakap pada kau?,”soalku lambat-lambat. Belum sempat Sharifah menjawab, telefon berdering lagi.
“Jangan jawab. Aku tak nak bercakap dengan dia,”
“Amboi. Marah betul bunyinya. Cerita kat aku, apa sebenarnya yang berlaku? Sampai bengkak mata macam ni, kau menangis. Mesti ada hal serius ni,”
“Memang serius pun,”
“Apa dia? Encik Firdaus buat tak baik pada kau ke?,”soal Sharifah risau. Aku pandang wajah Sharifah. Ke situ pula fikirnya.
“Tak adalah. Tapi, kesannya lebih kurang macam tu jugalah,”
Sharifah membetulkan duduknya.
“Cepatlah cerita. Apa yang berlaku sebenarnya?,”
“Kau tahu tak? Selama ni, Encik Firdaus tipu aku,”
“Tipu kau? Pasal apa? Pasal Mia ke?,”
“Itu pun satu hal juga. Tapi, ini lagi serius. Kau tahu tak siapa Charming tu?,”
Bulat mata Sharifah mendengar soalanku.
“Please, don’t tell me Charming tu ialah bos kita ,”
Aku diam.
“Betul?,”soal Sharifah tidak percaya.
Aku mengangguk. Mulut Sharifah ternganga. Terkejut sangatlah tu. Melihat reaksi terkejutnya itu, aku mencapai seketul wedges, lalu aku suap ke mulutnya. Sharifah menepis tanganku sambil mengunyah wedges di mulutnya, membuat aku tergelak.
“Aku terkejut betul ni,”dia bersuara serius. Dan, muka serius sambil mengunyah wedges itu, membuat gelakku semakin kuat.
“And, kau tahu apa yang lebih buruk lagi?,”soalku setelah tawa sedikit mereda.
“Apa?,”
“Make sure mulut tu tertutup. Kalau tak, aku tuang pepsi ni,”
“Ok. Aku tutup mulut,”cepat Sharifah menutup mulut dengan jari telunjuknya.
“Selama ni, dia tahu aku Betty. Dia tahu tapi, terus layan aku seolah-olah dia pun tidak kenal aku,”
“Oh my god. Betul ke?,”
Aku mengangguk.
“Kenapa dia buat macam tu?,”
Aku mengangkat bahu. Manalah aku tahu.
“Dia tak cakap apa-apa?,”
“Aku yang tak nak dengar apa-apa. Aku serik dengan permainan Encik Fridaus. Tak tahu kenapa dia sanggup buat aku macam ni. Kejam tau!,”
“Mungkin ada reasonnya dia buat macam ni,”
Aku membuang pandang. Sebab apa? Sebab hendak suruh aku berhenti kerja ke?
“Dah tu, sekarang ni, macam mana? Kau dah tahu siapa Charming tu,”soal Sharifah setelah melihat aku senang berdiam diri.
“Lebih baik aku tak tahu. Hancur hati aku ni,”
Sharifah tersenyum kecil.
“Kau jangan nak gelakkan aku,”
“Sorry. Tapi, apa masalahnya? Kau pun suka Encik Firdaus kan? Oklah tu. Kau takkan kehilangan salah seorang dari mereka. Maksud aku, kau dapat Charming, kau juga dapat Encik Firdaus. Kalau akulah, aku terima aje,”
“Dia tipu aku Sherry. Aku tak suka. Lagi pun, aku tahu Encik Firdaus bukannya serius dengan aku. Dia dah ada Mia,”
“ Lagi-lagi Mia. Kau tanyalah Encik Firdaus tu, Mia tu siapa. Bukan susah pun,”
“Tak naklah aku. Aku tak nak Encik Firdaus tahu aku suka kat dia. Biarlah cerita ni, habis kat sini saja,”
Sharifah mengeluh perlahan.
“Degillah kau ni,”
Aku diam.
“Aku rasa, Encik Firdaus tak akan diam macam tu saja,”
“Cubalah dia kacau aku lagi. Aku resign nanti. Percayalah…,”
“Takkan sampai macam tu sekali. Kau ni… orang macam Encik Firdaus pun kau nak reject,”
“Malaslah aku nak cakap pasal ni lagi. Aku nak masuk bilik. Nak tidur. Kalaulah semua ni, mimpi ngeri… kan bagus,”
Sharifah tersenyum. Aku berlalu. Telefon bordering lagi. Laju aku melangkah ke bilik. Aku tahu Sharifah mejawab panggilan itu.

biarlah ym berbicara chapter 36

Bab 36
Aku mengemaskan meja yang sedikit berselerak. Mata memandang jam di atas meja. Pukul empat petang. Lega sedikit. Gara-gara lamaran Encik Firdaus, dua hari aku cuti sakit. Hari ni, aku datang, dan Encik Firdaus tidak dapat masuk pejabat. Bahagianya. Tidak perlu aku menatap wajahnya. Jadi, tidaklah hatiku berperang sendiri. Melihat kelapangan masa, jemariku pantas klik pada icon Yahoo! Mesengger. Mata pantas mencari nama Charming. Hmm.. dia offline pula. Bosan juga.
“Hai. Dah sihat?,”
Aku tersentak. Perlahan aku mengangkat muka. Encik Firdaus tersenyum panjang sambil mengangkat kening. Aku tersenyum kecil
“Dah,”
“Jangan lagi sekali terkejut sampai MC seminggu sudahlah ya,”guraunya sambil kenyitkan mata. Aku terpana. Berdegup jantungku dengan tingkah Encik Firdaus. Hebat betul tarikan Encik Firdaus. Lama-lama, cair juga aku pada Encik Firdaus ni.
“Encik Firdaus kata tak masuk hari ni,”aku bersuara, membuang jauh-jauh perasaan aneh yang sering mengganggu itu. Encik Firdaus tersenyum manis.
“Dua hari tak jumpa awak. Walau macam mana pun, saya mesti datang juga. Datang tengok awak,”
Aku tersengih. Menutup riak wajah yang terasa merona merah.
“Any call or message for me?,”suara Encik Firdaus sudah kembali serius.
“A few important call,”
“Set up for an appointment ?,”
“Yup,”aku menjawab sepatah.
“Good. That’s my girl,”balas Encik Firdaus tersengih. Aku membuat muka skema. Dalam serius sempat pula dia selitkan lawak.
“Encik Firdaus nak tengok sekarang ke?,”
“No. Tomorrow morning pass the list to me. Sekarang pun dah pukul empat lebih. So, we rearrange my schedule tomorrow morning. Okay?,”
“As your word,”ujarku pendek. Encik Firdaus tersenyum.
“Saya masuk dulu ya?,”guraunya sambil tersengih.
“Hah? Iya. Silakan…,”aku membalas lawaknya. Membuat dia tergelak senang. Melangkah terus ke biliknya. Sukanya hati dia. Aku mengeluh panjang. Mengangkat punggung. Ingin mencari Sharifah. Dengan malas aku melangkah ke meja Sharifah. Tekun benar Sharifah menghadap komputer.
“Busy ke?,”
“Busylah,”balas Sharifah tanpa memandangku. Aku mengangguk sambil bersandar pada mejanya.
“Kau tengah buat apa ni?,”
“Chat dengan Azman ni,”
“Hah?,”aku bertanya dengan nada terkejut. Sharifah tersengih.
“Itu ke yang busy sangat tu?,”
“Yelah. Jenuh aku kena dengar dia berleter ni,”
“Kenapa?,”
“Dia tanya pasal barang hantaranlah. Aku cakap belum beli. Dia marah betul. Nak cancel majlis tunang. Ni, busy pujuk baliklah ni,”
Aku tergelak.
“Padan muka. Aku dah suruh kau beli cepat-cepat. Kau degil. Suka sangat nak buat last minute. Kalau aku jadi Azman pun, aku marah,”
Sharifah menjeling.
“Lagi dua minggulah. Bukan tak sempat. Azman ni, mengada-ngada pula dia,”
“Kau ingat dua minggu tu, lama ke? Sekejap saja tau,”
Sharifah diam. Tidak menjawab. Cumanya jemarinya yang tidak berhenti menekan keyboard. Sibuk memujuklah tu.
“Pukul berapa balik hari ni?,”soalku lagi.
“Lambat sikit kot. Aku ada kerja nak buatlah. Kau boleh tunggu? Bolehlah ya,”
“Kerja ni ke?,”soalku lagi sambil menunjuk ke arah screen komputer.
“Bukanlah. Ada kerja sikit lagi. Tapi, mana boleh aku biarkan mamat ni marah-marah. Kalau buat dia betul-betul nak cancel, jenuh aku nak menjwab dengan mak aku,”
Aku tersenyum lucu, sambil menggeleng perlahan. Nampaknya terpaksalah aku menunggu kerana hari ini giliran Sharifah yang membawa kereta. Hari ini aku cuma menjadi penumpang.
“Wah!,”
Jeritan Sharifah secara tiba-tiba membuat aku tersentak. Tajam aku merenung wajah Sharifah yang ceria semacam.
“Kau kenapa?,”
“Azman nak datang sini,”jeritnya girang. Aku memandang tidak faham. Apa yang seronok sangat? Bukannya Azman tidak pernah datang jumpa dia di sini.
“So? Bukan dia tak pernah datang,”aku bersuara hairan.
Sharifah tersengih panjang.
“Dengar ni. ‘Hari minggu ni saya turun ke sana. Ikut saya pergi shopping barang hantaran. Susah-susah sangat biar saya yang bayar semuanya.’ Ha ha ha… Sukanya aku. Semua dia nak belikan. Tak payah guna duit aku,”
Aku kerutkan kening melihat wajah ceria Sharifah.
“Teruknya anak dara ni. Dahlah hantaran kau dia beli. Hantaran untuk dia pun, dia kena beli?,”
“Dah dia offer diri nak membayar. Takkan nak tolak pula. Nanti kecil pula hati dia,”balas Sharifah tersengih.
“Hmm… Lantaklah. Malas aku nak layan kau. Cepat sikit siapkan kerja kau. Aku tak nak tunggu lama-lama,”
Sharifah cuma tersenyum sambil menyambung bicara bisunya bersama Azman. Aku pula bergerak meninggalkan meja Sharifah. Kembali ke mejaku. Mataku tertangkap window di screen komputer. Seperti biasa, window itu pasti membuat senyumku melebar. Charming menyapaku.
Ugly Betty: Awak baru online ke?
Charming: Ha ah. Hari ni bz betul.
Aku tersenyum.
Charming: Demam dah ok?
Ugly Betty: Dah. Hari ni saya dah datang kerja dah.
Charming: Baguslah. So, This Sunday, macam mana?
Soalan Charming membuat aku teringat pada janji yang aku buat minggu lalu. Ada rasa serba-salah di hati. Tetapi, aku tidak boleh menolak lagi.
Ugly Betty: Ok. Awak cakaplah nak jumpa kat mana.
Charming: Good. Itulah yang saya nak dengar. Lamanya saya tunggu saat itu.
Aku tersenyum.
“Senyum panjang nampak..,”
Aku mengangkat muka. Farid tersengih. Kacau betul.
“Buat apa sampai panjang benar senyumnya tu?,”
“Tak ada apa-apalah. Encik Farid nak jumpa Encik Firdaus ya? Dia baru saja masuk office. Nanti saya inform dia, Encik datang,”
“Tak payahlah. Saya masuk terus je. Lagipun sekarang ni, office hour dah habis kan?,”
Aku pandang jam. Hampir pukul lima. Aku tersenyum.
“Suka hatilah,”
Farid tersenyum sambil mengatur langkah menuju ke bilik Encik Firdaus. Aku pula, terus menyambung semula bicara dengan Charming.
Ugly Betty: So, awak nak jumpa kat mana?
Charming: Saya tak kisah. Better awak yang cakap kat mana. Yang selesa untuk awak.
Ugly Betty: Hmm.. Kalau macam tu, kena fikir dulu. Hehehe
Charming: Semua benda nak fikir dulu.
Ugly Betty: Mestilah. Takkan tak fikir pulak. Kalau buat keputusan tak fikir dulu, bahaya. Tau.
Charming: Yela.. yela… awak je la yang betul.
Aku tergelak kecil.
Charming: gtg. Ada hal. Anything saya call Tiya malam ni. Ok. Bye. Take care. Love you. sayang.
Love you, sayang? Indahnya kata-kata itu. Aku terbuai seketika. Indahnya perasaan ini. Dan, bahagianya hati ini. Tidak sabar pula menunggu malam menjelma. Menunggu panggilan telefon Charming. Aku mengeluh seketika. Melayan perasaan, sampai bila pun tidak akan habis. Aku tersenyum lagi. Bergerak santai ke rak bersama file di tangan. Ingin simpan semula beberapa fail yang aku gunakan. Sekaligus menyusun semula rak file yang sedikit berselerak. Sakit mata memandang. Tiba-tiba, gelak tawa Farid begitu riuh singgah di telingaku. Entah apalah yang lucu sangat. Pintu bilik Encik Firdaus terbuka. Terjengol muka Encik Firdaus yang sedikit serius dan Farid bersama tawanya yang seakan tidak mahu reda. Aku cuma memerhati dari belakang.
“Charming? Charming ke ni? ,”
Soalan Farid bersama tawanya membuat jantungku hampir tercabut. Tidak!
“Shut up Angah. Jangan nak gelakkan Along pula,”
Ya ALLAH! Rasa hampir tercabut nyawa aku saat itu. Katakanlah apa yang sedang bermain di kepalaku ini tidak benar
“So, siapa Ugly Betty tu?,”
Fail di tangan jatuh tiba-tiba. Tidak! Bukan ini kenyataan yang aku inginkan. Bukan!
Farid dan Encik Firdaus serentak berpaling ke arahku. Aku tergamam. Terkejut. Terkesima. Terkedu. Dan hampir terduduk di situ. Sejuta ‘ter’ sekali pun, tidak akan dapat menjelaskan apa yang sedang aku rasa saat ini. Kejutan paling besar yang Encik Firdaus berikan padaku. Dan, ekspresi muka Encik Firdaus cukup untuk menggambarkan dia juga terkejut. Lemah rasanya lututku saat itu. Kenapa harus Encik Firdaus? Kenapa?
“Charming?,”soalku sepatah. Cukup perlahan soalan itu. Sebab soalan itu sebenarnya untuk diriku sendiri.

biarlah ym berbicara chapter 34.... 39

“Ok,”aku berkata sepatah apabila melihat ketegangan di wajah Encik Firdaus dam Mia. Abang Kamal pula sekadar mengangkat bahu. Aku bergerak ke sebelah Encik Firdaus dan Mia pula melangkah ke sisi Abang Kamal. Kalau ada yang memandang, mesti terdetik rasa hairan. Boleh pula tengah-tengah berjalan, bertukar pasangan.
“Ok Fir. I pergi dulu. Jom, Kamal,”
Encik Firdaus mengangguk sambil tersenyum kecil.
“Tiha. Abang pergi dulu. Take care,”
Aku tersenyum sambil mengangguk.
“Take care… Caringnya cousin awak ya?,”Encik Firdaus bersuara setelah Abang Kamal dan Mia sudah jauh meninggalkan kami. Aku pandang wajah Encik Firdaus. Semacam saja nadanya.
“So, kita balik sekarang?,”aku bersuara tanpa menjawab soalan berbaur cemburu dari Encik Firdaus. Encik Firdaus mengangguk sambil mengatur langkah.
“Awak rapat dengan dia ya?,”Encik Firdaus bertanya lagi. Aku mengangguk.
“Ada apa-apa ke?,”
Aku menggeleng.
“Takkanlah. Saya nampak muka dia semacam tengok kita berdua,”
“Semacam macam muka Encik Firdaus tengok mereka berdua ya?,”soalku separuh bergurau. Encik Firdaus tersenyum kecil. Memandang wajahku menati jawapan. Aku manarik nafas seketika.
“Sampai beli macam-macam untuk awak. Mesti bukan setakat hubungan sepupu saja,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus berhenti melangkah.
“Saya dengar dia cakap tadi,”
Aku senyum. Tidak sangka Encik Firdaus terdengar perbualan kami.
“Entah. Saya nak explain pun susah. Tapi, kami memang tak ada apa-apa,”
“Atau… dia senasib dengan saya ke?,”
Berkerut keningku mendengar soalan itu.
“Senasib dengan Encik Firdaus? Apa maksud Encik Firdaus?,”
“Yalah. Manalah tahu dia pun bertepuk sebelah tangan macam saya?,”
Aku tergelak kecil. Betul pula tekaan Encik Firdaus.
“Panjang ceritanya Encik Firdaus. Kalau nak bercerita, ambil masa pula,”
“Tak apa, saya ada banyak masa,”
“Lebih kuranglah dengan apa yang Encik Firdaus cakap tu,”
Encik Firdaus tergelak kecil.
“Kenapa Encik Firdaus gelak?,”
Dia tidak menjawab soalanku. Cuma perlahan dia melabuhkan punngung ke kerusi yang diletakkan di laluan pasar raya. Matanya cukup lembut memandangku.
“Kata nak balik,”
“Duduklah dulu,”
Aku patuh pada pelawaan Encik Firdaus. Duduk di sebelah Encik Firdaus tanpa sepatah bicara.
“Kenapa dia kena reject?,”
Aku tersenyum kecil.
“Encik Firdaus janganlah guna perkataan ‘reject’ tu. Kelakarlah bunyinya,”
“Dah tu? Nak guna perkataan apa lagi?,”
Aku tersenyum kecil sambil menggeleng perlahan.
“Ceritalah,”
“Pasal Abang Kamal?,”
Encik Firdaus memandang wajahku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang aku hendak ceritakan tentang Abang Kamal?
“Manja bunyinya awak panggil dia ya? Kalau panggil saya macam tu kan, bagus,”
Aku tersenyum kelat. Wajah Encik Firdaus saat ini amat sukar untuk aku tebak.
“Dia sepupu sayalah,”
“Tahu. Selain itu?,”
“Kenapa Encik Firdaus nak tahu?,”
“Saja,”
“Ok. Dia sepupu saya. Memang rapat sangat saya dengan dia dulu,”
“Dulu?,”
Aku mengangguk.
“Mungkin sebab saya anak tunggal. Tak ada abang. Tak ada kakak. Adik pun tak ada. Yang ada cuma Abang Kamal. Dari kecil memang Abang Kamal yang jaga saya. Semua yang saya nak, semuanya Abang Kamal akan buat. Kat sekolah, Abang Kamal jadi pelindung saya. Sesiapa pun tak boleh usik saya. Kalau tak, siaplah kena dengan Abang Kamal,”aku mula bercerita sambil tergelak kecil mengingatkan kisah zaman kanak-kanak aku dengan Abang Kamal.
“Saya pula suka mengadu. Ada saja budak-budak yang kena ketuk kepala dengan Abang Kamal. Lepas tu, semua orang tak berani nak kacau saya lagi dah. Takut dekat Abang Kamal,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Manja budaknya ya,”
Aku tersengih.
“Sampai sekolah menengah saya rapat betul dengan Abang Kamal. Saya anggap dia dah macam abang saya. Sampailah bila dia nak sambung belajar oversea, tiba-tiba dia ajak saya kahwin,”
“Oh?,”wajah Encik Firdaus kelihatan sedikit terkejut. Aku mengangguk.
“Masa tu barulah saya tahu yang Abang Kamal ada perasaan kat saya,”
“Awak terima ke?,”
Aku menggeleng.
“Mana boleh? Masa tu saya sekolah lagi. Lagipun saya tak ada apa-apa perasaan kat dia. macam mana nak kahwin? Bila saya tolak, dia buat sesuatu yang buat saya benci sangat kat dia,”
“Dia buat apa?,”Encik Firdaus bertanya dengan nada yang penuh dengan perasaan ingin tahu. Aku tersenyum kecil sambil gelengkan kepala.
“Tak payahlah saya cakap,”
“Ok. Saya tak paksa awak beritahu. Tapi, tadi, tak nampak macam benci pun?,”
“Dia menyesal dan minta maaf. Saya yakin dia betul-betul menyesal. Lagipun, dia dah banyak berubah. Jadi, saya rasa, tak salah saya maafkan dia. Semua orang ada buat silap, kan?,”
“Kalau saya yang buat silap, awak akan maafkan tak?,”
Aku tergelak kecil.
“Encik Firdaus nak buat silap apa kat saya? Mengarutlah Encik Firdaus ni,”ujarku bersama gelak yang masih bersisa.
“Akan maafkan ke tak?,”
“Depend,”aku menjawab pendek. Encik Firdaus diam. Matanya pula terus memandangku. Membuat aku menjadi tidak selesa.
“Kenapa?,”soalku sedikit resah melihat renungan Encik Firdaus.
“Kalau saat ini, saya ajak awak kahwin dengan saya, apa jawapan awak?,”
Aku bulatkan mata memandang Encik Firdaus. Soalan jenis apakah ini?
“Will you marry me?,”
Aku terkedu. Encik Firdaus melamar aku di tengah-tengah kesesakan manusia ini? Encik Firdaus! Awak memang tak betul. Cepat-cepat aku mengangkat punggung. Dan cepat pula Encik Firdaus mencapai tanganku.
“Encik Firdaus. Saya tak suka encik bergurau dengan benda-benda macam ni,”
“I’m serious. Very serious,”
Yelah tu. Mia tu hendak campak ke mana? Mahu saja aku hamburkan kata-kata itu. Tetapi, semuanya aku simpan. Aku tidak boleh suarakan rasa tidak puas hati ini. Nanti mesti Encik Firdaus sangka aku cemburu dengan Mia.
“Saya rasa macam sakit perutlah Encik Firdaus. Kita balik, boleh?,”aku bersuara bersama alasan bodoh yang langsung tidak diproses oleh akalku. Spontan keluar dari mulutku yang tidak pernah ke sekolah ini. Tapi, tidak mengapalah. Sebab, perut ini memang sedikit memulas menerima lamaran mengejut daripada Encik Firdaus. Hendak pitam pun ada. Dan, Encik Firdaus pula..Tidak tahu apa yang lucunya, Encik Firdaus tergelak mendengar alasanku.
“Cara reject yang baru. So, awak tolak lamaran saya ya?,”
“Saya nak balik,”aku bersuara sambil terus melangkah. Aku tidak sanggup lagi hendak berdepan dengan Encik Firdaus. Malu! Serba salah! Dan, jantung ini… kenapa rasa macam nak meletup?!
“Tiya! Kot ya pun, tunggulah saya,”
Mendengar suara Encik Firdaus, langkahku semakin laju. Tapi, sekelip mata sahaja, Encik Firdaus sudah pun berada di sebelahku. Tersenyum memandang aku yang terunduk menyambung langkah. Sesungguhnya apalah yang sedang bermain di hati dan fikiranmu wahai lelaki? Sehingga kau sanggup seksa aku sebegini? Terdengar rintihan hatiku di telinga ini.
“I’m serious,”bisik Encik Firdaus di telingaku. Membuat darah menyerbu naik ke mukaku. Charming! Tolong!

Chapter 35
“Mak, Tiya rindu kat mak,”aku merengek sambil menarik comforter menutup sebahagian tubuhku. Terasa sejuk pula.
“Kenapa ni? Demam ya?,”
“Ha ah,”aku menjawab. Mendengar soalan ibuku, terasa sebak tiba-tiba. Air mata begitu mudah mengalir membasahi pipi. Saat ini aku ingin sekali berada di dalam pelukan ibu. Berbaring di ribaan ibu. Aku rindukan jemari ibuku yang memicit kepalaku setiap kali aku demam. Aku rindukan usapan sayang ibuku pada wajah ini.
“Dah makan ubat?,”
Mendengar soalan itu, air mata semakin laju membasahi pipi.
“Tiya nak mak…,”aku merengek bersama esakan.
“MasyaALLAH budak ni. Menangis pula dia,”
“Mak datanglah sini,”
Terdengar ibuku tergelak di hujung talian.
“Esok dah kahwin, takkan nak berkepit dengan mak lagi? Tak bolehlah manja sangat sayang. Dah makan ubat ke belum ni?,”
Aku menarik muka. Tersentuh dengan kata-kata ibuku. Terasa seperti ibuku sudah tidak pedulikan diri ini. Sudahnya aku mendiamkan diri. Terlalu sebak dada ini untuk bersuara.
“Merajuk pulak…,” barangkali sudah masak dengan perangaiku, ibuku bersuara separuh memujuk. Seolah-olah sudah tahu aku sedang merajuk.
“Dah makan ubat?,”
“Dah….,”perlahan aku menjawab. Bohong sebenarnya. Mana lalu aku hendak menelan pil. Takkan boleh masuk ke tekak ini.
“Hmm… bagus. Macam mana boleh demam ni?,”
“Entah. Kena hujan kot,”bohongku lambat-lambat. Takkan aku hendak beritahu ibuku, aku demam terkejut. Terkejut mendapat lamaran daripada Encik Firdaus. Percaya atau tidak, sebaik sahaja pulang ke rumah malam tadi, badanku terus terasa seram sejuk. Pagi tadi aku terus demam. Betul-betul demam terkejut. Hari ini aku terpaksa mengambil cuti sakit. Bagus juga. Tidak perlu aku berdepan dengan Encik Firdaus. Tidak tahu bagaimana harus aku berdepan dengan Encik Firdaus. Begitu rumit rasanya situasi antara aku dengan Encik Firdaus sekarang.
“Dah tahu awak tu cepat demam, kenapa bagi kena hujan?,”
Ala… Mak dah membebel pula.
“Mana tahu nak hujan. Mak ni, orang sakit, nak marah -marah pulak,”
Tergelak gelak ibuku di hujung talian.
“Betul dah makan ubat ni? macam tak percaya saja. Selalu kena tunggu baru nak makan ubat,”
Aku tersenyum lemah.
“Dah kot,”
“Hmm… maknanya belumlah tu. Mana boleh macam tu? Makanlah ubat. Dah besar panjang pun nak kena paksa juga,”
“Pahitlah mak…,”
“Mana ada ubat manis, sayang oi. Bukan budak tadika nak kena minum ubat sirap,”
Aku mengeluh panjang. Tangan menyentuh dahi. Panaslah. Badan pula, bukan main lagi sejuknya. Deringan telefon rumah sedikit mengganggu perbualan kami. Malasnya hendak jawab panggilan itu. Sudahnya, deringan terhenti sendiri.
“Dah. Pergi makan ubat. Paksakan juga. Kalau tak makan, macam mana nak baik? Tiya sorang ke tu? Sharifah tak ada?,”
“Dia kerjalah mak. Kejap lagi baliklah kot,”lemah suaraku menjawab.
“Rehat. Tapi, ubat kena makan dulu,”
“Hmm..,”
Bunyi pintu terkuak menarik perhatianku. Mesti Sharifah sudah pulang.
“Diya…,”suara Sharifah aku biarkan. Tidak ada kudrat untuk menjawab. Aku mengerekot di atas sofa. Comforter kutarik sehingga ke leher.
“Diya…,”
“Siapa tu?,”
“Sherry, mak. Baru balik,”ujarku sambil pejamkan mata. Bersembang dengan ibuku seakan boleh mengurangkan demam ini.
“Mana dia?,”
“Mak!,”aku terjerit.
Hah! Aku kenal suara itu. Apa pula dia buat di sini? Spontan comforter aku tarik menutup kepala.
“Apa?! Kamu ni. Terkejut mak,”ibuku turut terjerit. Terkejut mendengar jeritanku di corong telefon.
“Kenapa?,”
“Tak ada apa-apalah,”jawabku perlahan di sebalik comforter yang menutup seluruh tubuhku.
“Nasib baik mak tak ada sakit jantung,”
“Sorrylah. Tiya terkejut. Ada cicak jatuh kat depan ni,”
“MasyaALLAH! Adiya!,”
Aku tutup mata. Mesti Sharifah sudah nampak aku.
“Hmmm.. Mak. Nantu Tiya call balik? Sherry panggil,”
“Yelah. Jangan lupa makan ubat,”
“Ya,”jawabku sambil terus aku matikan talian. Comforter aku pegang kuat-kuat. Terasa tangan Sharifah menarik comforter.
“Adiya. Kenapa ni? Ya ALLAH,”
“Adiya? Are you okay?,”
Alahai! Encik Firdaus. Kenapa perlu kau datang saat ini? Malunya aku hendak tunjukkan muka baru bangun tidur ini. Dengan mata bengkak sebab baru lepas menangis pula tu. Terasa seseorang melabuhkan punggung di hujung kakiku. Tiba-tiba jantungku berdetak kencang. Janganlah Encik Firdaus yang duduk di hujung kakiku. Kalaulah aku boleh ghaibkan diri saat ini. Atau menyamar jadi sofa ke. Pokoknya aku tidak mahu Encik Firdaus melihat keadaanku saat ini. Malunya.
“Tiya…,”lembutnya panggilan itu melekap di telingaku. Terasa comforterku ditarik perlahan.
“Kenapa sampai macam ni? Teruk sangat ke demam awak?,”
Aku terkedu di situ.
“Encik Firdaus buat apa kat sini? Pergilah balik. Saya tak apa-apa. Jangan bimbang,”aku bersuara dari dalam selimut. Terdengar Encik Firdaus tergelak halus.
“Buka selimut ni. Tak pernah saya tengok orang demam sampai berbungkus macam ni,”
“Saya sakit mata sekali ni. Nanti berjangkit. Baik Encik Firdaus balik,”
“Dia tipu tu, Encik Firdaus,”terdengar suara Sharifah menyampuk. Geramnya aku. Budak Sharifah ni, kalau tidak menyampuk, tak boleh ke?
“Dah..dah.. buka selimut ni. Helah awak dah kantoi,”Encik Firdaus bersuara sambil tergelak besar.
Aku resah di dalam selimut. Sempat pula aku kemaskan rambutku yang tidak bersikat. Malunya! Kenapalah Sharifah tidak beritahu Encik Firdaus hendak datang? Sekurang-kurangnya sempat juga aku berdandan. Demam pun, kalau jumpa dengan Encik Firdaus, kenalah nampak ayu dan jelita sikit.
“Tiya…,”
Lembutnya suara Encik Firdaus memanggilku. Bagai dipukau, perlahan aku menarik comforter yang menutup muka. Encik Firdaus tersenyum di hujung kaki. Dan Sharifah yang berdiri di sebelah Encik Firdaus turut tersengih.
“Demam ya?,”
Aku diam. Bangkit sambil bersandar di sofa. Wajah terasa tebal menahan malu. Muka baru bangun tidur.
“Kenapa mata bengkak ni?,”soal Encik Firdaus sambil tangannya menyentuh pipi. Aku mengelak. Ini semua Encik Firdaus punya pasal!
“Diya ni, memang macam ni, Encik Firdaus. Menangislah tu,”
“Menangis?,”
Bulat mataku memandang wajah selamba Sharifah. Siaplah kau lepas ni, Sherry!
“Menangis nak maklah tu,”
Encik Firdaus tergelak. Tangannya menyentuh dahiku.
“Panas ni. Jomlah. Saya hantar ke klinik,”
“Tak apa. Sikit je ni,”
“Diya,”
Aku mengangkat muka. Suara Sharifah kedengaran menahan rasa geram. Betul pun. Muka pun seperti orang geram saja.
“Kenapa?,”soalku sambil kerutkan kening.
“Tu…,”panjang muncungnya pada panadol yang tidak berusik di atas meja. Alamak! Lupa hendak buang tadi. Habislah. Kantoi dengan jururawat tidak bertauliah pula.
“Kau tak makan ya?,”
“Nantilah,”
“Awak pergi ambil air,”arah Encik Firdaus. Sharifah mengangguk sambil berlalu. Aku terkulat-kulat. Apa pula yang hendak dia buat ni?
“Menangis nak mak?,”soal Encik Firdaus masih bersama senyum lucunya. Aku mengerling dengan ekor mata. Tidak mahu pamerkan muka aku yang tidak begitu indah ini kepada Encik Firdaus. Siap dengan baju kelawar pula tu.
“Anak mak rupanya,”
Aku diam. Encik Firdaus beralih. Duduk di sofa di hadapanku. Berdepan denganku.
“Demam terkejut ke?,”nakal soalan dari Encik Firdaus. Aku pandang wajah Encik Firdaus dengan perasaan sedikit geram.
“Tarik muka nampak,”
Mendengar kata-kata itu, tanpa sedar, aku jelirkan lidah. Orang demam dia hendak bergurau pula. Encik Firdaus tergelak.
“Encik…airnya,”Sharifah muncul bersama segelas air. Encik Firdaus mengambil gelas yang dihulur. Aku terkebil-kebil memandang. Encik Firdaus nak baca jampi ke? Tidak tahu pula aku Encik Firdaus pun pandai baca jampi serapah. Kalau pandai, memang satu pakej betul lelaki ini.
“Nak baca kampi ke Encik Firdaus?,”soalku melongo memandang gelas air di tangannya. Encik Firdaus kerutkan kening memandang wajahku. Aku tersenyum nipis. Tidak mampu memberi senyum yang lebih manis. Kepala terasa berat.
“Baca jampi? Ingat saya bomoh ke?,”
Sharifah tergelak. Aku menjeling. Sharifah menutup mulut dengan jari. Encik Firdaus tersengih. Sebelah tangannya mencapai panadol di atas meja.
“Makan ubat ni,”
“Letaklah kat situ dulu. Nanti saya makan,”aku bersuara cemas. Sharifah tersenyum panjang.
“Makan sekarang,”
Aku sentuh dahi.
“Dah ok dah. Dah tak panas. Hmm… Encik Firdaus baliklah dulu. Saya nak masuk rehat dalam bilik,”aku bersuara sambil mengangkat punggung. Encik Firdaus turut berdiri. Tercegat menghalang laluanku.
“Makan dulu,”
Aduh! Ini yang lemah ni. Aku pandang dua biji panadol di atas telapak tangan Encik Firdaus. Besarnya. Macam mana aku nak telan? Aku pandang pula wajah Encik Firdaus. Dah jadi macam mak aku pula. Paksa-paksa orang makan ubat.
“Bak sini. Saya makan dalam bilik,”aku hulurkan tangan. Ingin menganbil tablet di telapak tangannya. Cepat-cepat Encik Firdaus menggenggam tangannya. Aku mengeluh perlahan.
“Makan depan saya,”
“Kenapa? Encik Firdaus tak pernah tengok orang makan ubat ke?,”soalku sambil menarik muncung.
“Nak tengok Donald Duck saya makan ubat,”
Donald Duck? Bulat mataku memandang wajah Encik Firdaus. Sharifah? Tak payah cakap apa-apalah. Satu rumah bergema dengan tawanya.
“Makan,”dia bersuara sambil menyuakan tablet ke mulutku. Cepat-cepat aku menutup mulut. Kening Encik Firdaus sudah berkerut.
“Saya makan sendiri,”cepat-cepat aku bersuara. Apalah Encik Firdaus ni. Tindakannya, selalu nekad. Sharifah tersenyum sambil berlalu meninggalkan aku bersama Encik Firdaus.
“Ok,”jawab Encik Firdaus sambil menarik tanganku. Dua biji tablet itu diletakkan di atas telapak tanganku. Aku bergerak mahu ke dapur.
“Nak ke mana pula ni?,”
“Dapur,”
“Makan depan saya,”
“Encik Firdaus. Besar ni. Kena potong dulu,”
“Ha?,”
Aku tidak menjawab. Membiarkan Encik Firdaus dengan muka hairannya. Perlahan aku melangkah ke dapur. Mencari pisau dia dalam laci. Sebaik berpaling, Encik Firdaus tersegat di belakangku bersama dengan gelas di tangan. Aku bergerak ke meja. Duduk di situ sambil memotong tablet kepada dua bahagian. Encik Firdaus tersengih.
“Macam ni awak makan ubat ya?,”
“Sebenarnya tak payah makan ubat pun. Kejap lagi, oklah,”
“Alasan. Makan cepat,” Encik Firdaus bersuara sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Dalam terpaksa aku telan panadol yang satu persatu. Empat bahagian tablet aku makan bersama dua gelas air. Bulat mata Encik Firdaus memandang.
“Haaaa… bagus,”
Aku menjeling dengan muka masam.
“Cute muncung Donald Duck awak tu,”
Aku menjeling lagi.
“Ok. Encik Firdaus pergilah balik. Ini rumah bujang. Kan, tak pasal-pasal kena tangkap basah pula,”
Encik Firdaus tersenyum panjang.
“Bukan nak cakap terima kasih sebab saya datang jenguk. Menghalau pula,”
“Bukan menghalau Encik Firdaus. Betul kan apa yang saya cakap. Saya ni, nak kahwin, secara besar-besaran. Tak nak kahwin macam mee segera,”
Pecah gelak di bibir Encik Firdaus.
“Ayat tu macam familiar. Kahwin dengan siapa? Dengan saya?,”
“Encik…,”
“Ok..Ok… Saya faham. Saya pun tak nak lama kat sini. Singgah sekejap saja. Esok boleh datang kerja tak?,”
“Tengoklah. Kenapa?,”
“Sebab, lama-lama awak MC, rindu pula saya nanti,”
Hah? Macam tu ke? Encik Firdaus ni, bukan datang kurangkan demam aku. Lagi parah demam aku nampaknya. Encik Firdaus tergelak.
“Oklah. Saya balik dulu. Muka awak pun dah layu sangat tu. Pergilah berehat,”
Aku tersenyum. Encik Firdaus mengangkat punggung. Aku turut sama mengangkat punggung. Mengekori Encik Firdaus dari belakang.
“Sharifah,”
Sharifah yang sedang menjawab telefon di balkoni, menoleh.
“Saya balik dulu. Tiya, awak rehat. Apa-apa telefon saya,”
Aku senyum sambil mengangguk. Sharifah pula, cepat bergerak mendapatkan aku. Mengiringi Encik Firdaus sampai ke pintu.
“Sherry! Kau memang kejam tau!,”jeritku sebaik menutup pintu. Sharifah ternganga.
“Apa pula ni?,”
“Kenapa tak call aku, cakap Encik Firdaus nak datang. Tengoklah aku ni. Malulah,”aku bersuara geram. Sharifah tergelak
“Oh… Itu. Bukan salah aku. Aku call handphone kau, tak dapat. Aku telefon rumah pula, langsung tak berangkat. Bukan salah aku. Salah kau,”jawab Sharifah selamba. Betul juga. Jadi, salah aku ke? Aku mengeluh pendek.
Membawa kepala yang berat kembali ke sofa.
“Aku malulah. Buruk betul rupa aku ni,”
“Alaa.. Orang demam memang macam ni,”sakat Sharifah tersengih. Aku menjeling sambil pejamkan mata.
“Tapi, bestlah layanan Encik Firdaus tu.. kalau akulah. Confirm terus baik demam. Kau ni, dah baik belum?,”
Aku mencebik.
“Makin demam adalah,”aku menjawab tanpa membuka mata. Sharifah tergelak.

biarlah ym berbicara chapter 34.... 39

Chapter 34
Aku melihat jam di tanganku. Sudah hampir pukul lapan setengah malam. Hati sudah memberontak mahu pulang. Aku mengerling Encik Firdaus di sebelahku. Cukup santai melangkah sambil matanya liar memandang sekeliling.
“Sebenarnya Encik Firdaus nak beli apa?,”soalku akhirnya. Sudah hampir lima belas minit kami berjalan tanpa tujuan di dalam kompleks membeli belah ini. Encik Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memadang ke arahku. Perlahan dia menjungkit bahu. Aku mengeluh perlahan. Lecehlah kalau macam ni.
“Any idea?,”soalnya kembali padaku. Giliran aku pula yang mengangkat bahu. Manalah aku tahu bab memilih hadiah ni. Lebih-lebih lagi hadiah untuk golongan kaya seperti Encik Firdaus dan keluarganya.
“Apa kata kalau kita balik dulu? Encik Firdaus balik fikir dulu apa yang Encik Firdaus nak beli. Macam tu kan, senang,”
Encik Firdaus tersenyum.
“Awak ni kan, kalau dengan saya, tak boleh nak lama-lama sikit. Asyik nak balik aje. Jangan risau. Nanti saya hantar awak pulang. Saya ajak awak, sebab nakkan pendapat. Faham?,”
“Ajaklah Cik Mia. Mesti Cik Mia lebih tahu apa yang mak Encik Firdaus suka. Kan dia rapat dengan mak Encik Firdaus,”cadangku sambil memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sedikit berkerut.
“Hai… Lain macam je bunyinya tu?,”balas Encik Firdaus bersama sekuntum senyuman nakal.
“Lain macam apa pula? Betullah,”cepat-cepat aku bersuara. Janganlah sampai Encik Firdaus sangka aku cemburu pula. Encik Firdaus tergelak kecil.
“Ok. Now tell me, kita nak beli apa ya?,”
“Manalah saya tahu Encik Firdaus. Saya bukan pandai sangat kalau bab pilih-pilih hadiah ni. Encik Firdaus beli saja apa yang mak Encik Firdaus suka. Saya mana tahu mak Encik Firdaus suka apa. Nanti kalau saya salah pilih, macam mana?,”
Encik Firdaus merenung wajahku. Sedikit tajam. Marah ke Encik Firdaus? Aku tunduk. Terasa sedikit gerun melihat wajah serius Encik Firdaus.
“Kita balik,”pendek sahaja ayat yang keluar dari bibir lelaki itu. Suara pun sudah lain macam. Segera aku mengangkat muka. Muka Encik Firdaus sudah sedikit kelat. Betullah. Encik Firdaus marah.
“Tapi…,”
“Kita balik,”sekali lagi dia bersuara sambil mencapai jemariku. Membuat aku tergamam seketika. Dia menarik tanganku. Memaksa aku bergerak mengekorinya.
“Kata nak pilih hadiah untuk mak Encik Firdaus,”aku bersuara.
“Awak kan tak tahu nak pilih,”
Aik! Merajuk?
“Betul saya tak tahu. Tapi, saya boleh temankan,”aku bersuara lagi. Separuh memujuk. Tidak sampai hati hendak biarkan lelaki ini merajuk.
“Tak apalah. Menyusahkan awak saja,”
Aku termangu. Terkedek-kedek aku mengikut tarikan tangannya yang agak laju. Macam mana lagi caranya untuk aku pujuk lelaki ini? Sensitif pula dia hari ini.
“Tak adalah. Saya tak fikir macam tu pun. Maaflah kalau Encik Firdaus tersinggung,”
Langkah Encik Firdaus semakin perlahan. Dia berpaling. Memandang wajahku. Masih dengan wajah yang serius.
“Saya tak nak awak rasa macam terpaksa temankan saya,”Encik Firdaus bersuara. Aku tersenyum.
“Memang pun,”
Bulat mata Encik Firdaus merenungku.
“Tapi sikit je,”sampukku cepat-cepat sebelum Encik Firdaus sempat bersuara, sambil tersengih panjang. Melihat aku tersengih, Encik Firdaus turut tersenyum kecil.
“Nasib baik cepat-cepat cover. Kalau tak, memang saya heret awak balik,”
“Kalau nak heret saya balik pun, tak apa juga. Saya tak kisah,”balasku dengan nada bergurau. Encik Firdaus tergelak.
“Heret ke rumah saya. Boleh?.”
Aku terseyum kecil. Malas hendak menjawab.
“Tiha?,”
Aku berpaling. Kenal dengan suara itu. Sedikit terperanjat sebaik bertemu dengan pandangan kurang senang Abang Kamal. Kelu seketika. Bagaimana boleh terserampak dengan Abang Kamal di sini? Dan, lebih membuat aku terperanjat adalah gadis di sebelah Abang Kamal. Melihat mata Abang Kamal yang tajam memandang jemariku dan Encik Firdaus yang bertaut, perlahan aku menarik tanganku. Encik Firdaus pula, bagai memahami, melonggarkan pegangannya. Atau, dia pun tergamam melihat Mia di hadapan mata?
“Abang. Buat apa kat sini?,”soalku hairan. Lebih hairan melihat Mia tersenyum di sisi Abang Kamal.
“Tiha? Buat apa kat sini?,”soal Abang Kamal tanpa menjawab soalanku. Aku tersenyum. Tidak ada ada jawapan yang hendak aku berikan. Aku sekadar berpaling memandang wajah Encik Firdaus. Encik Firdaus pula memandang tanpa perasaan. Tiba-tiba suasana terasa teramat janggal. Mungkin Encik Firdaus terkejut apabila terserempak Mia dengan lelaki lain. Encik Firdaus cemburu melihat Mia barangkali. Cintakan aku konon! Hatiku membentak tanpa sedar.
“Hai Fir. What are you doing here?,”Mia menyapa ramah.
“Ada discussion dengan client tadi,”balasnya bersama senyuman yang tidak begitu mekar di bibir. Mia tersenyum sambil matanya beralih ke wajah Abang Kamal.
“And.. you. You kenal Adiya, Kamal?,”soalnya pada Abang Kamal pula. Seperti Encik Firdaus, aku melihat senyum Abang Kamal juga tidak begitu menjadi. Terlalu ketara di wajah mereka.
“Nurul Adiya Fatiha. Memanglah I kenal,”
Aku tersenyum lebar. Kelakar mendengar Abang Kamal menyebut nama penuhku. Nasib baik tidak sebut nama ayahku sekali. Cara Abang Kamal menyebut nama aku, macamlah aku ni, artis popular. Giliran Mia pula yang mempamerkan senyum kelat.
“Your cousin kan?,”Encik Firdaus menyampuk sambil memandang wajahku. Aku mengangguk dan Mia sedikit terpinga-pinga. Abang Kamal pula mengukir senyum.
“Kamal,”dia bersuara sambil menghulurkan tangan. Encik Firdaus menyambut huluran tangan itu. Aku cuma menjadi pemerhati. Ada senyum di bibir lelaki-lelaki itu. Dan aku juga perasan, di sebalik senyum itu, ada garis ketegangan yang mengganggu.
“Firdaus,” Encik Firdaus bersuara sepatah.
“I know. Bos Tiha kan?,”
“Wait…Wait.. Wait. Wait a minute. You guys know each other? How come? I tak tahu apa-apa pun?,”Mia tiba-tiba mencelah. Barangkali terasa dia sedikit ketinggalan di dalam pertemuan yang tidak dipinta ini. Aku sekadar memerhati lagi.
“Tak adalah kenal. Tapi, I ternampak hari tu you both went out for dinner. Kan?,”
Abang Kamal tersenyum.
“Yes. I pun nampak you on that day,”
“Bila?,”soal Mia terpinga-pinga.
“Alaa..malam tu. Hari kita pergi tengok wayang tu,”
Aku pandang wajah Encik Firdaus. Cara Encik Firdaus menjelaskan pada Mia membuat hatiku dijentik sedikit rasa geram. Mia pula kelihatan seperti cuba mengingatkan sesuatu.
“Oh... malam tu,”dia bersuara akhirnya. Tersenyum memandang Abang Kamal.
“No wonderlah you cakap…,”
“Cakap apa?,”Abang Kamal bertanya. Mungkin hairan dengan bicara Mia yang tergantung. Mia menggeleng sambil tersenyum panjang. Aku pula memandang dengan perasaan yang sedikit aneh.
“So, nak ke mana ni?,”Mia bertanya sambil memandang Encik Firdaus.
“Encik Firdaus nak cari present untuk Puan Junaidah,”aku menjawab apabila melihat Encik Firdaus seperti keberatan untuk membuka mulut.
“Ya ke? Samalah. I pun tengah nak mencari apa yang nak dibeli ni,”
“Eloklah tu. Boleh Encik Firdaus dan Cik Mia cari sama-sama,”aku bersuara sambil bergerak ke sebelah Abang Kamal. Mia memandang wajah Encik Firdaus dengan kening sedikit berkerut. Encik Firdaus pula memandang ke arahku.
“Ok,”ujarnya sepatah sambil memaut lengan Mia. Matanya pula langsung tidak beralih dari wajahku. Aku tersenyum. Encik Firdaus sengaja hendak membakar api cemburu aku ke? Dia mula melangkah, meninggalkan aku dan Abang Kamal di belakang.
“Abang baik ya dengan Mia tu?,”soalku sambil mengekori mereka dari belakang bersama Abang Kamal. Abang Kamal tersenyum kecil sambil menjungkit bahu. Aku tersenyum nakal.
“Senyum-senyum nampak. Ada apa-apa ke? Hati-hati bang. Jangan rampas kekasih orang,”
“Tapi, abang rasa, kekasih orang yang nak rampas buah hati bang ni,”Abang Kamal menjawab bersama senyuman yang sedikit melebar. Aku mencebik sambil menjeling.
“Cantik Tiha pakai scarft ni. Memang sesuai dengan Tiha,”Abang Kamal menukar topik perbualan. Mungkin dia tahu aku tidak suka dengan topik itu.
Mendengar pujian itu, aku tersipu malu. Skaf sutera berwarna jingga hadiah daripada Abang Kamal yang melingkari leherku, aku sentuh.
“Ek?,”soalku sambil memandang wajah Abang Kamal. Abang Kamal tersenyum senang.
“And, subang pun Tiha pakai ya? Terima kasih. Abang ingat Tiha dah buang semuanya,”
Aku tersenyum kecil. Memang ada niat hendak buang pun. Tapi, tidak jadi.
“Tiya, kita ke sana,”Encik Firdaus berpaling sambil bersuara. Aku mengangguk. Abang Kamal memandangku.
“Betul ke mereka tu kekasih?,”soal Abang Kamal sambil kami mengekori Encik Kamal dan Mia masuk ke sebuah kedai emas.
“Betullah,”
“Kalau betul, kenapa mukanya masam semacam tengok Tiha jalan dengan abang ni?,”Abang Kamal merendahkan suaranya. Mungkin tidak mahu Encik Firdaus dan Mia dengar. Aku pandang wajah Abang Kamal. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, aku menarik tangan Abang Kamal. Mengajak dia turut sama duduk di sebelahku.
“Abang… Abang dah lupa ke? Abang tengah jalan-jalan dengan kekasih dia kan? Mahu dia tak cemburu. Apalah abang ni,”bisikku perlahan di telinga Abang Kamal. Abang Kamal tergelak. Aku tersenyum. Dan, ternyata gelak Abang Kamal menarik perhatian Encik Firdaus dan Mia. Masing-masing berpaling dengan wajah yang sedikit kelat. Aku tersengih. Encik Firdaus dan Mia pula kembali berpaling pada kaunter sambil membelek koleksi gelang dan rantai.
“Tengok tu. Muka pun dah masam. Agaknya mesti tengah bergaduh tu,”bisikku lagi. Abang Kamal tersenyum sambil menggeleng perlahan. Aku pula tidak lagi menyambung bicara. Sambil menunggu Encik Firdaus memilih apa yang hendak dibeli, mataku leka melihat rantai dan gelang tangan di dalam di hadapanku.
“Pandailah buat cerita ya?,”
Aku tersenyum. Abang Kamal menyambung senyumnya.
“Ada yang berkenan ke?,”tiba-tiba Abang Kamal bertanya.
“Hah?,”soalku sambil memandang wajah Abang Kamal. Tidak faham dengan soalan Abang Kamal.
“Tu..,”balasnya sambil memuncungkan mulut ke arah deretan rantai dan gelang emas di hadapanku.
“Oh… Tak naklah,”
“Kenapa? Pilihlah. Abang belikan,”
Aku tersengih. Perlahan aku menggeleng.
“Pilihlah adik. Itu abang sudah mahu beli lorr,”jurujual Cina di hadapanku menyampuk. Aku tersenyum lagi.
“Tak mahulah amoi. Saya tak suka pakai emas,”
“Platinium ada. Mutiara ada. Semua boleh pilih. Ini semua latest design tau. Ye tak, abang?,”
Abang Kamal cuma tersenyum.
“Abang pun sudah senyum. Sudah kasi green light tu. Pilihlah,”
Senyumku sudah sedikit kelat. Amoi ni! Janganlah desak-desak.
“Atau.. kalau you mahu pilih cincin pun, ada. Banyak design baru juga. Pilih saja,”
“Let’s go. Tak ada yang I sukalah,”Encik Firdaus yang duduk di sebelah kami bersama Mia, tiba-tiba bersuara. Aku berpaling. Encik Firdaus dan Mia sudah pun mengangkat punggung. Aku pandang wajah Abang Kamal. Abang Kamal cuma menjungkit bahu. Dan, kami turut mengangkat punggung sambil melangkah malas di belakang. Encik Firdaus berpaling.
“Jom,”dia bersuara tiba-tiba.
“Jom? Ke mana?,”soalku hairan.
“Balik,”
“Err.. Encik Firdaus baliklah dengan Cik Mia,”aku bersuara lambat-lambat. Risau kalau-kalau Mia memarahi aku di situ. Wajah Mia pun sudah kelat semacam. Haru-biru betul pertemuan ini.
“Awak datang dengan saya kan? So, balik dengan sayalah,”Encik Firdaus bersuara.
“Ha ah. You pun Kamal. You datang dengan I kan? So, kita balik sama-sama,”Mia pula mencelah. Aku terkebil-kebil. Abang Kamal pun, aku rasa memang berasa pelik dengan tingkah Encik Firdaus dan Mia.

biarlah ym berbicara chapter 33....38

Chapter 33
“Kenapa ni?,”
Aku diam. Encik Firdaus berpaling. Pandang wajahku. Aku membuang pandang. Rasa marah masih belum hilang lagi. Rupa-rupanya Encik Firdaus tipu aku.
“Aunty nak jumpa Diya? Mana ada?,”
Aku ternganga.
“Tapi…,”
Puan Junaidah tersenyum padaku. Aku sedikit teragak-agak untuk bersuara.
“Tapi Encik Firdaus cakap..,”
“Alaa. Tak apalah mana-mana pun. Kalau Diya datang sini pun, apa salahnya kan? Aunty pun suka dengan Diya. Cuma satu je yang kena improve sikit,”
Keningku terangkat. Apa yang Puan Junaidah cuba suarakan?
“Belajar masak,”Puan Junaidah bersuara sambil tersenyum panjang.
Aku tersengih malu. Wajah terasa membahang. Tiba-tiba aku teringat pesanan Sharifah malam tadi. Juga teringat bebelan ibuku selama ini. Memang selepas ini, aku mesti belajar memasak. Malu rupanya apabila orang tahu kita tidak tahu memasak. Lebih malu apabila Mia menghidangkan kek coklat yang lazat hasil air tangannya sendiri. Mia pun mahir memasak. Aku? Terasa diri semakin kecil kalau hendak dibandingkan dengan Mia. Lebih kecil rasanya diri ini apabila aku melihat Encik Firdaus begitu berselera menikmati kek coklat buatan Mia. Rupa-rupanya selera aku dan Encik Firdaus sama. Hantu kek coklat.
“Selalulah datang ke sini. Aunty ajar Diya masak. Masak masakan kegemaran Fir,”Puan Junaidah begitu mesra mempelawa aku menjadi anak muridnya. Aku tersenyum malu.
“Jadi, betullah aunty tak ada hal penting nak jumpa saya ya?,”
Lain topic yang Puan Junaidah bualkan, lain pula soalan yang keluar dari mulutku. Mungkin sebab kepalaku terlalu memikirkan tentang itu. Mataku tajam merenung ke arah Encik Firdaus yang sibuk membantu Mia memanggang ayam dan daging. Siaplah Encik Firdaus selepas ini. Meamng aku akan marah dia. Bos ke.. apa ke.. aku mesti luahkan rasa geram dan marah ini. Aku cukup tidak suka orang yang menipu aku.
“Kenapa Diya tanya macam tu? Diya tak suka datang ke sini ke?,”
“Bukan macam tu,”
Puan Junaidah tersenyum lebar.
“Kalau macam tu, lupakan jelah semua tu. Jom kita menjamu selera. Itu lebih baik, kan?,”
“Tiya!,”
Aku tersentak. Terperanjat dengan suara Encik Fidaus.
“Apa yang awak menungkan tu?,”
Aku menggeleng. Wajahku terus memandang ke hadapan. Diam.
“Kenapa ni?,”
“Tak ada apa-apa,”
“Saya tak percaya. Mesti ada sesuatu yang mengganggu awak ni. Tell me,”
Aku mengeluh panjang.
“Saya kata tak ada apa-apa. Tak ada apa-apalah,”aku bersuara lagi. Kali ini suaraku sedikit meninggi. Membuat aku sendiri terkejut. Bagaimana aku boleh meninggikan suara pada orang atasanku sendiri? Encik Firdaus memandangku tanpa berkelip. Aku tahu dia pun terkejut. Tapi, aku geram. Aku geram apabila dia menipu aku.
“Maaf. Saya tak sengaja,”akhirnya aku bersuara perlahan. Encik Firdaus diam. Aku pandang wajahnya. Matanya kini tidak lagi terarah padaku. Dia tenang mengemudi keretanya. Diam Encik Firdaus membuat aku pula menjadi resah. Tersinggungkah dia, apabila aku tinggikan suara tadi? Merajuk ke dia? Marah ke dia?
“Encik Firdaus.. saya minta maaf ya,”
Diam.
“Saya betul-betul tak sengaja. Saya minta maaf. Minta maaf sangat-sangat,”

Diam lagi. Apa aku hendak buat sekarang? Sepatutnya aku yang membisu. Tetapi, sekarang nampaknya aku yang kena bersuara. Memujuk orang tua merajuk. Tapi, Encik Firdaus, merajuk ke ni?
“Encik Firdaus marahkan saya ke?,”
Encik Firdaus diam lagi. Aku sudah resah di tempat dudukku.
“Saya minta maaf. Encik Firdaus jangan marah ya?,”
Tetap juga diam.
“Janganlah marah saya. Saya tak sengaja. Saya marah sebab Encik Firdaus tipu saya,”aku bersuara resah.
“So, itu sebabnya ya?,”Encik Firdaus bersuara sambil tersenyum lebar. Aku gigit bibir. Geramnya. Dia tipu aku lagi. Aku sangka dia betul-betul marah. Betul-betul merajuk. Rupa-rupanya dia berpura-pura lagi. Sudahnya aku membuang pandang. Encik Firdaus pula, memperlahankan keretanya, membelok masuk ke arah sebuah taman rekreasi. Enjin kereta dimatikan.
“Risau juga awak kalau-kalau saya marah ya?,”
Aku menjeling. Encik Firdaus tergelak kecil.
“Awak tahu tak?,”soalnya tiba-tiba. Aku pandang wajahnya. Tidak menjawab. Cuma menunggu dia menjawab sendiri soalannya itu.
“Mulut awak muncung macam tu, buat awak makin cute,”
Aku palingkan wajah. Sembunyikan wajahku yang tiba-tiba terasa membahang. Bagaimana aku mahu memarahi lelaki ini? Kata-katanya sering membuat marahku tergugat. Sering membuat jantungku berdegup kencang. Sering membuat aku tidak senang duduk.
“Kalau awak nak tarik muncung kat saya sampai bila-bila pun, saya suka. Suka sangat-sangat,”
Argh! Encik Firdaus ni. Sudah-sudahlah buat saya malu macam ni, Encik Firdaus! Hatiku menjerit kuat. Aku resah berada di situ. Tidak tahu di mana harus aku sembunyikan wajahku yang sudah menjadi pelangi ini. Rasanya pelbagai warna yang meyimbah mukaku saat ini.
“Tiya,”
Aku diam. Kaku di situ. Malu untuk aku berpaling memandang wajahnya.
“Tiya,”
“Saya nak balik,”aku bersuara tanpa memandang wajahnya.
“Boleh. Tapi, pandang saya dulu,”
Alaa… Lemahnya aku kalau asyik kena goda macam ni.
“Tiya.. please,”
Dalam enggan aku berpaling. Memandang wajah Encik Firdaus bersama senyum manisnya itu. Dan, Encik Firdaus membalas pandanganku dengan renungannya yang boleh membuat aku pengsan di sini.
“Jomlah,”aku bersuara.
“Pergi mana? Jumpa tok kadi ke?,”
“Encik! Saya seriuslah. Saya nak balik,”
Encik Firdaus tergelak.
“Ok… ok. Kita serius. But, tell me first, awak marah saya, sebab saya tipu awak? Bila saya tipu awak?,”Encik Firdaus bertanya sambil mengerutkan kening.
“Encik cakap mak encik nak jumpa saya. Sebenarnya tak. Kan? Encik tipu kan? Saya paling tak suka orang tipu saya,”
“Oh… Awak tanya mummy ke?,”
Aku mengangguk. Encik Firdaus tersenyum kecil. Perlahan dia membuka pintu kereta.
“Kita cakap kat luar? Not nice duduk macam ni kan? Nanti ada yang datang ketuk cermin pulak. Saya memang nak kahwin dengan awak. Tapi, saya tak nak kahwin free. Saya nak kahwin secara besar-besaran,”dia bersuara sambil berpaling memandangku.
Aku diam. Betul juga. Sekarang ni, kalau nak kena tangkap basah, bukan kira waktu. Siang-siang pun boleh kena tangkap. Aku mengangguk sambil cepat-cepat membuka pintu.
“Takut dia kena kahwin free ya?,”usik Encik Firdaus apabila aku cepat-cepat keluar dari kereta. Aku diam. Malas hendak menjawab. Siapa yang tidak takut? Encik Firdaus bergerak malas keluar dari keretanya. Pintu kereta di tutup perlahan. Dia melangkah ke arahku, kemudian bersandar di kereta. Di sebelahku.
“Saya mengaku, mummy tak suruh pun. Tapi, saya memang nak mummy kenal awak dengan lebih rapat. And, she likes you,”
“Puan Junaidah tu suka kat semua orang,”
Encik Firdaus tergelak kecil.
“Saya harap lepas ni, awak lebih kerap jumpa mummy,”
“Nak buat apa?,”
“Berbaik dengan bakal mak mertua,”
“Encik Firdaus. Rasanya kita dah cakap pasal ni. Kan? Encik Firdaus lupa ke?,”aku bersuara dengan nada sedikit kurang senang.
“Tak. Saya tak lupa. Mungkin Tiya yang lupa,”
Aku kerutkan kening. Aku yang lupa?
“The best man win. And, I’ll try to win. Dah lupa?,”
Aku terdiam lagi mendengar kata-kata Encik Firdaus. Aku ingat kata-kata itu.
“Tapi, itu akan buat saya rasa tak selesa,”akhirnya aku bersuara perlahan.
“Tak selesa sebab hati awak tersentuh kan? Bila hati awak rasa tersentuh, maknanya saya masih ada peluang,,”
Aku mencebik. Perasannya. Dia ingat aku ni, ada hati kat dia ke?
“Buat muka. Buatlah muka depan saya. Tapi, saya tahu dalam hati awak, lain. Betul kan, Tiya?,”
Aku tersengih. Tidak perasan yang dia menyedari aku mencebik mendengar kata-katanya.
“Soal hati ni, mana boleh paksa, Encik Firdaus?,”aku cuba menafikan tekaannya. Kalau betul pun tekaan Encik Firdaus itu, aku mesti nafikan. Agenda Encik Firdaus masih kabur di mataku. Dia sudah memiliki Mia tetapi masih menagih kasih padaku. Hairan. Cukup menghairankan. Tetapi, aku berat hati untuk suarakan kehairanan itu. Dan, seperkara lagi, hati dan cinta aku kini cuma milik Charming.
Milik Charming. Bukan milik Encik Firdaus dan bukan milik Abang Kamal.
“Saya tak pernah paksa pun. Tak ada kan?,”Encik Firdaus bersuara lagi.
“Memanglah Encik Firdaus tak paksa. Tapi…,”
“Saya cuma memujuk saja. Dan saya akan pujuk sampai hati awak lembut,”sampuk Encik Firdaus, sebelum aku sempat menghabiskan kata-kataku.
“Suka hati Encik Firdauslah,”akhirnya aku bersuara sambil memandang wajah Encik Firdaus. Tetapi cuma untuk seketika. Aku tidak kuat untuk menentang renungan Encik Firdaus lama-lama. Ada getar halus yang mengganggu jiwaku. Getar halus yang harus aku buang sejauh mungkin.
“Saya hairanlah,”
Aku mengangkat muka. Bertentang mata sekali lagi dengan Encik Firdaus. Menunggu kata-kata Encik Firdaus yang tergantung. Encik Firdaus pula, tidak terus menyambung bicaranya. Dia diam seketika sambil mengamati wajahku.
“Kenapa susah sangat nak tawan hati awak?,”
Bulat mata aku pandang wajah Encik Firdaus. Mana ada susah? Tak adalah susah sangat. Kalau susah, takkan aku boleh jatuh hati pada Charming.
“Selama ni, tak pernah saya kena reject. Malah, saya yang terpaksa reject dia orang. Tapi, awak ni…first time saya kena reject, tahu tak?,”
Aku menutup mulut. Menahan senyum yang mahu terukir di bibir. Entah kenapa apabila Encik Firdaus menggunakan perkataan ‘reject’ aku teringat pada Johan. Ayat Encik Firdaus sudah hampir sama dengan ayat Johan.
“Kenapa awak senyum?,”
Aku terus buat muka serius.
“Mana ada?,”
Encik Firdaus tersenyum sambil terus memandangku.
“Awak ni unik. Awak tahu tak?,”
“Yalah. Mana ada orang yang sama dalam dunia ni, Encik Firdaus. Kalau dah sama tu, klon namanya,”
“Suka menjawab pun ya,”
Dan, ayat itu. Mengingatkan pula aku pada Charming. Aku tersenyum kecil. Rindu pada Charming tiba-tiba menyelit di hatiku.
“Saya nak baliklah, Encik Firdaus. Boleh kita pergi sekarang?,”aku bersuara tiba-tiba. Tidak sabar untuk pulang ke rumah dan bergayut dengan Charming. Encik Firdaus cuma mengangkat bahu sambil tersenyum tawar.
“As your wish, girl,”dia bersuara lemah. Dan aku pula, cukup laju membuka pintu kereta. Lagi cepat, lagi bagus. Tersenyum panjang aku duduk di tempat duduk penumpang, sambil menunggu Encik Firdaus yang bergerak malas, masuk ke perut kereta.